Sunday, August 31, 2008

سيد الأيام= يوم الجمعة

Allah Taala telah menciptakan siang, malam, hari, minggu, bulan, tahun, abad, dan kurun bersama hikmah-hikmahnya yang tertentu. Dengan kejadian siang dan malam juga, manusia dapat merancang sesuatu untuk masa hadapan. Samaada untuk kebaikan ataupun keburukan. Seluruh Muslimin akan berpusu-pusu menuju ke masjid pada hari JUMAAT. Menunaikan kefardhuan dari Allah serta menghayati Sunnah Rasulullah . Kakak, isteri, ibu, nenek dan anak kecil ditinggalkan di rumah tatkala muslimin pergi menunaikan ibadah Solat Fardhu Jumaat.

Telah ditetapkan bilangan hari bagi setahun ialah 365 hari, 1 bulan = 30 hari, dan 1 minggu = 7 hari. Purata umur manusia akhir zaman ini ialah 70-80 tahun (di Malaysia). Maknanya (70 x 365) =25,550 hari manusia itu akan hidup bersama pelbagai godaan, cubaan, musibah, pengalaman, suka duka dan macam2 lagi...Perlu diingatkan juga bhw nombor itu juga membawa erti kepada bilangan helaian CATATAN AMALAN HARIAN kita oleh para malaikat iaitu "Buku amalan Si Fulan Bin Si Fulan-25550 mukasurat".


Jika sedikit amal kebajikan & keburukan yang dikerjakan pada hari tersebut maka sedikitlah catatan amalan kita pada helaian muka surat itu.
Jika lebih SEDIKIT amal kebajikan yang dikerjakan pd hari itu berbanding amal keburukannya, maka amat Rugilah orang itu.
Jika lebih BANYAK amal kebajikan yang dikerjakan pd hari itu berbanding amal keburukannya, maka amat Beruntunglah orang itu.

Yakinkah kita bahawa dengan kandungan Buku Amalan itu dapat menolak kita ke SYURGA atau menarik kita ke NERAKA.?? Percaya dan Yakinlah kerana itu dalah Janji ALLAH....!!!

Menyedari akan kelemahan dan kekurangan yang ada pada umat manusia akhir zaman ini, Nabi Muhammad s.a.w telah mendatangkan satu sunnah yang amat berharga dan berfaedah kepada orang yang mengetahui....iaitu dengan melantik Penghulu segala hari (hari Jumaat) bersama keberkatan amalan yang ada pada hari tersebut. Khutbah Jumaat telah disyariatkan pada hari tersebut dan bermacam-macam lagi amal ibadat yang Nabi kerjakan pada hari itu.

Ramadhan ialah penghulu segala bulan. Bulan yang penuh dengan barakah dr Allah dan juga bulan yang penuh dengan pengampunan dariNYA. Padanya umat islam berlumba2 melakukan amal ibadat dan juga menyiapkan bekalan untuk menempuh bulan2 lain yang mendatang. Tetapi tempoh masa untuk menunggu ketibaan bulan Ramadhan yang berikutnya agaklah lama. Oleh itu, wajarlah jika Hari Jumaat itu dijadikan Penghulu segala hari yang mana padanya juga ada keberkatan dan juga pengampunan dari Allah.

Hari Jumaat sepatutnya dijadikan satu perhentianan atau R&R bagi manusia yang sedang berlayar dalam pelayaran yang tidak diketahui bilakah penghujungnya...Jika Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis telah penuh diisi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti kendiri, perniagaan, pentadbiran, program, urusan pejabat, bersosial dan sebagainya, apa salahnya Jumaat pula diberi ruang untuk pengisian yang khusus untuk Yang Maha Pencipta. Tidak cukup sekadar datang ke Masjid mendengar Khutbah Jumaat kemudian kembali bertebaran di bumi Allah tanpa menghayati dan mengambil intipati khutbah yang disampaikan oleh Khatib. Ataupun dengan mengisi sengkang masa Khutbah jumaat itu dengan aktiviti2 yang tidak memberikan faedah atau sia-sia oleh golongan muslimat. Sebaliknya hari Jumaat akan lebih bermakna jika seluruh muslimin dan muslimat bersama-sama memainkan peranan dalam menghidupkan hari jumaat dengan pelbagai aktiviti2 kerohanian secara jama'ie.


Kesedaran ini harus dipupuk menerusi pelbagai lapisan masyarakat bermula dengan Pentadbiran Negara, Institusi2, Persatuan2, Keluarga dan seterusnya masyarakat. Peranan ini harus dilaksanakan serentak dan bersama. Amatlah tidak wajar jika ibu bapa sahaja yang mengajar anaknya supaya memperbanyakkan amal kebaikan pada hari Jumaat, tetapi kerajaan ataupun mana2 institusi lain masih menganjurkan aktiviti2 yang mengajak ke arah kemaksiatan..

Alangkah bahagianya jika masyarakat muslim kita pada hari ini dapat memahami dan menghayati akan kepentingan hari JUMAAT ini. Pohonlah keAmpunan dr Allah Taala setiap masa sesungguhnya Allah Taala itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sedikit perubahan ke arah kebaikan itu lebih baik daripada Tiada langsung perubahan pada diri.

"Ikutilah amalan keburukan yang kamu lakukan itu dengan amal kebaikan, semoga ianya (amal keburukan) terhapus."

No comments: