Sunday, August 31, 2008

Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya,
Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan,
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara, Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan
Rahmat Allah Ke Atasnya,

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi....Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan,
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Ameenn... :)

PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,

Kecuali diri sendiri.....

Tetapi...

Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana....

Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran

Seorang sahabat,begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.


Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri .


Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya.....?

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.....tetapi kita sering terlupa….


Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami

Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.

Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.

Harapan dan impian juga kita luahkan.

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga

Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita…

Pernah kah kita memberi dia peluang

untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya…??

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita….??

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah….??

Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah....??

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita.....

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat...

Kerana dia juga seorang manusia,

Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa…

Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.....

Sebagai kekuatan

Jadilah kita sahabatnya itu....

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan…

Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..

Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.....

Kita tidak tahu....

Tetapi....

jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..



سيد الأيام= يوم الجمعة

Allah Taala telah menciptakan siang, malam, hari, minggu, bulan, tahun, abad, dan kurun bersama hikmah-hikmahnya yang tertentu. Dengan kejadian siang dan malam juga, manusia dapat merancang sesuatu untuk masa hadapan. Samaada untuk kebaikan ataupun keburukan. Seluruh Muslimin akan berpusu-pusu menuju ke masjid pada hari JUMAAT. Menunaikan kefardhuan dari Allah serta menghayati Sunnah Rasulullah . Kakak, isteri, ibu, nenek dan anak kecil ditinggalkan di rumah tatkala muslimin pergi menunaikan ibadah Solat Fardhu Jumaat.

Telah ditetapkan bilangan hari bagi setahun ialah 365 hari, 1 bulan = 30 hari, dan 1 minggu = 7 hari. Purata umur manusia akhir zaman ini ialah 70-80 tahun (di Malaysia). Maknanya (70 x 365) =25,550 hari manusia itu akan hidup bersama pelbagai godaan, cubaan, musibah, pengalaman, suka duka dan macam2 lagi...Perlu diingatkan juga bhw nombor itu juga membawa erti kepada bilangan helaian CATATAN AMALAN HARIAN kita oleh para malaikat iaitu "Buku amalan Si Fulan Bin Si Fulan-25550 mukasurat".


Jika sedikit amal kebajikan & keburukan yang dikerjakan pada hari tersebut maka sedikitlah catatan amalan kita pada helaian muka surat itu.
Jika lebih SEDIKIT amal kebajikan yang dikerjakan pd hari itu berbanding amal keburukannya, maka amat Rugilah orang itu.
Jika lebih BANYAK amal kebajikan yang dikerjakan pd hari itu berbanding amal keburukannya, maka amat Beruntunglah orang itu.

Yakinkah kita bahawa dengan kandungan Buku Amalan itu dapat menolak kita ke SYURGA atau menarik kita ke NERAKA.?? Percaya dan Yakinlah kerana itu dalah Janji ALLAH....!!!

Menyedari akan kelemahan dan kekurangan yang ada pada umat manusia akhir zaman ini, Nabi Muhammad s.a.w telah mendatangkan satu sunnah yang amat berharga dan berfaedah kepada orang yang mengetahui....iaitu dengan melantik Penghulu segala hari (hari Jumaat) bersama keberkatan amalan yang ada pada hari tersebut. Khutbah Jumaat telah disyariatkan pada hari tersebut dan bermacam-macam lagi amal ibadat yang Nabi kerjakan pada hari itu.

Ramadhan ialah penghulu segala bulan. Bulan yang penuh dengan barakah dr Allah dan juga bulan yang penuh dengan pengampunan dariNYA. Padanya umat islam berlumba2 melakukan amal ibadat dan juga menyiapkan bekalan untuk menempuh bulan2 lain yang mendatang. Tetapi tempoh masa untuk menunggu ketibaan bulan Ramadhan yang berikutnya agaklah lama. Oleh itu, wajarlah jika Hari Jumaat itu dijadikan Penghulu segala hari yang mana padanya juga ada keberkatan dan juga pengampunan dari Allah.

Hari Jumaat sepatutnya dijadikan satu perhentianan atau R&R bagi manusia yang sedang berlayar dalam pelayaran yang tidak diketahui bilakah penghujungnya...Jika Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis telah penuh diisi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti kendiri, perniagaan, pentadbiran, program, urusan pejabat, bersosial dan sebagainya, apa salahnya Jumaat pula diberi ruang untuk pengisian yang khusus untuk Yang Maha Pencipta. Tidak cukup sekadar datang ke Masjid mendengar Khutbah Jumaat kemudian kembali bertebaran di bumi Allah tanpa menghayati dan mengambil intipati khutbah yang disampaikan oleh Khatib. Ataupun dengan mengisi sengkang masa Khutbah jumaat itu dengan aktiviti2 yang tidak memberikan faedah atau sia-sia oleh golongan muslimat. Sebaliknya hari Jumaat akan lebih bermakna jika seluruh muslimin dan muslimat bersama-sama memainkan peranan dalam menghidupkan hari jumaat dengan pelbagai aktiviti2 kerohanian secara jama'ie.


Kesedaran ini harus dipupuk menerusi pelbagai lapisan masyarakat bermula dengan Pentadbiran Negara, Institusi2, Persatuan2, Keluarga dan seterusnya masyarakat. Peranan ini harus dilaksanakan serentak dan bersama. Amatlah tidak wajar jika ibu bapa sahaja yang mengajar anaknya supaya memperbanyakkan amal kebaikan pada hari Jumaat, tetapi kerajaan ataupun mana2 institusi lain masih menganjurkan aktiviti2 yang mengajak ke arah kemaksiatan..

Alangkah bahagianya jika masyarakat muslim kita pada hari ini dapat memahami dan menghayati akan kepentingan hari JUMAAT ini. Pohonlah keAmpunan dr Allah Taala setiap masa sesungguhnya Allah Taala itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sedikit perubahan ke arah kebaikan itu lebih baik daripada Tiada langsung perubahan pada diri.

"Ikutilah amalan keburukan yang kamu lakukan itu dengan amal kebaikan, semoga ianya (amal keburukan) terhapus."

KUIS : ISU GELEK GERUDI

Majlis Perwakilan Mahasiswa MPMKUIS melalui Sekretariat Ekpo & Festival dengan kerjasama JPMKUIS telah menganjurkan karnival Ekspo dan Festival keli ke-11 sempena keraian hari graduasi pelajar KUIS / hari Adat Istiadat Konvokesyen di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 2008. Ekspo dan Festival (EKSTIVAL) ke -11 telah berlangsung selama 4 hari 3 malam di dataran utama KUIS. Pelbagai aktiviti-akitiviti yang telah dianjurkan oleh pihak penganjur sepanjang berlangsungnya EKSTIVAL ke-11 ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ucapan terima kasih dan Tahniah yang tidak terhingga kepada Pengarah Ekspo & Festival ( Saudara Roslan Mujani) kali ni bersama AJK2 Pelaksananya dan barisan MPMKUIS kerana berjaya menganjurkan dan mengakhiri Ekspo kali ini dengan baik. Ucapan Tahniah juga saya ucapkan kepada para Graduasi yang berjaya bergraduasi pada kali ini.


Sepanjang Ekspo tersebut berlangsung, saya dapat merasakan pentingnya program sebegini dianjurkan dan ianya amat bermakna buat graduasi. Saya tidak dapat menggambarkan bagaimanakah suasananya jika suatu hari nanti Penyampaian Sijil Diploma / Ijazah kepada Graduasi dilakukan tanpa dianjurkan aktiviti2 sampingan dan juga ekspo jualan seperti yang kita nikmati sekarang ini. Saya percaya dan yakin bhw sebilangan besar daripada mahasiswa-mahasiswa yang bakal bergraduasi nanti masih lagi mengharapkan anjuran-anjuran ekspo dan juga aktiviti sampingan tersebut diteruskan lagi di masa akan datang. Sama-sama kita doa dan usahakan.
Walau apapun, tujuan utama penulisan kali ini adalah untuk menjelaskan dan merungkaikan sedikit kekaburan dan permasalahan yang berlaku dalam EKSTIVAL-11 baru-baru ini. Pada malam terakhir EKSTIVAL-11 telah berlaku satu peristiwa yang TIDAK DIINGINI yang boleh dianggap sesuatu yang berlaku di 'luar kawalan' pihak penganjur. Kenyataan ini juga dikukuhkan lagi dengan pengakuan bertulis daripada pihak persatuan jemputan (Persatuan Seni Kebudayaan Kuala Lumpur) tersebut.

Pada 22hb JUN 2008, Persatuan Seni Kebudayaan Kuala Lumpur (PSKKL) telah pun mengemukakan surat MOHON MAAF kepada Dato' Rektor bersama salinan kepada (S.k) Dekan Pembangunan Mahasiswa. Bersama-sama surattersebut dilampirkan sekali berkenaan biodata pelakon teater yang terlibat. Pihak mereka telah mengemukakan kekesalan atas segala kesilapan yang telah berlaku. Walau apapun saya mengucapkan terima kasih dan tahniah atas ketulusan dan rasa tanggungjawab pihak PSKKL dalam menangani hal ini.
Perjanjian sebelum hari kejadian ( Malam Persembahan ) :

BABAK-BABAK DALAM PERSEMBAHAN TEATER "CINTA TUN KUDU"
Babak 1 :Miming Lagu antara Sultan & Tun Kudu (Zapin-Rindu-Rinduan)
Babak 2 : Tun Kudu, Mak Inang, Kembang Cina, Tun Ali, Tun Perak, Seri Amerta & [Pengawal Taman]
: Extra Turn (Musikal-Gendang Istana)
Babak 3 : Sultan & Tun Kudu (Bilik)
Babak4 : (MONOLOG) Tun Ali & Seri Amerta & [Pengawal Luar Istana]
: *Extra Turn (Musikal & Tarian Tradisional Melayu)
Babak 5 : Sultan , Tun Kudu, Tun Ali (Istana)
: Extra Turn ( Musikal - Fluit)
Babak 6 : Semua & Penamat (Istana) - (Musikal - P.Ramlee)
Slot Extra Turn kedua (selepas babak 4) adalah slot yang menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan mahasiswa KUIS juga masyarakat sekitarnya mungkin. Berlandaskan skrip yang diberikan kepada pihak penganjur sebelum persembahan berlangsung, iaitu dengan kenyataan "Extra Turn-Musikal & Tarian Tradisional Melayu" dan dikukuhkan lagi dengan pengakuan lisan daripada salah seorang wakil pihak PSKKL yang menyatakan spesifikasi kepada slot tersebut ialah tarian Zapin dan Inang sahaja. Namun apa yang berlaku adalah berbeza dengan apa yang dirancang. Dakwaan wakil PSKKL tersebut terhadap apa yang telah berlaku adalah berpunca daripada kesilapan percaturan daripada pihak pengurusan atasan mereka sendiri.
Tambahan lagi, pada saat adegan "NGERI" itu berlangsung, wakil VIP yang ada di barisan hadapan menyaksikan teater itu telah menghentikan slot itu serta-merta. Ini kerana adegan "ngeri" itu bukannya satu hidangan yang diharapkan oleh barisan VIP dan juga hadirin pada malam itu. Namun begitu, method yang dipilih untuk menghentikan babak tersebut masih lagi boleh dikira beradab iaitu dengan terus ke belakang stage dan mengarahkan teknikal menghentikan musik serta merta seterusnya tarian tersebut dapat dihentikan. Kalau tak silap saya adegan "ngeri" itu hanya sempat ditonton oleh hadirin yang menonton selama 10-15 saat sahaja. Namun kesannya, isu itu masih segar dalam pemikiran orang yang tidak mahu memahami masalah ini mungkin selama 10-15 hari, mungkin minggu, mungkin bulan dan mungkin tahun.
Oleh itu, beberapa penalti telah dikenakan kepada pihak PSKKL antaranya bayaran persembahan tersebut tidak akan dibayar, nama persatuan tersebut telah di senarai hitamkan, dan pihak mereka diminta untuk memohon maaf atas segala kesilapan yang berlaku kepada Dato' Hj Adanan Isman (Rektor KUIS).
Akhirnya, saya berpendapat bahawa apa-apa yang telah berlaku itu adalah termasuk dalam Qada' dan Qadar Allah Taala walaupun ikhtiar telah diberikan olehNYA. Maka setelah pembaca membaca fakta dan mengetahui punca kepada apa yang telah berlaku sebenarnya, saya berharap penilaian yang sewajarnya dan seadilnya patut dibuat oleh pembaca demi menjaga kemaslahatan awam. Saya juga mengharapkan kepada mana-mana individu yang hadir atau menyaksikan persembahan pada malam tersebut dapat mengambil pengajaran daripada keseluruhan teater tersebut. Jangan kerana slot selama beberapa saat itu, pengajaran yang sepatutnya boleh dibawa pulang pada malam itu ditinggalkan begitu sahaja.
Jangan mudah menghukum kerana sebaik-baik penghukum ialah ALLAH.
Jangan mudah menghukum kerana sejahat-jahat hukuman ialah hukuman dari orang yang tidak berilmu.
Jangan mudah menghukum kerana jika tersilap menghukum buruk padahnya.

