Sunday, August 31, 2008

KEBERKATAN

Keberkatan Ilmu......

Keberkatan Hidup.....

Keberkatan Harta.....

Keberkatan Amalan....

Begitulah impian setiap individu Muslim Mukmin......setiap apa yang dikerjakan adalah semata-mata kerana Allah.... Mereka sentiasa sedar bahawa setiap apa yang dilakukan itu semuanya dalam pandangan dan perhatian Yang Maha Mengetahui. Tiada yang lebih bermakna melainkan mendapat perhatian daripadaNYA.


"Sesungguhnya hidupku dan matiku hanya untuk Allah ,Tuhan sekalian Alam ini." Jika ukiran ini telah terukir dihati, hasutan syaitan tak kan dipeduli. Penglihatannya hanya tertumpu pada yang satu....perasaannya hanya terpaut pada yang satu....pada Petunjuk yang Satu dari Yang Satu.

Kini ku melihat ILMU bak Petunjuk dari Yang Satu...
Rebutlah...!!! Rebutlah...!!! Rebutlah...!!!
kau akan terasa kekosongan tanpanya......
kau akan terasa terhina tanpanya....
jangan biarkan kau ditinggalkan olehnya...
habiskanlah usiamu untuknya...Kerna itu satu sunnah dari PesuruhNya...

Ingatlah wahai anak adam....!!

Janji syaitan pada Tuhan mu..
mereka tak akan berhenti menyesatkan mu...
sehinggalah kau pulang ke pangkuan Tuhan mu...
Carilah pegangan mu..carilah panduan mu...
tidak lain dan tidak bukan ..itulah ILMU...

"Sesiapa yang mahukan Dunia maka hendaklah ia BERILMU, dan sesiapa yang mahukan Akhirat maka hendaklah ia BERILMU."

Ilmu tidak dapat dipisahkan dengan manusia yang mahukan kejayaan dunia dan juga akhirat. Sehinggakan wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W ialah berkisar tentang ILMU. Dalam surah Al-Alaq dari ayat 1-5 dengan suruhan untuk Membaca. Bukankah membaca itu simbol yang paling dekat dengan ILMU???

Namun...kini juga .....ku dapat merasakan..ramai manusia yang sedang bertebaran di seluruh pelusuk dunia Allah ini yang sedang mencari ilmu. Tidak kira umur, masa,tempat...
Alhamdulillah......Tahniah!! Syabas!! manusia kini sudah tahu kepentingan ilmu...
Gaji dibeza-beza dengan kelulusan pengajian masing-masing... sijil menjadi tumpuan oleh manusia..pointer 4.0 menjadi buruan mahasiswa IPT...5A / 10A1 menjadi sasaran adik-adik kita....itu ke pentingnya ilmu??

ILMU bak cahaya yang membawa manusia keluar daripada kegelapan hidup. Cahaya adalah satu sifat yang amat Suci dan Bersih seperti mana para malaikat dan jin diciptakan daripada cahaya. Oleh itu, ilmu yang suci itu tidak akan berpanjangan dalam hati yang selalu dikotori. Baik dan buruk, suci dan kotor, cerah dan gelap tidak akan dapat bersama.....Umpama pemergian siang tatkala malam menjelma.

KEBERKATAN ibarat "pembalut lutsinar" bagi ilmu yang berada dalam hati manusia. Cahayanya masih terbias tetapi Ilmu itu tidak akan dapat dikotori. Keberkatan yang ada pada ilmu itu akan mudah memudarkan karat-karat di hati..

Jika peristiwa Isra' Mikraj dapat mengurangkan bilangan rakaat solat daripada 50 rakaat kepada 5 rakaat...maka dengan KEBERKATAN dapat memudahkan para penutut ilmu....walaupun hanya sedikit ilmu yang dapat dicari...tetapi jika ilmu yang dijumpai itu dengan cara yang penuh dengan keberkatan...maka ilmu itu lebih berharga daripada selainnya...

Macam mane nak dapat keberkatan???

Itulah yang perlu dperbahaskan oleh para pemburu ilmu kini...demi melengkapkan lagi ciri-ciri muslim mukmin yang sedang menuntut ilmu.....

Oleh itu.....

Beradablah dengan Tuhan mu dan PesuruhNya....

Beradablah dengan kedua ibu bapa mu kerana tanpa mereka kita tak kan dapat mengenali apa itu ilmu....? Jangan kau sekali-kali melukakan hati mereka walaupun sekali....

Beradablah dengan guru-gurumu kerana tanpa mereka kita tak akan dapat mengenali bagaimana itu ilmu....? Mereka juga ialah simbolik kepada GURU kita yang agong iaitu Nabi Muhammad S.A.W.....jika kau tidak menghormatinya..umpama kau tidak menghormati GURUnya....

Beradablah dengan ilmu itu sendiri kerananyalah wahyu pertama diturunkan.....

Sudah ramai mahasiswa yang telah Cemerlang kerana berjaya mendapat pointer 4.0 ....tetapi tidak ramai mahasiswa yang telah Cemerlang kerana berjaya mendapat keberkatan daripada ILMUnya...Anugerah Dekan akan diberikan oleh Manusia.....akan tetapi Anugerah Keberkatan Ilmu akan diberikan oleh Yang Maha Esa....

Selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester & Ujian Bulan Ramadhan.

No comments: