Sunday, August 31, 2008

KUIS : ISU GELEK GERUDI

Majlis Perwakilan Mahasiswa MPMKUIS melalui Sekretariat Ekpo & Festival dengan kerjasama JPMKUIS telah menganjurkan karnival Ekspo dan Festival keli ke-11 sempena keraian hari graduasi pelajar KUIS / hari Adat Istiadat Konvokesyen di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 2008. Ekspo dan Festival (EKSTIVAL) ke -11 telah berlangsung selama 4 hari 3 malam di dataran utama KUIS. Pelbagai aktiviti-akitiviti yang telah dianjurkan oleh pihak penganjur sepanjang berlangsungnya EKSTIVAL ke-11 ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ucapan terima kasih dan Tahniah yang tidak terhingga kepada Pengarah Ekspo & Festival ( Saudara Roslan Mujani) kali ni bersama AJK2 Pelaksananya dan barisan MPMKUIS kerana berjaya menganjurkan dan mengakhiri Ekspo kali ini dengan baik. Ucapan Tahniah juga saya ucapkan kepada para Graduasi yang berjaya bergraduasi pada kali ini.


Sepanjang Ekspo tersebut berlangsung, saya dapat merasakan pentingnya program sebegini dianjurkan dan ianya amat bermakna buat graduasi. Saya tidak dapat menggambarkan bagaimanakah suasananya jika suatu hari nanti Penyampaian Sijil Diploma / Ijazah kepada Graduasi dilakukan tanpa dianjurkan aktiviti2 sampingan dan juga ekspo jualan seperti yang kita nikmati sekarang ini. Saya percaya dan yakin bhw sebilangan besar daripada mahasiswa-mahasiswa yang bakal bergraduasi nanti masih lagi mengharapkan anjuran-anjuran ekspo dan juga aktiviti sampingan tersebut diteruskan lagi di masa akan datang. Sama-sama kita doa dan usahakan.
Walau apapun, tujuan utama penulisan kali ini adalah untuk menjelaskan dan merungkaikan sedikit kekaburan dan permasalahan yang berlaku dalam EKSTIVAL-11 baru-baru ini. Pada malam terakhir EKSTIVAL-11 telah berlaku satu peristiwa yang TIDAK DIINGINI yang boleh dianggap sesuatu yang berlaku di 'luar kawalan' pihak penganjur. Kenyataan ini juga dikukuhkan lagi dengan pengakuan bertulis daripada pihak persatuan jemputan (Persatuan Seni Kebudayaan Kuala Lumpur) tersebut.

Pada 22hb JUN 2008, Persatuan Seni Kebudayaan Kuala Lumpur (PSKKL) telah pun mengemukakan surat MOHON MAAF kepada Dato' Rektor bersama salinan kepada (S.k) Dekan Pembangunan Mahasiswa. Bersama-sama surattersebut dilampirkan sekali berkenaan biodata pelakon teater yang terlibat. Pihak mereka telah mengemukakan kekesalan atas segala kesilapan yang telah berlaku. Walau apapun saya mengucapkan terima kasih dan tahniah atas ketulusan dan rasa tanggungjawab pihak PSKKL dalam menangani hal ini.
Perjanjian sebelum hari kejadian ( Malam Persembahan ) :

BABAK-BABAK DALAM PERSEMBAHAN TEATER "CINTA TUN KUDU"
Babak 1 :Miming Lagu antara Sultan & Tun Kudu (Zapin-Rindu-Rinduan)
Babak 2 : Tun Kudu, Mak Inang, Kembang Cina, Tun Ali, Tun Perak, Seri Amerta & [Pengawal Taman]
: Extra Turn (Musikal-Gendang Istana)
Babak 3 : Sultan & Tun Kudu (Bilik)
Babak4 : (MONOLOG) Tun Ali & Seri Amerta & [Pengawal Luar Istana]
: *Extra Turn (Musikal & Tarian Tradisional Melayu)
Babak 5 : Sultan , Tun Kudu, Tun Ali (Istana)
: Extra Turn ( Musikal - Fluit)
Babak 6 : Semua & Penamat (Istana) - (Musikal - P.Ramlee)
Slot Extra Turn kedua (selepas babak 4) adalah slot yang menimbulkan sedikit kontroversi di kalangan mahasiswa KUIS juga masyarakat sekitarnya mungkin. Berlandaskan skrip yang diberikan kepada pihak penganjur sebelum persembahan berlangsung, iaitu dengan kenyataan "Extra Turn-Musikal & Tarian Tradisional Melayu" dan dikukuhkan lagi dengan pengakuan lisan daripada salah seorang wakil pihak PSKKL yang menyatakan spesifikasi kepada slot tersebut ialah tarian Zapin dan Inang sahaja. Namun apa yang berlaku adalah berbeza dengan apa yang dirancang. Dakwaan wakil PSKKL tersebut terhadap apa yang telah berlaku adalah berpunca daripada kesilapan percaturan daripada pihak pengurusan atasan mereka sendiri.
Tambahan lagi, pada saat adegan "NGERI" itu berlangsung, wakil VIP yang ada di barisan hadapan menyaksikan teater itu telah menghentikan slot itu serta-merta. Ini kerana adegan "ngeri" itu bukannya satu hidangan yang diharapkan oleh barisan VIP dan juga hadirin pada malam itu. Namun begitu, method yang dipilih untuk menghentikan babak tersebut masih lagi boleh dikira beradab iaitu dengan terus ke belakang stage dan mengarahkan teknikal menghentikan musik serta merta seterusnya tarian tersebut dapat dihentikan. Kalau tak silap saya adegan "ngeri" itu hanya sempat ditonton oleh hadirin yang menonton selama 10-15 saat sahaja. Namun kesannya, isu itu masih segar dalam pemikiran orang yang tidak mahu memahami masalah ini mungkin selama 10-15 hari, mungkin minggu, mungkin bulan dan mungkin tahun.
Oleh itu, beberapa penalti telah dikenakan kepada pihak PSKKL antaranya bayaran persembahan tersebut tidak akan dibayar, nama persatuan tersebut telah di senarai hitamkan, dan pihak mereka diminta untuk memohon maaf atas segala kesilapan yang berlaku kepada Dato' Hj Adanan Isman (Rektor KUIS).
Akhirnya, saya berpendapat bahawa apa-apa yang telah berlaku itu adalah termasuk dalam Qada' dan Qadar Allah Taala walaupun ikhtiar telah diberikan olehNYA. Maka setelah pembaca membaca fakta dan mengetahui punca kepada apa yang telah berlaku sebenarnya, saya berharap penilaian yang sewajarnya dan seadilnya patut dibuat oleh pembaca demi menjaga kemaslahatan awam. Saya juga mengharapkan kepada mana-mana individu yang hadir atau menyaksikan persembahan pada malam tersebut dapat mengambil pengajaran daripada keseluruhan teater tersebut. Jangan kerana slot selama beberapa saat itu, pengajaran yang sepatutnya boleh dibawa pulang pada malam itu ditinggalkan begitu sahaja.
Jangan mudah menghukum kerana sebaik-baik penghukum ialah ALLAH.
Jangan mudah menghukum kerana sejahat-jahat hukuman ialah hukuman dari orang yang tidak berilmu.
Jangan mudah menghukum kerana jika tersilap menghukum buruk padahnya.

No comments: