Sunday, December 27, 2009

Hasad Dengki Dalam Pandangan Islam

Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: ”Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam:

Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.

Di dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama. Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal di sisi Islam. Ia dikenal sebagai ghibtah.

Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain itu. Ini bukanlah dengki sebenarnya.

Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda bermaksud:”Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan.”

Kedua, keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.”(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi Mustika Hadis 106)

Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan dua nikmat pemberian itu amat besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap orang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah mengurniakan nikmat itu. Dengan itu dapatlah ia menggunakannya menurut cara sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang itu.

Kesimpulannya, hasad yang membawa kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati untuk turut berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan nikmat Allah dan menggunakannya kepada perkara yang diredai-Nya.

Hijrahlah...

Hijrah adalah peristiwa yang amat penting di dalam sejarah Islam sehingga ia dijadikan titik permulaan tahun baru Islam. Hijrah adalah pemisah antara situasi kegelapan kufur jahiliah dan kegemilangan cahaya Islam dan Iman. Peristiwa Hijrah membawa pedoman kepada kita semua tentang betapa pentingnya kekuatan iman sebagai asas keutuhan ummah. Dengan Iman Rasulallah s.a.w memupuk persaudaraan , perasaan belas kasihan sesama Islam serta mengagihkan kekayaan sesama sahabat dengan adil dan saksama.

Hal seumpama ini tidak pernah terjadi di dalam sejarah sebelumnya dan tidak logik difikir-kan kerana ternyata kaum Aus dan Khazraj telah berkelahi sesama mereka selama ber-kurun lamanya. Hijrah menyatupadukan Muhajirin, sahabat-sahabat dari Makkah yang lari membawa iman dan Ansar yang terdiri dari Aus dan Khazraj yang telah diikat oleh Rasulallah di dalam satu ikatan aqidah yang kukuh. Firman :

" Dan berpeganglah teguhlah kamu dengan tali Allah ( agama Islam ) dan jangan-lah kamu berpecah belah. Ingatlah kurniaan Allah kepada kamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan hati-hati kamu ( di dalam agama Allah ) sehingga dengan kurniaan Allah itu, kamu menjadi saudara. Dan kamu dahulu berada di tepi lubang neraka, maka dilepaskan Allah darinya. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu supaya kamu ber-taqwa."

( Ali Imran : 103 )

Dengan Iman dan ukhwah, Rasulallah s.a.w dapat menyelesaikan masalah ummah dan menjana kekuatan untuk menegakkan sebuah kerajaan Islam yang pertama di Madinah Al Munawwarah. Antara peristiwa penting yang perlu dilihat di dalam peristiwa hijrah ini ialah bagaimama Rasulallah s.a.w mengorak langkah membina peribadi sahabat dengan iman dan Islam sehingga berjaya menyelesaikan persengketaan politik dalaman, sosial dan juga ekonomi. Telah terkenal di dalam sejarah, Aus dan Khazraj telah bersengketa sehingga peringkat berperang sesama mereka. Bagaimana pun tindakan tersebut tidak menyelesai-kan masalah sebaliknya menyemarakkan lagi perasaan dendam sesama mereka. Disamping itu kaum Yahudi yang telah sekian lama bercita-cita untuk menerajui tampuk pemerinta-han Madinah, menjalankan agendanya dengan melakukan berbagai helah untuk menaikkan diri mereka antaranya mengaut keuntungan ekonomi di atas kelalaian umat Arab berperang sehingga lupa kekuatan ekonomi sebagai asas kemajuan. Ibarat menangguh di air yang keruh, umat Yahudi mengaut keuntungan berlipat kali ganda apabila umat Arab lemah dan dungu akibat politik dalaman dan perang saudara.

Rasulallah dan para sahabat di Makkah ketika itu ditindas oleh pemuka-pemuka Quraisy di Makkah. Lalu baginda mencari arah yang terbaik dengan membawa sebahagian sahabat berhijrah ke Yathrib ( Madinah ). Lalu diikat persaudaraan sahabat dari Makkah itu dengan kaum Aus dan Khazraj di Madinah. Di atas persaudaraan yang baru ini, para sahabat di-tiupkan semangat untuk bersatu dan membangunkan sebuah negara Islam yang tulen. Inilah hikmah hijrah. Ianya membawa satu peralihan. Tetapi sebelum itu ternyata ianya memerlukan banyak pengorbanan terutama para sahabat dari Makkah yang telah me-ninggalkan segalanya untuk pergi menyelematkan iman mereka ke Madinah. Hasilnya, telah terbukti pengorbanan mereka, membawa persaudaraan yang sejati di dalam kehidupan dan berjaya mengatasi masalah ekonomi dan sosial.Masalah kaum Yahudi pula diselesaikan dengan penuh hikmah melalui pengistiharan Madinah menjadi sebuah negara Islam yang memperuntukkan hak kebebasan beragama dan membangunkan ekonomi serta menjadi rakyat yang sama-sama wajib mempertahan-kan keutuhan, kestabilan dan keselamatan Madinah. Mereka juga bebas menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan mereka dan boleh meminta jasa baik Nabi s.a.w untuk menyelesaikannya. Demikan diantara kebijaksanaan Rasulallah s.a.w didalam menyelesai-kan masalah ummat. Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh dengan jiwa Tauhid yang menjunam di hati dan ukhwah yang kental di kalangan para sahabat. Daripada hikmah ini dapatlah disimpulkan Rasulallah mengunakan beberapa formula di dalam menyelesaikan masalah masyarakat iaitu :

1) Menanam kembali rasa ketauhidan, rasa kebesaran dan kehebatan Allah s.a.w.. Bila manusia difahamkan kembali peranannya sebagai hamba Allah dan kalifahNya di atas muka bumi, disedarkan bahawa allah yang menghidupkan dan mematikan semua makhluk ter-masuk manusia, menyedari akan nikmat dan azab akhirat itu benar dan pasti terjadi, maka perasaan gerun dan takut itu akan sentiasa mengawal dirinya dari melakukan maksiat dan meningkatkan diri untuk melakukan ketaatan dan mendorong manusia lain berbuat baik. Fenomena ini akan mendorong manusia membuat amal makruf dan nahi mungkar ( menyeru kepada kebikan dan mencegah kemungkaran ).

2) Menanam kembali rasa cinta kepada kehidupan akhirat. Ayat-ayat Allah yang me-nunjukkan akhirat itu lebih kekal dan lebih utama, kenikmatan syurga dan kepedihan neraka di baca untuk menyuburkan jiwa mereka. Rasulallah berjaya melahirkan jiwa-jiwa yang cintakan mati syahid memperjuangkan Islam. Rindu dan cinta hari akhirat sehingga mereka mengorbankan harta yang sebelum ini menjadi keutamaan dan kecintaan hidup mereka.

3) Menanam kembali semangat dan perasaan cintakan sesama manusia terutamanya umat Islam dengan melahirkan contoh dan teladan yang baik di dalam diri. Rasulallah s.a.w bersabda :

" Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai diri saudara-saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri."

Umat Islam perlu diajak untuk memperbanyakkan khidmat antara satu dengan yang lain. Rasulallah s.a.w bersabda :

" Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak berkhidmat kepada manusia yang lain."

" Berbuat baiklah kepada sesiapa yang berbuat jahat kepada kamu."

Rasulallah s.a.w sendiri mencetuskan ciri-ciri yang boleh mendatangkan perasaan ukhwah dan contoh teladan yang baik ditengah masyarakat. Sejarah telah merakamkan bahawa banyak para sahabat yang dahulunya kafir di zaman Rasulallah s.a.w tertawan hatinya dengan Islam hanya kerana melihatkan kehebatan akhlak Rasulallah s.a.w. Akhlak umpama bunga wangi yang boleh menarik sesiapa sahaja kepadanya. Masyarakat tidak perlu dihujah dengan berbagai hujah-hujah ilmiah, tetapi cukup dengan akhlak Islam sahaja mereka mengorbankan agama asal mereka demi untuk menganut Islam.

