Friday, May 22, 2009

AKAL , HATI dan KETENANGAN DIRI

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.

"Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

Termenung aku sejenak menatap kejadian tersebut. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu."

"Kosongkan pemikiran anda!! Kosongkan jiwa anda !!" Kata-kata sebegini menjadi satu kebiasaan di bibir-bibir masyarakat kini ketika menasihati dan menenangkan seseorang. Dengan kesibukan dan kekalutan yang memenuhi dan menghiasi kehidupan manusia kini, tidak mustahil ketenangan itu mahu direbut-rebut dan dicari. "Stress !!"….antara perkataan yang sering dilaung-laungkan oleh penghuni kota-kota kini.

Namun perlu diteliti dan diperbahaskan pendekatan yang digunakan untuk mencapai ketenangan ini agar ketenangan yang dikecapi kelak menjadi satu ketenangan yang hakiki dan kekal, samaada mengundang pelbagai padah di dunia lagi apatah lagi di akhirat atau mengundang kebahagiaan dari dunia hingga ke akhirat. Ingat persoalan tu…Adakah ia memberi impak yang baik atau buruk???? bukan impak maksima…hehehe

Ramai manusia kini dari pelbagai lapisan masyarakat bermula dari kanak2, remaja, tua, mahasiswa, pengaggur, pekerja kerajaan dan swasta, pekerja di ofis atau luar ofis…..kadang2 mereka mencari ketenangan dengan mendengar instrumental atau lagu-lagu atau nasyid2 atau membuat aktiviti outdoor atau melihat keindahan alam dan membaca blog ilmiah, atau dengan bersama orang yang tersayang atau bersama cerminnya atau dengan sesi luahannya dan sebagainya. Alhamdulillah…..ramai juga yang berpuas hati dan mendapat ketenangan yang dicari-cari itu dengan melakukan aktiviti2 tersebut.

Namun ada juga segelintir lagi manusia yang lain yang mencari ketenangan dan kepuasan itu dengan aktiviti2 yang "kurang disukai orang lain" seperti merosakkan harta benda, mengacau kawan2, membuat bising, mendera orang, haiwan, tumbuhan, mencela orang lain melalui kata2, perbuatan dan penulisan, mengumpat, melukakan hati guru, ibubapa, kawan2, dan sebagainya.

Hakikatnya manusia yang waras bersama akal yang diasah dengan ilmu2 agama, hati yang disalut dengan iman dan iltizam yang tinggi, dan jasmani yang hanya digunakan untuk amal2 soleh akan mampu mentafsir dan menilai aktiviti2 tersebut samaada ia baik atau buruk. Kerana ia merupakan antara tindakan2 yang akan mendapat anggukan universal dengan mudah kerana ia adalah kebenaran dan kesalahannya yang nyata dimata manusia.


Contohnya, perbuatan mengejek2 dan menjaja keburukan orang lain adalah satu perbuatan yang tidak disukai dan dibenci oleh manusia yang waras. Sebaliknya perbuatan menolong orang lain dengan menjaga aibnya adalah satu perbuatan yang disukai oleh manusia waras. Itulah dinamakan anggukan universal atau dengan kata lain satu pengakuan secara umum oleh orang awam samada ia positif atau negatif .

Untung manusia ialah dengan penciptaannya iaitu otak yang digerakkan oleh akal. Lagi beruntung jika akal itu dibimbing dengan ilmu2 wahyu dari illahi. Semula jadi sifat manusia yang diciptakan Allah ini cenderong menerima segala bentuk kebaikan dan menolak kejahatan. Semua itu terdorong dengan akal yang telah dikurniakan oleh Allah swt.

Apa yang dikhuatiri oleh penulis adalah tindakan2 atau aktiviti2 yang sukar mendapat anggukan universal itu tadi. Contoh, mencari ketenangan dengan aktiviti mengosongkan diri. Mengeluarkan segala permasalahan diri dengan mengosongkan pemikiran dan hati SEMATA2. Akhirnya aktiviti pengosongan diri seperti ini mungkin mendapat anggukan universal yang positif dan mungkin negative dan seterusnya membuahkan kesan pada mengamalnya.

"Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukanmu"

-hadis-

Oleh itu, untuk menyelamatkan diri daripada konfius yang berterusan itu, …nabi junjungan Muhammad s.a.w telah memberi tunjuk ajar pada kita supaya kita menyelamatkan diri kita daripada segala kesamaran dan kegelapan.

Pernahkah anda mencuba cara yang pernah dicuba dan diamalkan oleh para nabi dan rasul2 serta para sahabat untuk mententeramkan hati manusia yang sentiasa berbolak balik dan bergetar2?? Cara yang macam mane tu????

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."

(Surah Ar Ra'du : 28)

Ketenteraman dan ketenangan itu adalah milik mutlaq Allah. Dia berhak memberi kepada sesiapa saja yang dikehendaki dan menarik balik dari sesiapa saja yang dikehendaki. Itulah kekuasaan dan kehendak (QUDRAH & IRADAH) Allah s.w.t. Tiada siapa yang mampu menahannya daripada berlaku.

"Melayu Muslim kurang berfikir atau kurang berzikir ???" Hakikatnya berfikir dan berzikir perlu diseiringkan dalam kehidupan seorang muslim agar apa yang difikirkan itu mudah tercapai kerana adanya keberkatan. Sehingga kini, boleh dikatakan ramai kawan2 penulis yang boleh digelar sebagai "kaki zikir"……bukan kaki die yg berzikir tapi orangnya selalu berzikir…..bermacam2 zikir mereka amalkan..kadang2 naik cemburu dibuatnya….hehe…bukan kawan2 tu je…tp kita ni pun sedang dalam usaha tuk jadi "kaki zikir" jgk….hehehe…aminnn..

Dalam tidak disedari, kebanyakan manusia kini hanya sering menggunakan lojik akal semata-semata dalam menyelesaikan sesuatu masalah…kadang2 emosi dan perasaan turut digunakan…tidak terkecuali juga segelintir dari masyarakat islam..hanya sibuk dengan percambahan ilmu logikal sehingga mengabaikan ilmu wahyu dr Allah. Sedangkan teras Islam ialah berdasarkan dalil Naqli (alquran & assunnah) dan Aqli (lojik akal) , bukannya lojik akal semata2.


Sepatutnya, sumber naqli itu perlu diutamakan berbanding sumber aqli dalam menangani sebarang persoalan dan permasalahan hidup dan selepas hidup nanti. Membaca Al quran dan mengamalkan Hadis bukan setakat dapat mengubati permasalahan, malah dapat mencegah permasalahan itu daripada ia berlaku. Persengketaan, prasangka, hasad dengki, antara muslimin tidak akan berlaku jika AlQuran dan AsSunnah menjadi perantaranya.