KEBERKATAN

Keberkatan Ilmu......

Keberkatan Hidup.....

Keberkatan Harta.....

Keberkatan Amalan....

Begitulah impian setiap individu Muslim Mukmin......setiap apa yang dikerjakan adalah semata-mata kerana Allah.... Mereka sentiasa sedar bahawa setiap apa yang dilakukan itu semuanya dalam pandangan dan perhatian Yang Maha Mengetahui. Tiada yang lebih bermakna melainkan mendapat perhatian daripadaNYA.


"Sesungguhnya hidupku dan matiku hanya untuk Allah ,Tuhan sekalian Alam ini." Jika ukiran ini telah terukir dihati, hasutan syaitan tak kan dipeduli. Penglihatannya hanya tertumpu pada yang satu....perasaannya hanya terpaut pada yang satu....pada Petunjuk yang Satu dari Yang Satu.

Kini ku melihat ILMU bak Petunjuk dari Yang Satu...
Rebutlah...!!! Rebutlah...!!! Rebutlah...!!!
kau akan terasa kekosongan tanpanya......
kau akan terasa terhina tanpanya....
jangan biarkan kau ditinggalkan olehnya...
habiskanlah usiamu untuknya...Kerna itu satu sunnah dari PesuruhNya...

Ingatlah wahai anak adam....!!

Janji syaitan pada Tuhan mu..
mereka tak akan berhenti menyesatkan mu...
sehinggalah kau pulang ke pangkuan Tuhan mu...
Carilah pegangan mu..carilah panduan mu...
tidak lain dan tidak bukan ..itulah ILMU...

"Sesiapa yang mahukan Dunia maka hendaklah ia BERILMU, dan sesiapa yang mahukan Akhirat maka hendaklah ia BERILMU."

Ilmu tidak dapat dipisahkan dengan manusia yang mahukan kejayaan dunia dan juga akhirat. Sehinggakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W ialah berkisar tentang ILMU. Dalam surah Al-Alaq dari ayat 1-5 dengan suruhan untuk Membaca. Bukankah membaca itu simbol yang paling dekat dengan ILMU???

Namun...kini juga .....ku dapat merasakan..ramai manusia yang sedang bertebaran di seluruh pelusuk dunia Allah ini yang sedang mencari ilmu. Tidak kira umur, masa,tempat...
Alhamdulillah......Tahniah!! Syabas!! manusia kini sudah tahu kepentingan ilmu...
Gaji dibeza-beza dengan kelulusan pengajian masing-masing... sijil menjadi tumpuan oleh manusia..pointer 4.0 menjadi buruan mahasiswa IPT...5A / 10A1 menjadi sasaran adik-adik kita....itu ke pentingnya ilmu??

