Saturday, August 7, 2010

Feqh Ramadhan


Alhamdulillah….bersyukur kepada Allah yang telah mensyariatkan ibadat puasa, dan telah mengkhususkan ganjaran yang istimewa di sisiNya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang telah menyampaikan syariat tersebut dengan penuh amanah.

Sesungguhnya doa orang yang berpuasa itu tidak akan ditolak dan bagi mereka dua kegembiraan, di dunia dan di akhirat. Puasa memberi syafaat pada seorang hamba yang mukmin pada hari akhirat kelak, walaupun ia dianggap lekeh di sisi manusia dengan mulut yang berbau, tapi mulia di sisi Allah taala seperti bau kasturi. Amin.....

Feqh Ramadhan yang dimaksudkan adalah pengetahuan kita terhadap bulan Ramadhan yang sedang kita tunggu untuk menjadi tetamu kita. Mana mungkin kita seronok menunggu kedatangan seseorang sedangkan siapa yang ditunggu pun tak kenal. Bak kata muda-mudi “Tak kenal maka tak cinta”….tambah saya “dah kenal tak semestinya cinta kemudian dah cinta tak semestinya dapat kawin”…(‘ ‘,)

Tapi, cinta ke tak cinta ke, rindu ke tak rindu ke pada Ramadhan, ia tetap akan datang pada kita dengan kemuliaannya :

1) Ramadhan bulan kesembilan dari 12 bulan islam, mengikut kiraan Saidina Umar R.A :
إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

2) Ramadhan bulan padanya diturunkan Kitab suci Al-Quran :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنْ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

3) Ramadhan bulan yang dijadikan oleh Allah sebagai penghapus dosa di antaranya(dalam tempoh ramadhan bertemu ramadhan) :
عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يقول: الصلوات الخمس والجمعة إلى الجمعة ورمضان إلى رمضان مكفرات ما بينهن إذا اجتنب الكبائر

4) Ramadhan bulan yang padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan dirantai para syaitan.
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة).
وفى رواية عنه أيضا: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (إذا دخل شهر رمضان فتحت أبواب السماء وغلقت أبواب جهنم وسلسلت الشياطين

5) Ramadhan bulan menghapus dosa-dosa silam :
عن أبي هريرة حدثهم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: )من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ومن قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

6) Ganjaran melakukan Umrah pada bulan Ramadhan menyamai ganjaran Haji :
عن عطاء قال سمعت ابن عباس رضي الله عنهما يخبرنا يقول قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لامرأة من الأنصار سماها ابن عباس فنسيت اسمها: ما منعك أن تحجين معنا؟، قالت: "كان لنا ناضح فركبه أبو فلان وابنة لزوجها وابنها وترك ناضحا ننضح عليه"، قال: (فإذا كان رمضان اعتمري فيه فإن عمرة في رمضان حجة
وفي رواية: (عمرة في رمضان تعدل حجة) [متفق عليه]
وفي رواية: قال: فإن عمرة في رمضان تقضي حجة أو حجة معي.
قوله:عمرة في رمضان تعدل حجة

Persamaan yang dimaksudkan hanya pada pahalanya sahaja, tidak bermaksud meluputkan kefardhuan Haji (rukun islan keempat). Bak kata Imam Ibn Qayyim al-Jauzi : “Pahala sesuatu amalan itu bertambah dengan kemuliaan waktunya seperti bertambahnya pahala dengan kehadiran hati dan tujuan yang ikhlas”

7) Ramadhan bulan yang padanya ada satu malam yang amat berharga (lebih baik dari 1000 bulan):
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

8) Ramadhan adalah bulan keuntungan utk mukminin dan kerugian utk munafiqin :
أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (أظلكم شهركم هذا بمحلوف رسول الله ما مر على المسلمين شهر هو خير لهم منه ولا يأتي على المنافقين شهر شر لهم منه إن الله يكتب أجره وثوابه من قبل أن يدخل ويكتب وزره وشفاءه من قبل أن يدخل ذلك أن المؤمن يعد فيه النفقة للقوة في العبادة ويعد فيه المنافق إغتياب المؤمنين واتباع عوراتهم فهو غنمٌ للمؤمن ونقمةٌ على الفاجر

Walaupun hadis ini martabat dha’if tetapi maknanya cukup indah dan sesuai dengan reality kini. Wallahua’lam.