Kata orang… ketenangan itu tersembunyi di dalam hati dan hanya empunya badan yang merasainya….tapi…kata penulis ini… ketenangan itu terzahir di segenap peribadi dan boleh memberi kesan dihati orang2 yang menemaninya…

Kesimpulannya, maqalah kali ini penulis ingin mengajak pembaca sekalian untuk sama2 kita merasai ketenangan yang lahir melalui penghayatan zikir di dalam hati mengingati Illahi. Sentiasa merasa kebersamaan kita bersama illahi di segenap masa, dan segenap tempat kita berada. Mengosongkan akal dan hati tidak menjamin ketenangan diri, tetapi jika ia dipenuhi dengan zikir pada illahi,,, nescaya kita akan peroleh ketenangan yang hakiki.

Berzikir bukan satu amalan fi'li (perbuatan) dan qouli (kata2) semata2. bahkan ia merangkumi iqrari ( pengakuan di dalam hati). Namun tak semua orang yang berzikir mendapat ketenangn seratus peratus, kerana disamping berzikir juga ada adab2 dan faktor2 yang perlu dipatuhi dan dipelajari demi menjamin kualiti zikir itu pada hati.

Menjaga adab sebelum berzikir dan selepas berzikir merupakan salah satu tip menjaga kualiti zikir kita. Apatah lagi pemahaman terhadap zikir2 yang dilafazkan itu,,,,..ia amat penting bagi seseorang mencapai tahap penghayatan yang tinggi di dalam hati. Faktor waktu dan tempat juga mempengaruhi kosentrasi diri untuk memahami kalimah2 zikir yang dilafazkan dibibir itu. Oleh itu, didiklah diri dengan tabiat berzikir atau mengingati kebersamaan kita dengan illahi. Sesungguhnya Allah sentiasa mengingati hamba2nya yang selalu mengingatiNya.

Wednesday, April 15, 2009

Analisis peribadi dengan bulan kelahiran ..

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahun untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja

OGOS

Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER

Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Tuesday, February 3, 2009

10 Wasiat Hasan Al-Banna

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian. Di sini ada keselamatan. Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula. Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu2 lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran. Kerana di sana ada unsur lain membisikkan… Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa bodoh hanyalah disaksikan oleh golongan abdi, dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan, supaya tidak menular keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batasannya, seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat. Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!!
Hindarilah aktiviti mengumpat! Jangan sekali-kali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat. Tapi mestilah minta ampun terhadap orang umpatanmu itu juga!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.


9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Friday, January 30, 2009

SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR

Mata liarku memandang setiap manusia yang berjalan di hadapanku tanpa putus-putus ibarat tali air. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekujur badan, badannya agak luar biasa sehingga aku lupakan manusia-manusia lain disekelilingku dan terus menumpukan perhatian pada orang tersebut. Alangkah terkejutnya memandang orang tersebut kerana rupa-rupanya Allah sedang mengujinya dengan suatu penyakit luar biasa. Aku dapati tangan, kaki dan sebahagian mukanya sembam (bengkak). YA Allah bertapa besarnya nikmat (kecantikan/kesihatan) yang telah Engkau kurniakan kepadaku serta kepada keluargaku, Engkau kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada keluargaku sehingga bila-bila itulah doa kesyukuran yang terlintas di dalam hatiku.

Pada masa yang sama aku rasa terharu dan hairan melihat kekuatan (iman)orang itu mengahadirkan diri ke masjid untuk sembahyang berjemaah dalam keadaan sakit. Betapa kuatnya iman manusia tersebut dan bertapa kasihnya Allah sehingga Dia memilih orang itu untuk datang ke rumahNya walaupun di luar masih ramai yang gagah sihat tidak datang sembahyang berjemaah dan masing-masing menjadikan rumah sebagai surau dan masjid . Saya diberitahu oleh orang tua-tua bahawa bukan semua orang dapat datang ke masjid melainkan mereka-mereka yang Allah pilih sahaja. Ini dapat ditamsilkan dengan contoh begini bukan semua orang dapat pergi ke istana menghadiri sesuatu majlis melainkan mereka-mereka yang dipilih khas oleh pemilik istana tersebut begitulah keadaan pergi ke masjid bertemu dengan Al-Malikul Mulk. Mengapa Allah membawa orang tersebut di hadapanku? Pada mulanya aku anggap ia sebagai suatu peristiwa yang biasa sahaja tetapi kini aku mendapati bahawa Allah mahu menegurku (Tarbiah) supaya aku beroleh hidayah.

Bila perutku terasa lapar aku berjalan hulu ke hilir mencari rezeki di luar masjid, tetapi tidak ditemui dan aku balik ke masjid kerana masjid itu ada kantin lalu aku masuk dan menjamu selera. Bila sudah habis makan aku bangun hendak meninggalkan ruang tersebut tetapi tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang dan bila aku menoleh, aku mendapati kawan lamaku, masyaAllah tidak sangka aku akan berjumpa dengannya kerana sejak mula aku masuk masjid itu aku teringin sangat hendak jumpanya, puas mataku mencari, bila mataku penat tiba-tiba Allah munculkan dia di hadapanku. Kami dua duduk berbincang tentang pelbagai perkara. Pada masa yang sama tiga orang yang saya tidak kenali juga datang duduk bersama kami dan mula mengambil bahagian dalam apa yang kami bincangkan. Walaupun baru satu minit berkenalan tetapi langsung tidak terasa janggal atau jauh hati seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Itulah Allah yang memegang hati-hati manusia dalam sekelip mata Dia boleh menebalikkan hati sesiapa yang Dia suka dan dalam sekelip mata juga Dia berkuasa mendekatkan hati sesiapa yang Dia kedendaki. Maha berkuasa Dia ke atas segala sesuatu. Bila rancak berbincang, kawan saya dan salah seorang dari tiga orang itu meminta diri meninggalkan kami bertiga kerana pada waktu itu jarum jam telah melebihi pukul 11 malam.

Oleh kerana kami bertiga tiada apa-apa urusan maka kami duduk berbincang juga. Tiba-tiba salah seorang dari saudara yang baru saya jumpa mula ceritakan mengenai pengalaman seorang manusia yang luar biasa. Menurutnya orang ini telah lebih dua bulan terlantar di hospital dalam keadaan koma. Pada masa ini rohnya telah dibawa jalan ke alam akhirat. Dia telah di bawa ke Padang Masyar dan ditunjukkan kaedah penghisaban. Menurutnya lagi di Padang Masyar ada televisyen serba canggih lebih canggih dari apa yang ada sekarang (kerana hari kiamat adalah future) dan segala lakonan hidup yang kita lakonkan sepanjang hayat akan ditontonkan kepada semua manusia sejak awal sehingga akhir; tidak kira baik atau buruk, sama ada yang dilakukan di kelayak ramai atau secara sembunyi, tidak kira sama ada di dalam kegelapan atau dalam cahaya; pendek kata tiada suatupun yang akan terlepas dari skrin televisyen tersebut.