Iktibar hijrah itu adalah baik untuk kita ambil pengajaran dan hikmahnya. Pergaduhan akibat perselisihan pendapat yang berlaku di dalam negara kita, jika dibandingkan dengan apa yang dialami oleh penduduk Madinah sebelum Hijrah adalah hampir sama. Umat Melayu tidak habis-habis bergaduh disebabkan fahaman politik yang sempit. Dasar Islam yang dilaungkan juga telah diperjuangkan di dalam bentuk yang kasar oleh sesetengah golongan. Segelintir pejuang2 Islam sendiri kadang2 nampaknya sombong, takabbur, bercakap banyak dari berbuat, suka mengata-ngata orang, menghina orang, bersandar nasib dan rezeki dengan orang lain, tidak boleh berdikari.

Jikalau begitu, sampai bila pun orang tidak akan berani ikut Islam. Mungkin ada yang ikut program ceramah, kempen dan demonstrasi sebagai hobi mengisi masa lapang, tetapi sebagai perjuangan untuk menegakkan agama di segala sudut, belum tentu. Ramai yang ikut ceramah dan demonstrasi, masih lagi tidak sembahyang, tidak tutup aurat dengan sempurna, tidak faham Islam, tidak berakhlak dengan akhlak Islam. Tidak membangun dengan cara Islam. Kalaulah begitu Islam diperjuangkan, tidak mustahil orang benci dan takut. Hasilnya tidak seperti di harapkan. Hajat hati nak tawan dunia, tapi semakin hari dunia semakin jauh dari kita. Akhirnya Islam hanya tinggal di dalam bentuk namanya sahaja. Apa yang dibangunkan adalah serpihan Islam itu sahaja. Mahu tidak mahu terpaksalah teruskan juga. Ibarat kata " alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan." Hilang akhlak, hilang saudara, hilang bahagia. Yang ada hanya cinta dunia dan cinta kuasa.

Manakala golongan yang lain pula, tidak habis-habis dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan . Gema Islam yang telah melanda di seluruh dunia, adalah igauan ngeri bagi mereka. Masih lagi hendak mempertahan sekularisme yang telah lapuk ditelan zaman. Masih lagi hendak mempertahan ideologi dan isme-isme barat yang karut dan jelas membuktikan kehancuran. Kenapa tidak kita kembali sahaja kepada Al Quran dan sunnah ? Yang tentunya datang dari Allah untuk menyelesaikan masalah manusia. Di dalam keadaan Umat Islam bertelagah sesama sendiri dan di dalam dilema mencari identiti, ditiupkan pula dengan hasutan rusuhan kaum yang berselitkan perbezaan pandangan dan agama. Di dalam hal ini, tentunya kaum lain yang bukan Islam mengambil keuntungan hasil daripada pergaduhan dan perbezaan pandangan in, sebagaimana kaum Yahudi mengambil keuntungan di atas pergaduan puak Arab di Madinah sebelum hijrah.

Apakah kita perlu menunggu datangnya peringatan Allah yang keras untuk kita berubah? Tidak cukupkah Peristiwa Hijrah menjadi pengajaran buat kita untuk berubah menjadi bangsa yang maju dan bersatu di bawah panji-panji Islam dan Tali Allah ? Atau kita ingin menjadi bangsa yang terhina dijajah oleh bangsa yang lain di negara sendiri. Hijrahlah ! Demi terbukanya sinar Tahun baru ini.

« يا ابن أم لا تأخذ بلحيتي »

لحيتي وأفكاري : سود وبيض ، مرتبة وشعثة ، قصيرة وطويلة ، ثابتة ومتساقطة ، تلك هي ....ظننتها الإسلام ، فزهوت بها على غيري فانا بها وغيري بدون ....

تحركت يدي تداعبها ، وعلا صوتي بها ، لأُشعًر غيري بتَمَيُّزي ، وليعتقد هو استقامتي ، فلم تنفعني .... ،

رَجُوْتُها الثبات فطالت وباضت - أي أصبحت بيضاء - أظُنُّها كذلك .....،، وكم مرة احتاجتا إلى تهذيب .....وتعديت مراراً على مساحتها ، وأصررت على تسميتها لحية - بملء الفم - رغم قناعتي بأنني تعديت ....

العيب فيها .... ، في عيوني ، في نظارتي.... ، في المرآة .. ، في الصابون... ، في السشوار... يالشعيرات لحيتي ،،،.