ILMU bak cahaya yang membawa manusia keluar daripada kegelapan hidup. Cahaya adalah satu sifat yang amat Suci dan Bersih seperti mana para malaikat dan jin diciptakan daripada cahaya. Oleh itu, ilmu yang suci itu tidak akan berpanjangan dalam hati yang selalu dikotori. Baik dan buruk, suci dan kotor, cerah dan gelap tidak akan dapat bersama.....Umpama pemergian siang tatkala malam menjelma.

KEBERKATAN ibarat "pembalut lutsinar" bagi ilmu yang berada dalam hati manusia. Cahayanya masih terbias tetapi Ilmu itu tidak akan dapat dikotori. Keberkatan yang ada pada ilmu itu akan mudah memudarkan karat-karat di hati..

Jika peristiwa Isra' Mikraj dapat mengurangkan bilangan rakaat solat daripada 50 rakaat kepada 5 rakaat...maka dengan KEBERKATAN dapat memudahkan para penutut ilmu....walaupun hanya sedikit ilmu yang dapat dicari...tetapi jika ilmu yang dijumpai itu dengan cara yang penuh dengan keberkatan...maka ilmu itu lebih berharga daripada selainnya...

Macam mane nak dapat keberkatan???

Itulah yang perlu dperbahaskan oleh para pemburu ilmu kini...demi melengkapkan lagi ciri-ciri muslim mukmin yang sedang menuntut ilmu.....

Oleh itu.....

Beradablah dengan Tuhan mu dan PesuruhNya....

Beradablah dengan kedua ibu bapa mu kerana tanpa mereka kita tak kan dapat mengenali apa itu ilmu....? Jangan kau sekali-kali melukakan hati mereka walaupun sekali....

Beradablah dengan guru-gurumu kerana tanpa mereka kita tak akan dapat mengenali bagaimana itu ilmu....? Mereka juga ialah simbolik kepada GURU kita yang agong iaitu Nabi Muhammad S.A.W.....jika kau tidak menghormatinya..umpama kau tidak menghormati GURUnya....

Beradablah dengan ilmu itu sendiri kerananyalah wahyu pertama diturunkan.....

Sudah ramai mahasiswa yang telah Cemerlang kerana berjaya mendapat pointer 4.0 ....tetapi tidak ramai mahasiswa yang telah Cemerlang kerana berjaya mendapat keberkatan daripada ILMUnya...Anugerah Dekan akan diberikan oleh Manusia.....akan tetapi Anugerah Keberkatan Ilmu akan diberikan oleh Yang Maha Esa....

Selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester & Ujian Bulan Ramadhan.

جدالٌ وقتال


Al-Quranul Karim telah menceritakan kepada pembaca-pembacanya bahawa masyarakat kafir itu sentiasa terbelah kepada 2 puak, iaitu orang-orang yang Bermegah-megah ( Pemerintah) dan orang-orang yang Lemah ( Orang Awam).
Dan Al-Quran juga telah menghikayatkan kisah-kisah Pemerintah-pemerintah yang mengetahui Kebenaran akan tetapi mereka Memungkirinya. Seperti Firman Allah Taala :

وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنفُسُهُمْ ظُلْماً وَعُلُوّاً فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ [Surah An-Naml : 14]

{وَلَمَّا جَاءهُمْ كِتَابٌ مِّنْ عِندِ اللّهِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمْ وَكَانُواْ مِن قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى الَّذِينَ كَفَرُواْ فَلَمَّا جَاءهُم مَّا عَرَفُواْ كَفَرُواْ بِهِ فَلَعْنَةُ اللَّه عَلَى الْكَافِرِينَ (89) بِئْسَمَا اشْتَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ أَن يَكْفُرُواْ بِمَا أنَزَلَ اللّهُ بَغْياً أَن يُنَزِّلُ اللّهُ مِن فَضْلِهِ عَلَى مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ فَبَآؤُواْ بِغَضَبٍ عَلَى غَضَبٍ وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ مُّهِينٌ} [Surah Al-Baqarah : 89- 90].

Punca berlakunya Penipuan ialah melalui Kezaliman, Permusuhan, Hasad Dengki,...bukannya kerana Kejahilan.