Bila saya dengar sahaja tentang skrin televisyen ini dah hati saya kembali mengingati maksiat, kedurjanaan, khianat dan macam-macam amalan jahat yang telah aku lakukan. Pada masa itu terasa teramat malu pada diri saya sendiri seolah-olah saya berada di khalayak ramai tanpa seutas benang pun pada badan saya, begitulah rasa malu saya ketika saya dengar tentang skrin televisyen itu. Masya Allah apakah akan jadi kalau hal ehwal aku ketika aku hidup di dunia ini ditontonkan kepada penduduk Masyar, apakah yang mereka akan fikirkan, kalaulah ibubapaku yang menyangka anaknya ini seorang yang baik melihat lakonanku apa yang mereka akan fikirkan tentang diriku ini, kalaulah saudara-saudariku melihatnya bagaimanakah penerimaan mereka terhadapku, kalaulah kawan-kawanku melihat maksiat yang aku lakukan dibelakang mereka dan berlakon sebagai seorang baik di hadapan mereka apakah yang mereka akan fikirkan tentang diriku, apakah yang akan difikirkan oleh orang-orang yang aku pernah tegur dan menyuruh berbuat baik tetapi aku sendiri tidak melakukan kebaikkan......................ya Allah, tolonglah tutup keaiban ku.........janganlah engkau membuka keaibanku di hadapan manusia lain. Inilah doa dan penyesalanku ketika itu.

Kawan saya seorang lagi seolah-olah mengetahui perasaan kesalku dia memberi kata-kata semangat, dia kata kalau kita tidak membuka keaiban manusia lain dengan memalukan di khalayak ramai di dunia ini, dipadang Masyar nanti insyaAllah, Allah akan menutupkan keaiban kita dan Dia akan menghisab kita di belakang tabir tanpa diketahui oleh sesiapapun dan bertaubatlah kata kawanku itu. Menurutnya lagi bukan sahaja orang itu di bawa ke padang Masyar sahaja malah telah dibawa ke neraka juga untuk menunjukkan betapa azabnya siksa neraka yang telah dilupai oleh kebanyakan manusia dan tenggelam dalam

mencari nikmat dunia yang tidak seberapa dengan melupakan Allah. Dalam hatiku tertanya siapakah orang yang dikatakannya yang berada dalam koma dan diberi peluang oleh Allah untuk melihat kebesaranNya ............maka sampailah masanya dia memberitahu siapa orang tersebut dan kemudian dia beradar dari situ, dia berkata "itulah orang yang bengkak kaki dan tangan yang kami jumpa di dalam masjid". Saya terus tersentak dan terpaku seketika memikirkan lelaki yang tersebut.Tidak lama kemuadian baru saya tertanya-tanya lagi,, siapakah dua orang yang saya jumpa dan menceritakan akan hal ini kepadaku adakah mereka sama seperti saya atau.....?

Subahanallah. Dalam setiap penciptaan makhluk, Allah telah meletakkan suatu pengajaran kepada manusia seperti saya, tetapi saya yang tidak faham dan tidak mengerti. Kini setiap kali saya teringin melakukan maksiat SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR yang saya teringat. Ini bukan cerita ciptaan atau Khayalan semata-mata, ini adalah cerita benar, dan saya masih hairan melihat manusia yang ketawa terbahak-bahak........sudah lupakah mereka mengenai hisab Yaumal Zalzalah?

Tuesday, January 20, 2009

"Mengapa Saya Diam Dalam Bising"

Alhamdulillah...terlebih dahulu setinggi-tinggi terima kasih dan syukur padaNYA, moga dengan keluangan masa yang diberi olehNYA ini dapat saya manfaatkan sebaik-baiknya.

Sekalung tahniah buat kemenangan yang bakal dikecapi oleh tentera2 Islam di Palestin. Juga tahniah buat kemenangan PAS di Terengganu. Dan tidak saya lupakan tahniah buat kemenangan calon2 Pilihanraya MPMKUIS 14 Januari lepas. Semoga dengan kemenangan2 tersebut Umat Islam menjadi lebih tegak berdiri di bumi Allah ini.

Saya agak terharu dan berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh semua ahli MPMKUIS 08/09 dalam syura pemilihan Presiden MPMKUIS 15 Januari baru-baru ini. Tahniah buat Sdr. Nasrul Izad atas perlantikan sebagai Presiden MPM kali ini. Jalankanlah tanggungjawab kalian dengan terbaik mungkin dengan kemampuan yang ada.

Kami dari barisan mantan MPMKUIS 07/08 bersedia membantu sedaya upaya. Walaupun kemampuan yang ada mungkin masih dipertikai oleh sesetengah pihak, namun kami percaya bahawa usaha kami selama ini tidak akan sia-sia. Berusaha bukan untuk dibangga, bukan juga untuk dijaja tapi mengharap redha dari Yang Maha Esa.

Sejak mula-mula saya melibatkan diri dalam kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS 2006-2008, banyak harapan yang dibawa bersama, yang paling utama ialah untuk mengharapkan diri ini menjadi lebih dekat pada Ilahi melalui ujian-ujian yang ditempuhi. Namun, semua itu telah ditempuhi, dikecapi dan dihayati dengan berhati-hati.

Bermula dengan saya diamanahkan menjadi setiausaha agong MPP dan kemudiannya Presiden MPM...secara peribadi saya dapat merasakan agak ramai sahabat yang sanggup berjalan bersama-sama saya di jalan yang amat licin, ada yang hanya bersorak dan memberi sokongan dari belakang, dan tidak dilupakan juga pada yang hanya ikut berjalan bersama-sama kemudian mereka riuh bertepuk tangan ketika saya terjatuh, tergelincir dan sebagainya.

Namun, apa yang berlaku ini mungkin sebahagian daripada apa yang telah saya gambarkan sebelum memulakan perjalanan dijalan yang licin itu.

Coretan ini jauh tujuan daripada mengaibkan mana-mana pihak tapi anggaplah ia satu percubaan dalam mencari kesatuan kerana Ilahi.

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran, ayat 103. "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah sebagai orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka(tatkala kamu bermusuhan), lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."

Kesatuan dan juga persaudaraan dalam islam itu adalah satu nikmat yang diturunkan oleh Allah kepada manusia. Maka siapa yang mensyukurinya, akan ditambahkan lagi nikmat itu oleh Allah. Sebaliknya siapa yang mengkufurinya, sesungguhnya seksaan Allah itu amatlah pedih. Begitu jugalah perumpaan suatu permusuhan itu umpama berada dijurang neraka. Oleh itu hindarilah sebarang persengketaan.

Syeikh Muhammad Bin Soleh Bin Othman dalam kitabnya pernah menyebut bahawa "Perselisihan pendapat itu adalah penambahan ilmu". Amat indah kata-kata itu, tetapi saya melihat perselisihan yang berlaku diantara pimpinan-pimpinan KUIS kini bukan lagi semata-mata menambah ilmu, akan tetapi ia mungkin membuka sedikit ruang kepada golongan-golongan yang iri hati dengan Islam itu untuk menghulurkan jarum-jarumnya seterusnya mudharat yang lebih besar bakal menimpa.

Mahasiswa KUIS yang selalu mengikuti perkembangan kepimpinan MPMKUIS melalui internet mungkin terbayang tentang apa yang cuba saya sampaikan kali ini. Mungkin bermula dengan sedikit isu-isu sensetif yang ditimbulkan oleh individu-individu tertentu yang kurang matang dilaman friendster, blog, web dan sebagainya telah menarik perhatian kelompok individu-individu yang lain, seterusnya kumpulan-kumpulan dan seterusnya ke seluruh mahasiswa KUIS terutamanya.

Secara peribadinya saya amat menggalakkannya mahasiswa KUIS khususnya untuk terlibat dalam menyumbangkan pendapat, memberi komen dan sebagainya terhadap isu-isu yang sedang berlaku. Tapi jagalah adab dalam berbicara, menulis sebagai seorang muslim supaya matlamat penulisan kalian itu tercapai. Saya percaya, tidak akan tersenarai dalam senarai matlamat penulis iaitu untuk menyakitkan hati pembacanya. Jika ada, sama-samalah kita jauhinya.

Dalam Surah Muhammad ayat yang terakhirnya yang mana bermaksud : "Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, dan orang-orang yang bersamanya itu amat berkeras ke atas orang-orang kafir dan mereka berkasih-sayang diantara mereka."

Orang-orang Islam itu amatlah menjaga tali persaudaraan sesama mereka dengan layanan berkasih-sayang kerana Allah, sebaliknya sikap bengis dan garang itu hanya patut ditunjukkan kepada musuh2 Islam sahaja. Oleh itu, kenapa kita berlumba untuk mewujudkan jurang antara muslimin kita ini?? semata-mata untuk mewujudkan persaingan?? jangan tertipu dengan belaian jiwa dan perasaan yang dibelai oleh musuh Allah...iaitu Syaitan laknatullah.

Mahasiswa KUIS sekalian,

MPMKUIS bukan semata-mata nama untuk digeruni atau dihormati oleh mahasiswa, tetapi ia adalah satu nama organisasi yang wajib dihayati fungsi dan peranannya bersama-sama. MPM bukan untuk dipuji apatah lagi untuk dimaki. Cukuplah dengan kerjasama dan sokongan daripada seluruh mahasiswa yang ada untuk menggerakkan fungsinya yang murni itu.

Kini mahasiswa KUIS banyak menyentuh soal corak kepimpinan yang pastinya berbeza pada setiap zaman kepimpinan mereka. Jika kalian mahu pertikaikan tentang sosok tubuh individu itu kerana kelemahannya, seeloknya tujukanlah cacian dan makian kalian itu pada individu tersebut sahaja. Kerana segala perubahan pada manusia itu bukan bermula dengan tarikan dari luar, tetapi ia bermula dengan tolakan dari dalam hati itu. Mungkin dengan teguran secara individu itu lebih mengundang perubahan, daripada teguran secara terbuka yang mungkin akan mengundang perbalahan yang lebih besar.

Pernah sesetengah pihak yang aktif dengan dunia blogger dan friendster ini bertanya pendapat saya tentang sedikit pergolakan yang berlaku dikalangan mantan pimpinan mahasiswa KUIS dalam PRK MPMKUIS baru-baru ini. Di iringi dengan kenyataan-kenyataan yang pelbagai yang telah ditonjolkan dalam bulletin friendster dan post2 atau komen2 blogger. Saya mengambil keputusan untuk berdiam diri (dalam internet) daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi kerana ia mungkin boleh mengeruhkan lagi keadaan. Saya berhajat untuk tidak mahu menambahkan satu kumpulan lagi daripada bilangan kelompok yang sedia ada kini.

Cukuplah sekadar saya menyatakan sokongan saya secara terbuka kepada calon2 PRK baru-baru ini. Dan kepada mereka yang telah berjaya memenangi PRK tersebut, backup pertama dalam apa jua situasi kalian ialah Allah Yang Maha Mencipta, kemudian diiringi dengan suara mahasiswa.

Terakhirnya, kepada penulis-penulis juga pembaca-pembaca atau penyumbang-penyumbang idea sekalian, hayatilah apa yang kalian tulis, apa yang kalian baca, dan apa yang kalian komen untuk direalisasikan dalam kehidupan yang realiti. Jangan sekadar tahu menaip sahaja tetapi dalam realitinya hanya berkurung di dalam bilik, tidak mahu terlibat dengan persatuan-persatuan, berjalan pun hanya ke bilik tutorial, cafetaria, CC, library dan sebagainya.

Sertailah persatuan-persatuan, program-program, diskusi-diskusi ilmiah kerana yang akan beruntung bukan orang yang menganjurkan tetapi orang yang menyertainya. Seterusnya hindari dan jauhilah sifat hasad dengki dan penyakit-penyakit yang ada dihati kerana ia akan memakan sedikit demi sedikit amal kebajikan yang anda kerjakan selama ini.

Semoga Allah ampun segala dosa saya sepanjang saya menulis memikul amanah tanggungjawab yang besar di KUIS ini dan jutaan terima kasih pada sahabat2 yang membantu selama ini, langsung ataupun tidak langsung dan ampun maaf atas ketelanjuran kata, janji yang tidak terkota, dan kekurangan dalam memikul amanah selama ini.

Salam Perjuangan.....

Friday, January 2, 2009

ESOK !! Dunia Milik Islam

Sesungguhnya Muslimin mempunyai kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Penegakan Daulah Islam yang pertama di Madinah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati umat Islam. Gerakan dan cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah menjadi panduan kepada Muslimin hari ini untuk menegakkan Islam kembali. Perlu diyakini bahawa marhalah dakwah dan cara yang dilakukan oleh Rasulullah itu merupakan 'Rabbani Taujih' (panduan dari Allah) yang diberikan kepada Rasulullah sehingga Islam tertegak dengan megahnya dimuka bumi ini. Maka dengan bekalan pengalaman ini, muslimin mengatur langkah dalam menegakkan Islam kembali di muka bumi ini.