Warga islam sekalian,…

Puasa adalah pendinding dan benteng daripada jilatan api neraka. Dan siapa yang berpuasa untuk mencapai keredhaan Allah taala kemudian diambil nyawanya pada hari tersebut, maka dia akan masuk syurga.

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun daripada rukun-rukun Islam. Siapa yang melaksanakannya kerana Allah akan mencapai kelazatan-kelazatan yang tidak dapat dirasa oleh orang lain.

Bulan ini amat agung berbanding bulan-bulan yang lain. Ia sudah makin hampir dengan kita. Bermulanya Ramadhan adalah dengan terbenamnya matahari Sya’ban (maghrib) di penghujung bulannya. Maka siapa yang hendak melakukan ibadat umrah di bulan Ramadhan, hendaklah ia memulakan umrahnya selepas magrib dihujung sya’ban.

“Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan bersama keimanan dan penuh pengharapan,
maka dia akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu” ….beriman dengan kefardhuannya dan mengharapkan ganjarannya.

Wahai hamba-hamba Allah yang beriman dan kuat beribadat……Padanya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka, dan dirantai syaitan-syaitan. Kamu mengikhlaskan dirimu dalam beribadat melebihi ikhlasmu di bulan-bulan lain. Maka bersyukurlah pada Tuhanmu yang telah menutup pintu-pintu neraka untukmu.

Allah menyeru kalian dalam kalam suciNya (Al-Quran),

يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام
….

“wahai orang-orang yang beriman, telah ditetapkan ke atas kamu” iaitu telah difardhukan ke atas kamu. Sesungguhnya seorang muslim akan taat pada perinta Tuhannya. Dan apabila dikhabarkan padanya tentang suatu ketetapan, dia akan menerimanya dengan rasa cinta dan berserah pada Allah Taala. Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh kita pada Ramadhan nati, kita bulan berpuasa dengan paksaan sesiapa, bahkan kita berpuasa dengan dorongan kehendak dan rasa senang hati.

كما كتب على الذين من قبلكم …..

“seperti yang telah tertulis pada orang-orang yang terdahulu..”
Amalan berpuasa bukan amalan baru wahai manusia, tapi ia adalah telah diamalkan oleh umat-umat sebelum kamu. Yang membezakan puasa mereka dan puasa kita hanyalah kaifiatnya. Perumpamaan yang disebut oleh Allah itu bukanlah ingin menyamakan puasa kita (umat nabi Muhammad S.A.W) dengan kaifiat puasa umat terdahulu, tetapi hanya ingin menyamakan dari sudut kefardhuannya sahaja. Kita dan umat-umat yang beriman terdahulu sepakat dengan kefardhuan itu kerana tujuan kita daripada berpuasa itu adalah sama, iaitu supaya bertaqwa.

لعلكم تتقون

“semoga kamu bertaqwa”

Akan tetapi sebahagian dari mereka menyeleweng dan menyempang daripada tujuan asal itu. Dikatakan bahawa orang-orang nasrani itu berpuasa tapi, apabila hari berpuasa jatuh pada musim soifi(musim panas), mereka mengubahnya ke rabi’(musim bunga) dan mereka menambahnya sepuluh hari lagi.

Berbeza dengan orang-orang islam…..walaupun datangnya bulan puasa di musim soifi atau rabi’ atau kharif (gugur) atau syita’ (sejuk), kita tetap berpuasa tanpa mengubahnya. Walaupun tempoh masa berpuasa itu terlebih lama sampai ke 18 jam atau sekejap smpai 9 jam, kita tetap tidak mengubahnya. Bermula dengan terbitnya fajar dan berakhir dengan terbenamnya matahari. Oleh itu, orang islam menerima Ramadhan mada musim apa sahaja dengan hati yang senang. Kita menerima dan berserah pada Allah dan berpuasa kerana perintah Allah Taala. Itulah puasa untuk bertaqwa.

Dengan berpuasa dapat menundukkan hawa nafsu, menjauhi amalan yang tercela, menjaga perut daripada makanan-makanan syubahat, menjaga kemaluaan, menjauhi diri dari perkara-perkara haram, mendekatkan diri pada Allah, menguatkan kehendak kearah kebaikan, menyatukan ummah, dan inilah puasa yang dianggap hasil daripada modal Taqwa.

“Berbekallah kamu” . Ya benar….tapi apakah sebaik-baik bekalan itu..?? “sebaik-baik bekalan adalah taqwa”.

وتزوّدوا فإن خير الزاد التقوى

Maka beringatlah!! Ketika kalian melangkah kaki kalian ke bazar-bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka, bersederhanalah!! Kerana sebaik-baik bekalan adalah taqwa.
Menghabiskan banyak masa dan duit di bazar-bazar, hanya memberi kepuasan seketika di dunia, tetapi menghabiskan harta dan masa untuk Allah memberi pulangan yang lumayan dan kepuasan yang tidak terhingga di akhirat.

Erti kata berpuasa yang sebenar adalah “siapa yang berpuasa pada hatinya, lidahnya dan anggota badannya”. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja, bahkan puasa hatimu dari hasad dengki, sangka buruk, lidahmu dari mengumpat, menipu, menghina orang, anggotamu dari melakukan maksiat seperti telinga yang mendengar benda-benda yang haram, tangan yang menyentuh benda yang haram, kaki yang melangkah ke tempat-tempat maksiat. Bertaqwalah!!

Kata Jabir R.A, “Ketika kamu berpuasa maka puasalah pada pendengaranmu, penglihatanmu, dan lidah kamu dari menipu dan bercakap hal-hal yang buruk, sebaliknya bercakaplah dengan percakapan yang baik dan jadikan hari puasamu hari yang menenangkan dan janganlah samakan hari-hari puasamu dengan hari-hari yang lain sama saja”

Ya benar…walaupun dengan melakukan perkara-perkara tersebut sekali-kali tidak membatalkan puasa, tapi pahalanya mungkin berkurang dan mungkin tiada. Oleh itu,apabila kamu ditimpa apa-apa musibah pada bulan puasa, makan jangnlah mudah ‘melenting’ dan marah. Sebaliknya ingatkan dirimu dengan mengatakan “aku sedang berpuasa”, bahkan ia secara tidak langsung mengingatkan pada orang selainmu tentang kondisinya yang sedang berpuasa. Itulah fungsi puasa sebagai pendinding.

Puasa mengingatkan kita pada nikmat-nikmat Allah. Kerana dengan berlapar, banyak nikmat-nikmat Allah yang kita diingati.

.ان النفس إذا شبعت تبعت وإذا جاعت امتنعت عن متاوى . Oleh itu, tundukkan hawa nafsu dengan ibadat puasa yang kita lakukan. Kerana apabila hawa nafsu itu tunduk pada diri, akan cenderonglah diri untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Puasa menguatkan bukan melemahkan. Disamping puasa adalah amalan menambah pahala, amalan puasa juga mempunyai implikasi yang baik terhadap tumbesaran manusia dan penting dalam pengawalan tahap kesihatan manusia. Sesungguhnya Allah menyukai hamba-hambanya yang sehat dan kuat jisimnya.
[المؤمن القوي خيرٌ وأحبُ إلى الله من المؤمن الضعيف…. [أخرجه أحمد, مسلم، عن أبي هريرة

Kesimpulannya, setiap suatu pensyariatan Allah itu ada tujuan dan hikmahnya. Antaranya memberi kebaikan dan menjauhkan kejahatan untuk hambanya sesuai dengan sifatNya الحكيم ، أرحم الراحمين، العدل . Perlu diingat, tujuan utama berpuasa adalah taqwa. Untuk mencapai taqwa dalam berpuasa, kita perlu kaedah-kaedah tertentu seperti menjaga kesihatan tubuh badan, kesabaran, akhlak yang baik, melakukan arahan dan meninggalkan larangan dan lain-lain. Dan jangan sekali-kali meletakkan kaedah-kaedah tersebut sebagai tujuan utama kita berpuasa kerana perbuatan itu adalah perbuatan yang zalim.

وما خلقتُ الجن والانس إلا ليعبدون

“tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah (menghambakan diri untukKu)”
Oleh itu, beribadahlah kerana Allah dan bukan beribadah kerana Ramadhan, kerana Ramadhan hanyalah wasilah untuk mencapai tujuan Mardhatillah. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah “Ibadah rabbaniayyah, bukan ibadah ramadhaniayyah”.