Pertelingkahan pernah berlaku pada zaman terdahulu yang mana berlaku di antara Para Rasul yang berpaksi pada Syariat Allah dan golongan-golongan Pemerintah yang menjadi ketua kepada masyarakat yang jahil. Persoalannya, untuk siapa pertelingkahan ini berlaku? Untuk menegakkan Syariat Allah??Ataupun untuk menegakkan undang-undang yang wujud pada masa itu??

Atas dasar berikutlah pergaduhan antara Pejuang-Pejuang Islam dan Golongan-golongan sesat itu berlaku. Firman Allah Taala :{قَالُواْ أَجِئْتَنَا لِتَلْفِتَنَا عَمَّا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءنَا وَتَكُونَ لَكُمَا الْكِبْرِيَاء فِي الأَرْضِ وَمَا نَحْنُ لَكُمَا بِمُؤْمِنِينَ} [ Surah Yunus : 78]
"الكبرياء " ditafsirkan dalam ayat tersebut oleh Imam Tobari dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya ialah "Pemerintah".

Dan banyak lagi bukti-bukti sirah Nabi-nabi terdahulu yang menggambarkan bahawa pertelingkahan yang berlaku itu berpunca daripada penipuan. Antaranya Firman Allah Taala : {كُلَّ مَا جَاء أُمَّةً رَّسُولُهَا كَذَّبُوهُ} [Surah Al-Mukminun : 44]

Quran itu juga telah menggambarkan kepada pembacanya bahawa orang-orang kafir (Pemerintah dalam kalangan mereka khususnya) berdepan dengan Dakwah Islam itu dengan Dua cara : BERDEBAT & BERPERANG. {وَهَمَّتْ كُلُّ أُمَّةٍ بِرَسُولِهِمْ لِيَأْخُذُوهُ وَجَادَلُوا بِالْبَاطِلِ لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ} [surah Ghafir: 5] Mereka berdebat tentang hukum hakan Allah seperti pengharaman bangkai, tentang khabar kebangkitan selepas kematian, tentang mukjizat nabi-nabi dan mereka juga suka menyelesaikan sesuatu dengan berbunuh-bunuhan antara satu sama lain.

Penulis juga hairan dan tidak faham dengan perangai orang kafir itu khususnya Yahudi La'natullah, mereka menyusun strateginya sepanjang hari, mereka juga melebarkan pengaruhnya ke atas golongan munafiq, dan mereka juga cuba mengkucar kacirkan orang-orang Islam dengan tipu daya Syubahat dan Syahawat, sedangkan mereka sedang berkawan. Firman Allah :
{أَلَمْ تَر إِلَى الَّذِينَ نَافَقُوا يَقُولُونَ لِإِخْوَانِهِمُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ} [ surah al-hasyar: 11]

Sedangkan pada masa yang sama, natijah perancangan jahat dan tipu helah mereka itu akan menimpa kita (orang islam) dan juga masyarakat mereka sendiri. Dan akhirnya perancangan buruk mereka itu turut mengheret mereka ke lembah Api Neraka jahannam kelak.

Melihat kepada realiti kini, penulis tertanya-tanya,,,adakah persengketaan itu masih lagi berlaku?? dimanakah peperangan itu??dimanakan pergaduhan itu?? dimanakah dakyah-dakyah mereka itu?? adakah ia berlaku di Palestin, Iraq dan sekutu-sekutunya sahaja???

Ketahuilah wahai pejuang-pejuang Islam yang sedang dicari... Bentuk dan Saiz jarum Syaitan itu dipilih mengikut tahap iman manusia. Makin beriman kamu padaNYA atau makin dekat dirimu pada Allah makin mencabar dugaan mu sehinggakan godaan itu seakan-akan tidak kamu sedari kewujudannya, sehingga kamu sudah betul-betul hampir dengan mereka (syaitan) baru kamu sedari. Ingatlah..

Awal tahun ini..Dengan izin Allah, penulis telah mendapat ruang dan peluang untuk menziarahi bumi Maghribi/ Moroko selama sebulan untuk mendalami ilmu Bahasa Arab. Sepanjang penulis berada di sana, hati ini tidak putus-putus meronta-ronta Kesyukuran padaNYA kerana telah mencampakkan penulis di bumi Malaysia. Bukan kerana menyesal kerana berada di Maghribi pada masa itu tetapi penulis berasa lebih beruntung kerana dikurniakan Negara Sendiri yang aman dan damai khuhsusnya untuk orang-orang Islam.

Di Malysia, agama Islam telah dijadikan agama rasmi persekutuan. Walaupun masyarakat berbilang kaum, bangsa, dan agama, namun masyarakatnya masih aman untuk mengamalkan agama yang dianutinya. Aktiviti memperkembangkan agama Islam tidak disekat bahkan disokong oleh segelintir masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan rasmi di Malaysia seperti JAKIM, ABIM, Majlis Agama Islam Negeri , dan sebagainya. Beruntunglah wahai Muslimin di Malaysia. Kamu bebas untuk bersuara untuk Agamamu. Jangan ditimbunkan lubang peluang keemasan yang ada ini...

Di Maghribi , terdapat pelbagai latar belakang agama di sana. Agama islam juga turut mendapat tempat untuk bertapak di sana. Tetapi Yahudi juga turut mendapat tempat di sana. Kebanyakan orang Islam di sana ialah dari kalangan pelajar luar dan dalam negara. Apabila penulis berborak-borak dengan seorang muslim maghribi di tempat-tempat awam, perkataan pertama yang terpacul dari mulut pemuda itu setelah dia mengetahui yang penulis adalah Muslim Malaysia, ialah "Bagus!!
Bagus!!Bagus!! Bagus kamu...Bagaimana keadaan Islam di Malaysia??!! Aku teringin sangat ke Malaysia untuk melihat dengan mata dan jasadku sendiri keadaan Islam di Malaysia.."

Di Palesti contohnya, umat islam diancam dengan Maut. Mereka di halang daripada beribadat pada Allah dengan pelbagai ancaman. Dentuman bom dan kedengaran bunyi tembakan hampir setiap hari di sana. Umat Islam di sana begitu susah untuk mengamalkan ajaran Islam apatah lagi menyebarkannya. Solat dua rakaat mereka seolah-olah menyamai puluhan rakaat solat kita di Malaysia jika dibanding dari aspek usaha dan keberanian mereka. Bagaimana dengan kita di Malaysia.??Bangunlah wahai Pejuang-pejuang Islam!!

Untuk apa kita berperang sesama kita????!!!!!

Ya betul..pergaduhan dan perselisihan itu wujud. Dan tidak sekali-kali orang kafir itu meredhai orang Islam, dan tidak juga sekali-kali orang Islam itu meredhai kekufuran dan orang kafir itu. sendiri. Akan tetapi hakikat peperangan atau persengketaan yang sebenarnya ialah untuk mencapai keAmanan dan keSelamatan.

Penulis ingin bertanya kepada pembaca sekalian....apakah sebab tercetusnya peperangan di negara Palestin, Somalia, Syisyan, dan Afghanistan ?? dan untuk apa semua itu??

Semestinya mereka mahukan keSELAMATan dan keAMANan. Mereka mempertahankan negara mereka dan Agama KITA. Manakala si Kafir Laknatullah tidak akan berhenti dengan matlamat berketurunan mereka itu iaitu berusaha membuat kerosakan di bumi ini. Oleh itu, wajib ke atas kita memerangi mereka dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun untuk mendapatkan hak-hak kita. Firman Allah :
{وَقَالَ فِرْعَوْنُ ذَرُونِي أَقْتُلْ مُوسَى وَلْيَدْعُ رَبَّهُ إِنِّي أَخَافُ أَن يُبَدِّلَ دِينَكُمْ أَوْ أَن يُظْهِرَ فِي الْأَرْضِ الْفَسَادَ} [ surah Ghafir : 26]

Akhir kalam....Bersatulah wahai penganut ISLAM....jangan mudah menuding jari...Sesungguhnya orang-orang kafir sedang memerhatikan kita dari setiap sudut,,,."umpama si helang yang berlegar-legar di atas memerhatikan mangsanya di bawah..."

*Maaf ayat quran xde maksud. ('',)