Selain daripada itu, muslimin mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang lekeh oleh manusia. Kita boleh simpulkan bahawa muslimin mempunyai tiga unsur kekuatan yang mampu menggugat kekuatan musuh.

Pertama: Kekuatan kuantiti.

Islam pada hari ini mempunyai bilangan penganut yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar di seluruh benua di dunia. Sesungguhnya jumlah yang ramai ini merupakan antara aset utama dalam menegakkan Islam. Ianya merupakan satu nikmat yang seharusnya di syukuri. Sepertimana firman Allah swt "Ingatlah, ketika kamu masih sedikit, kemudian kamu telah menjadi

banyak…"(Al A'araf: 86).

Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."

Kedua: Hasil Bumi.

Muslimin pada hari ini menetap di negara-negara yang amat kaya dengan hasil buminya. Negara yang yang kaya dengan minyak dan bahan galian yang lain serta tanah yang subur untuk pertanian. Semuanya ini merupakan kepunyaan muslimin.

Ketiga: Manhaj Rabbani.

Inilah kekuatan yang tidak ada pada manusia yang lain. Muslimin menyeru manusia kepada satu sistem yang mampu membawa keadilan dan kebahagiaan kepada alam sejagat. Sistem ciptaan manusia yang wujud pada hari ini sebenar telah membawa kepada kerosakan dan kesengsaraan kepada manusia. Manusia yang berfikir tidak akan sekali-kali menolak sistem Allah ini.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa kelemahan umat Islam ini tidak akan selama-lama. Islam sekali lagi akan mencapai kejayaan dan menjadi pentadbir alam ini.

Sikap kita

Kita sebagai pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai sikap yang optimis dengan kejayaan yang bakal di hadapi oleh Islam. Kita tidak seharusnya bersifat putus asa dan keluh kesah dengan suasana dan penindasan musuh terhadap umat Islam. Malah kita yakin dengan janji-janji Allah bahawa Allah akan memenangkan agamanya walaupun dihalang oleh orang-orang kafir.

Dengan keyakinan ini bukan bermakna kita akan berdiam diri dan berpeluk tubuh dengan menunggunya kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Tetapi dengan keyakinan ini, seharusnya kita mempergandakan kesatuan, amalan dan usaha kita dalam menegakkan agama Allah ini.

Janganlah umat mengimpikan kemenangan muslimin terhadap Yahudi sedangkan umat masih lagi berpecah belah, berselisihan dan pergaduhan. Janganlah umat berangan-angan dengan kemenangan sedangkan umat masih lagi bermalasan dan tidak bersungguh-sungguh.

Mustahil kemenangan diberikan kepada orang yang bermalasan dalam berhadapan dengan musuh yang berjuang bersungguh-sungguh menghancurkan Islam. Mustahil kemenangan diberikan kepada umat yang hanya meluangkan cebisan waktu untuk Islam dalam berhadapan dengan musuh yang meluangkan sepenuh waktu untuk meruntuhkan Islam. Maka cepat atau lewatnya kemenangan Islam adalah di bahu kita bersama yang akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala nanti.

Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: " Impikanlah" Seorang pemuda berkata: " Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Seorang pemuda berkata: "Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah." Omar berkata lagi: "Impikanlah". Mereka berkata: "Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin" Omarpun berkata: "Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah".

Itulah sebenarnya modal utama untuk kembali memerintah dunia ini. Seorang pemuda itu lebih berharga dan bernilai dari seluruh isi dunia. Maka pemuda inilah yang akan berjuang sehingga tertegaknya Dinul Islam ini.Percaya dan yakinlah hakikat kemenangan Islam di muka bumi ini. Al-Quran dan As-Sunnah telah menggambarkan kemenangan tersebut.

Kemenangan Islam Menurut

Al Quran.

Kemenangan Islam terhadap agama-agama lain.

" Dia yang mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai" (At Taubah: 33)

Mukmin sebagai khalifah di muka bumi .

"Dan Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa Allah akan mengangkat mereka menjadi khalifah di muka bumi, sebagaimana orang-orang dahulu telah menjadi khalifah, dan Allah akan menetapkan agama mereka(Islam) yang diredhainya untuk mereka, dan akan menggantikan ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah Aku dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu juapun. Barang siapa yang kafir sesudah itu, maka mereka itulah orang yang fasik." (An-Nur: 55)

Pertolongan Allah kepada Mukminin .

"Sehinggalah rasul-rasul itu telah berputus asa, dan mereka menyangka bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada mereka pertolongan kami, lalu diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa kami daripada orang-orang yang berdosa." (Yusuf: 110)

Hancurnya perancangan dan tipu daya musuh

"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya."( Al Anfal: 30)

Kemenangan Islam menurut

As Sunnah :

Tersebarnya Islam di seluruh alam.

Diriwayatkan oleh Tamim Ad Dari, berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya, urusan ini (Islam) akan sampai ke mana sahaja uang sampai oleh malam dan siang. Allah tidak akan meninggalkan sebuah rumahpun daripada penduduk dusun dan kampung melainkan Allah akan memasukkan ke dalamnya agama ini, sama ada memuliakan orang yang mulia ataupun denga menghina orang yang hina, iaitu Allah muliakan dengan Islam dan menghinakan dengan kekufuran. (Riwayat Ahmad)

Kekuasaan Islam di Timur dan Barat

Daripada Thauban daripada Nabi s.a.w bersabda: " Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagiku (menghimpunkan dan mengumpulkannya) lalu akau dapat melihat timur dan baratnya. Sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagiku.." (Riwayat Muslim)

Kemenangan Muslimin terhadap Yahudi

Daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi Yahudi. Mereka dibunuh oleh muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Batu dan pokok itu berkata: Wahai muslim, wahai hamba Allah, Ini dia yahudi berada dibelakangku. Kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pokok gharqad. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi" (Riwayat Muslim)

Kembalinya khalifah di atas manhaj Nubuwwah

Daripada Huzaifah, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Berlakunya zaman kenabian di kalangan kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk belaku. Kemudian Allah mengangkatkannya (menghilangkannya) ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabian. Maka berlangsunglah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku. Kemudian Allah mengangkat ketika mana Dia mengkehendakinya. Kemudian berlakunya pula pemerintahan raja yang 'menggigit' (zalim). Maka berlakula ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah megangkatkannya. Kemudian berlaku pula pemerintahan raja 'paksaan' (kuku besi). Maka berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian Allah mengangkatkannya ketika mana dia mengkehendaki. Kemudian berlaku pula khilafah di atas manhaj kenabiaan.

Saturday, December 20, 2008

ISLAM dan NIQAB

Demikian adalah dalil-dalil yang kebiasaanya dikaitkan dengan pemakaian orang2 Islam terutamanya kaum hawa. Sebelum kita pergi lebih jauh, terlebih dahullu saya ingin memohon maaf jika artikel saya yang lepas ( MUSLIM & PAKAIANNYA) mungkin telah menimbulkan beberapa persoalan, kesilapan, kekaburan dan sebagainya. Mungkin kebanyakan kenyataan saya dalam penulisan saya sebelum ini terlampau umum, kini saya ingin mengkhususkan kenyataan tersebut. Dan saya juga ingin berterima kasih kepada pembaca2 yang sudi berkongsi maklumat bersama-sama, yang kurang ditambah, yang lebih dikurangkan untuk melengkapkan satu rangkai kata yang indah dan benar.

Bagi saya perbahasan tentang masalah niqab ini bukannya suatu yang ‘panas’ lagi. Kerana ia telah diperbahaskan oleh ulama’2 yang terdahulu dengan hujah2 mereka masing daripada AlQuran dan AsSunnah. Ke’panas’an isu ini hannya akan dirasa oleh individu2 yang jarang sangat menoleh ke belakang mengimbau khilaf-khilaf para ulama’ terdahulu. Tidak ramai antara kita yang berminat bahkan jemu untuk mendalami dan memahami permasalahan2 seperti ini. Tambahan lagi kebanyakan sumber rujukan aslinya dari kitab2 berbahasa arab. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada segala fitnah dunia dan akhirat.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Apa yang ingin saya bawa dalam perbincangan kita pada kali ini ialah definisi-definisi perkataan-perkataan yang perlu kita ketahui yang terdapat dalam ayat-ayat dalil yang disebut di atas beserta khilaf2nya..

Syaikh Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Hijabul Mar’ah Al Muslimah Wa libasuha Fis Solah menyatakan bahawa wanita telah diarahkan secara khusus untuk menutup auratnya, dan supaya tidak memperlihatkan perhiasanya kecuali kepada ahli keluarganya, dan Allah telah memperincikan tentang bahagian-bahagian yang perlu ditutup dalam ayat tersebut. Dua tafsiran yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah iaitu :

1) Daripada Riwayat Ibnu Mas’ud r.a (& pendapat pertama Imam Hambali):

-Mentafsirkan “ Ma Zoharo” dalam ayat tersebut ialah setiap pakaian luaran (zahir). Oleh itu, mengikut pendapat Ibnu Mas’ud tidak boleh memperlihatkan perhiasan kecuali pakaian luaran sahaja.

2) Daripada Riwayat Ibnu Abbas r.a (& pendapat kedua Imam Hambali& Imam Syafie):

-Mentafsirkan “ Ma Zoharo” dalam ayat tersebut ialah muka dan dua tangan. Oleh itu, mengikut pendapat Ibnu Abbas dan Imam Syafie tidak boleh memperlihatkan perhiasannya kecuali muka dan dua tapak tangan.

Muhammad Ali As Shobuni dalam mentahqiqkan Kitab Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir bahawa Jilbab ialah Kain yang berada di atas Khimar.(hlmn 114,Jilid 3)

Dalam Kitab Risalah Al Hijab oleh Syaikh Muhammad bin Soleh, beliau menyebut amalan menutup muka ini sama ada “kelaziman” atau “qias” kerana menutup dada dan tengkuk adalah wajib, maka seelok-eloknya ditutup juga muka kerana ianya adalah lambang kecantikan dan juga punca fitnah. (halaman 7).

Beliau juga mengatakan bahawa dalam kitabnya itu bahawa “dalil wajib menutup wajah itu adalah dalil pindahan daripada hukum asalnya, dan dalil harus membuka wajah pula adalah asal bagi hukum asalnya, dan pindahan/ tambahan itu adalah sesuatu yang terkemudian disisi ulama’ Usul Fiqh. Kerana antara kaedah usul Feqh ialah “Asal bagi sesuatu itu ialah dengan mengekalkan (kembalikan) sesuatu itu pada hukum asalnya.” Apabila wujudnya dalil pindahan daripada asal ini, maka ia menandakan hukumnya itu boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Oleh itu, kita katakan sesungguhnya bersama pindahan itu ada penambahan ilmu (bukan bid'ah).” (halaman 28)

Mereka yang berlebih-lebihan mewajibkan wanita menutup wajahnya itu kurang teliti dalam menafsirkan ayat di atas. Antara Ulama terkemuka mereka iaitu Syaikh Mahmud At Tuwaijiri, beliau mengyatakan bahawa yudnina (Al Ahzab:59) yang bererti “mengulurkan” pada ayat di atas ialah termasuk “menutup wajahnya”. Tafsiran mereka ini bertentangan dengan erti asal kata “yudniina” secara bahasa yang mana ertinya adalah 'mendekatkan'.

Hal ini telah dijelaskan di dalam kitab Al Jilbab Al Mar’ah Muslimah. Muhammad Nashiruddin Al Albani juga telah telah menegaskan di situ bahawa ayat tersebut bukan satu nas yang menetapkan adanya menutup wajah.

Imam Ar Raghib Al Ashfahani berkata di dalam kitabnya Al Mufradat : “daana” ertinya dekat. Biasa dikatakan :

دَانَيْتُ بين الأَمْرَينِ وأَدْنََيْتُ أحدَهُما مِنَ الْلآخَرِ

(Saya mendekatkan dua hal satu sama lain)

Kemudian dia menyebutkan ayat 59 surat Al Ahzab di atas.

Abdullah Ibnu Abbas, seorang yang digelar turjumanul qur'an ( = penerjemah Al Qur'an), juga menafsirkan ayat tersebut seperti itu. Dia berkata, "Maksudnya ialah, dia mendekatkan jilbabnya ke wajahnya, tidak menutupnya.”

Di dalam kitab Al Inshaf Fi Ma'rifah Ar Rajih Min Al Khilaf 'Ala Madzhab Al Imam Al Mubajjal Ahmad Bin Hambal karya Syaikh 'Alauddin Al Mardawai (1/452) pengarangnya menyebutkan: "Menurut madzhab Hanbali, yang benar wajah adalah bukan termasuk aurat."

Kemudian dia mengatakan serupa itu juga berkenaan dengan masalah khuf. Di situ dia menyebutkan pendapat Ibnu Qudamah Al Maqdisi di dalam kitabnya Al Mughni (1/ 637). Ibnu Qudamah mendasari pendapatnya itu dengan larangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam kepada wanita yang sedang ihram memakai sarung tangan. Dia berkata, "Kalaulah wajah dan kedua telapak tangan merupakan aurat tentu Rasulullah tidak melarang wanita tersebut menutupnya. Kerana memang terbukanya wajah diperlukan untuk jual-beli, dan telapak tangan diperlukan untuk mengambil dan memberi."

Kebanyakan orang-orang yang bersikap berlebih-lebihan itu beranggapan bahawa 'jilbab' yang diperintahkan dalam surah Al Ahzab ayat 59 itu merupakan tafsiran 'hijab' pada ayat, "Bertanyalah kepada mereka dari balik hijab." (QS.Al Ahzab: 53).

Ini jelas anggapan yang huru-hara. Anggapan ini muncul kerana menurut pengetahuannya pada ayat pertama (ayat 59), iaitu ayat tentang jilbab, tidak ada dalil yang menguatkan anggapannya bahawa wajah dan telapak tangan adalah aurat. Berbeza dengan ayat kedua. Ayat kedua ini berbicara tentang wanita yang berada di rumahnya, yang mana waktu itu berjilbab dan berkhimar belum menjadi kebiasaannya, sehingga tidak ada penghalang antara dirinya dengan para penanya atau tetamunya. Oleh kerana itu diperlukan hijab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan perbezaan kedua ayat tersebut. Di dalam kitab Al Fatawa (XV / 448) dia berkata, "Ayat jilbab berkaitan dengan wanita ketika keluar dari tempat tinggalnya, sedangkan ayat hijab berkaitan dengan wanita ketika berbicara (dengan laki-laki yang bukan mahramnya) di tempat tinggalnya."

Menurut Muhammad Nashiruddin Al-Albani : "Kedua-dua ayat di atas tidak menunjukkan wajibnya menutup wajah dan telapak tangan."

Ayat pertama (Al Ahzab 59) : membicarakan jilbab, iaitu baju panjang yang dipakai merangkumi pakaian dalam dan tidak menutup wajahnya, sebagaimana diterangkan pada kitab Al-Jilbab hlm.83.

Definisi jilbab seperti itu juga yang disebutkan di dalam kitab-kitab lughah. Tidak ada satu pun kitab lughah yang mendefinisikan jilbab termasuk menutup muka.

Ada atsar yang sah bahwasannya Ibnu Abbas menafsirkan ayat 59 surat Al Ahzab dengan mengatakan, "Dia mendekatkan jilbabnya ke wajah, tidak menutupnya." Atsar ini diriwayatkan oleh Abu Dawud di dalam kitab Masail-nya hlm. 110. Dan orang yang mentafsirkan ayat tersebut bertentangan dengan tafsiran Ibnu Abbas di atas ada dua kemungkinan saja, iaitu antara ganjil atau lemah. Penjelasan tentang hal ini telah disebutkan di dalam muqaddimah kitab Al jilbab. Adapun ayat kedua, keterangannya seperti yang telah disebutkan di atas.

Definisi khimar yang disebut oleh para ulama lughah yang terdapat pada ayat : ”Dan hendaklah mereka menutupkan khimarnya ke dada mereka".

Di dalam kitab Al-Jilbab karangan Al-Albani menyebut bahawa khimar adalah penutup kepala saja, tidak termasuk wajah. Kenyataan ini didokong oleh pendapat para ulama, seperti Ibnu Al Atsir dan Ibnu Katsir. Tetapi golongan yang tidak sependapat dengan pendapat ini menganggap bahawa wajah termasuk bahagian yang tertutup dengan khimar.

Sebagai contohnya, dalam membahas ayat:

"Wanita-wanita yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang sudah tidak berkeinginan nikah, maka tidak mengapa menanggalkan pakaiannya." (QS. An Nur: 60).

Sa'id bin Jabir berkata, "Tidak mengapa dia menanggalkannya di hadapan laki-laki yang bukan mahramnya atau lainnya kalau dia memakai khimar yang tebal." Padahal, sebagian besar pengikut madzhab Hanbali dan lainnya menerangkan secara jelas bahwa yang dimaksud pakaian pada ayat tersebut adalah jilbab.

Ibnu Al Jauzi di dalam kitabnya Zad Al Masir (VI/36) pernah menyampaikan bahawa Abu Ya'la, seorang hakim bermadzhab Hanbali, pernah mengatakan, "Ayat ini menunjukkan bolehnya orang yang sudah tua membuka wajah dan kedua tangannya di hadapan laki-laki."

Contoh lainnya sebagaimana tersebut di dalam kitab Ahkam Al Qur'an karya Al Jashash (111/334). Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah juga mengisyaratkan kepada makna tersebut dalam kitabnya Tafsir Surah An Nur (hlm. 57). Dari situ nampaklah bahawa para ulama salaf maupun khalaf berpendapat bahwa khimar tidak menutup wajah. Khimar hanya menutup kepala saja, sebagaimana telah disebutkan oleh Al-Albani.

Diantara hadis-hadis lain :

1- “Allah tidak menerima shalat seseorang wanita yang telah haidh kecuali dengan memakai khimar.” Hadis ini shahih; diriwayatkan oleh sejumlah ulama hadis, termasuk di antaranya Ibnu Khuzaimah. Ibnu Hibban meriwayatkan hadis ini di dalam kitab Shahihnya. Hadis ini juga tercantum di kitab Al Irwa' (196).

2- Sabda Rasulullah kepada seorang wanita yang hendak berhaji namun kepayahan. Beliau bersabda: "Hendaklah dia berkendaraan, memakai khimar, kemudian baru berhaji." Dalam riwayat lain disebutkan: ".... Dan menutup rambutnya." Hadis ini juga shahih. Hadis ini tercantum di dalam kitab AlAhadis Ash Shahihah (2930).

3- Rasulullah s.a.w membsuh khimarnya dalam wudhuk dan beliau perintahkan kepada sahabatnya, yang laki-laki maupun perempuan. Al 'Allamah Az Zubaidi di dalam kitab Syarh Al Qamus (111/189) memberi komentar terhadap perkataan Ummu Salamah, 'Sesungguhnya dia membasuh khimarnya,' yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam kitab Al Mushannaf (I/22). Dia berkata, "Yang dia maksudkan dengan khimar adalah imamah (sorban). Kerana laki-laki menutup kepalanya dengan sorban, sebagaimana perempuan menutupnya dengan khimar." Begitu jugalah yang disebutkan di dalam kitab Lisan Al 'Arab.

Di dalam kitab A/ Mu'jam Al Wasith karya Dewan Ulama di bawah pengawasan Majma' Al Lughah Al 'Arabiyah disebutkan: Khimar adalah segala sesuatu yang menutup. Termasuk dalam jenis khimar adalah khimar perempuan, yaitu pakaian yang dipakai kaum wanita untuk menutup kepalanya. Termasuk dalam jenis khimar juga imamah (sorban), iaitu kerana sorban ini dipakai oleh laki-laki untuk menutup kepalanya yang dia lilitkan di lehernya.

Di sini tindakan Syaikh At Tuwaijiri kurang teliti dalam menyimpulkan penjelasan Al Hafizh terhadap perkataan Aisyah (pada hlm.78) berkait dengan sebab turunnya ayat 'khimar'. Dia memotong penjelasan Al Hafizh, mungkin kerana tidak sesuai dengan pendapatnya. Al Hafizh menjelaskan perkataan Aisyah, '.... Lalu mereka berkhimar dengannya' dengan berkata (VIII/490): "Maksud perkataan dia ialah, mereka menutup wajah-wajahnya. Gambarannya seperti berikut : Dia letakkan khimar di kepalanya, iaitu seperti mengenakan ‘qina'."

Al Farra' berkata, "Para wanita pada zaman jahiliyah dulu biasa menjulurkan khimamya. ke belakang punggung sehingga terbuka bahagian depannya. Lalu mereka pun disuruh menutupnya ........ dst." Al Hafizh juga mengatakan bahawa khimar untuk wanita adalah sebagaimana sorban pada laki-laki.

Begitu juga tentang kata At Taqannu' dalam kenyataan Al Hafizh di atas. Di dalam kitab-kitab Lughah (Bahasa Arab), kalau dikatakan: Wanita itu bertaqannu', maksudnya ialah memakai qina', iaitu kain yang biasa dipakai oleh seorang wanita untuk menutup kepalanya. Pengertian seperti ini disebutkan di dalam kitab Al Mu'jam Al Wasith dan kitab lainnya. Saya kira yang dimaksud Al Hafizh juga seperti itu. Kerana dia berkata di dalam kitabnya Al Fath (VII / 235 dan X / 274) bahawa at taqannu' ertinya ialah menutup kepala.

Berkait dengan kata 'wajah mereka' pada perkataan AI Hafizh di atas, ada kemungkinan salah cetak, atau mungkin juga kesalahan dari penulisnya, yang sepatutnya ialah 'dada mereka'. Kemungkinan juga yang dia maksudkan adalah pengertian majaz (bukan erti sebenarnya). Jadi, yang dia maksudkan ialah: apa-apa yang menutup wajah, dalam artian mujawarah (yang dekat dengannya). Kerana perkataan seperti itu ada di halaman lain kitab A/ Fath ketika dia menerangkan hadits yang diriwayatkan oleh Al Barra', bahwasanya pernah ada seorang laki-Iaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dengan membawa besi.... (Al Hadis). Hadis ini diriwayatkan oleh Al Bukhari dan lainnya. Hadis ini juga tercantum di dalam kitab Ash Shahihah (2932). Al Hafizh berkata (VI/25), "Perkataan dalam hadis tersebut 'muqanna" (mengenakan tutup kepala) adalah kiasan dari perkataan: dia menutup wajahnya dengan alat perang'. Tentu yang dia maksudkan adalah sesuatu yang dekat dengan wajahnya. Kerana kalau tidak begitu, dia tidak akan mampu untuk berjalan; apatah lagi untuk berperang.

Untuk lebih meyakinkan, berikut adalah nama-nama ahli hadis dan ahli tafsir yang berpendapat bahawa khimar adalah tutup kepala.

1. Dari kalangan ahli hadits: Badruddin Al 'Aini (855 H) di dalam kitab 'Umdah Al Qari (XIX/92), Ali Al Qari (1014 H), Ash Shan'ani (1182 H), Asy Syaukani (125 H),

Ahmad Muhammad Syakir Al Mishri (1377 H), dan lain-ain.

2. Dari kalangan ahli fiqih: Abu Hanifah (150 H) dan anak-nya, Muhammad bin Al Hasan (189 H) di dalam kitab Al Muwatha', Asy Syafi'i Al Qurasyi (204 H), Al 'Aini (855) di mana di dalam kitab Al Binayah fi Syarah Al Hidayah (II /58) dia berkata, "khimar ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita menutup kepalanya."

3. Dari kalangan ahli bahasa: Ar Raghib Al Ashbahani (502 H) di mana di dalam kitabnya yang sangat berharga Al Mufradat fi Gharib Al Qur'an dia berkata, "Khumrun, erti asalnya ialah menutup sesuatu; dan segala sesuatu yang dipakai untuk menutup dinamakan khimar. Akan tetapi, dalam definifi-definisi, khimar ialah nama dari sesuatu

yang dipakai oleh wanita untuk menutup kepalanya. Khimar jamaknya ialah khumur. Allah berfirman:

"Dan hendaklah mereka menutupkan khimarnya ke dada mereka."

Ahli bahasa yang lainnya: Ibnu Manzhur (711 H), Al Fairuz Abadi (816), dan sejumlah ulama penyusun kitab Al Mu'jam Al Wasith telah menjelaskan bahawa khimar adalah

penutup kepala.

Jadi, kuatlah hujjah ini lagi dengan berdalil dengan ayat tentang khimar dan hadis yang diriwayatkan dari Fathimah tentang hal ini bahawa wajah wanita bukan termasuk aurat. Allahlah tempat meminta pertolongan. (Lihat juga hadits yang diriwayatkan oleh Aisyah berkenaan dengan berkhimamya wanita-wanita muhajirin sebagaimana tersebut di dalam kitab 'Jilbab' hlm. 87)

Muhammah Bin Soleh dalam Risalah Al Hijab beranggapan bahawa “setiap Kebaikan/ maslahah yang lebih banyak berbanding Kemudharatannya maka hukumnya wajib atau Harus. Dan setiap Kemudharatan yang melebihi kebaikan/maslahahnya maka hukumnya Haram.”

Akhir sekali, tujuan perkongsian maklumat yang tak seberapa ini hanyalah untuk meluaskan sedikit lagi pengetahuan pembaca2 sekalian tentang isu purdah/niqab terutamanya di dalam masyarakat IPT islam kini.

Seperti yang telah saya nukilkan dalam artikel lepas, usahlah kita risaukan sangat tentang muslimat yang memakai niqab ini, tetapi seafdhalnya kita memikirkan bagaimana hendak menerapkan rasa ingin menutup aurat di kalangan remaja islam kita yang masih belum boleh menutup aurat dengan sebaiknya.