يا من أحبكم في الله : استروا ولا تكشفوا أسراري :

أفكاري كأشعاري لا بحر لها توزن عليه ، اعترفت بحاجة شعر لحيتي إلى تهذيب وما اعترفت كـ....إلى حاجة أفكاري إلى تهذيب مع أنها كشعر لحيتي بيض وسود ، مرتبة وشعثة ............

تعصبت لأفكاري كـ ..... ، فكم هم المخطئون في نظري ،، ، لكني ما اعترفت أن من أفكاري من شاخ وباض ، .....

يا من أحبكم في الله : -

من منا يملك الجرأة مع نفسه ليهذب أفكاره كل يوم كما يهذب شعر لحيته ؟؟؟؟، من منا يملك الجرأة مع نفسه ليلقى بكثير من الأفكار التي يتعصب لها ، كما يلقى الشعيرات الزائدة ؟،،

من منا يملك الجرأة مع نفسه ليعترف أنه متعد على مساحة الأفكار بالقص والتهذيب ، ولا يزال يصر على أنها هي دون غيرها الأفكار ؟؟؟،

من منا يملك الجرأة مع نفسه على الاعتراف أن هنالك لحية ولكن بشعر غير شعري ؟ وهل بالضرورة كي تستحق أن هنالك لحية ولكن بشعر غير شعري ؟ وهل بالضرورة كي تستحق أن تكون لحية ، أن تدثر بأشعاري ؟

من منا يجرؤ اليوم على الاعتراف أن هنالك فكراً يستحق أن نسميه فكراً وهو بالضرورة ليس فكري أنا ؟.

يا من أحبكم في الله :

ومعذرة للحيتي ... ومعذرة لعبقريتي ....

هذه اللحى لا تدوم سوداء فالبصيلات تحت الجلد تكًلُّ وتملُّ السواد .

هذه الأفكار لا تدوم بيضاء فالتجربة تُنْضجها حتى تستوي على الجودي ، بألوان أخرى .

يا من أحبكم في الله :

إذا تغير شعر اللحى استجاب أصحابه لتوجيه الرسول صلى الله عليه وسلم بتغييره ، وجنبوه السواد ،، .

فيا من خلق الله لحاهم سوداء فلما كبروا أمروا بتجنبه ، ،، إن هنالك ألوانا أخرى غير الأبيض والأسود .

إن لحانا هي لحانا سوداء كانت أم بيضاء أم بأي لون من ألون قوس قزح هي.، إن تغيير اللون أو الأسلوب يؤمئ إلى وجود ألوان أخرى.... وأساليب أخرى.

ونظل نحن نحن وتظل لحانا لحانا مهما غيرنا ألوانها ولا نصبح مردا ولا ... ، حتى أولئك الذين يحلقون لحاهم ، هم بلحى ولكن دون شعر ،

" يا ابن أم لا تأخذ بلحيتي ..."

besok ke EXAM....???

Salam sejahtera buat ilmuan sekalian. Semoga dilimpahi dengan rahmat dan inayahNya sentiasa.. Dan dilapangkan dada seluas-luasnya untuk menerima sinaran Ilmu Allah...Amin..

Dikesempatan yang tak seberapa ini...di tambah lagi dengan "dugaan sejuk"...Pemikir tergerak hati untuk berkongsi pendapat bersama para ilmuan sekalian. Memandangkan pemikir kini masih lagi dalam proses memburu ilmu Allah...maka tidak dapat dapat dinafikan ..pelbagai pengalaman manis dan pahit yang telah berlalu dan akan dilalui nanti. Semmoga semua itu mampu untuk mematangkan lagi si pemikir.

Imtihan...Examination...Peperiksaan...

Inilah yang cuba dikongsi bersama buat kali ini. Hanya dengan mengimbau kembali alkisah..ketika Pemikir dalam perjalanan pulang dari Jamiah / Universiti. Berjalan kaki bersama sahabat2 bakal pemimpin ummmah nanti..insyaAllah....macam-macam tajuk perbualan disentuh oleh bibir-bibir dan minda-minda kami...sekadar sentuhan...Tetapi..pabila ditimbulkan tajuk EXAM...tanpa kami sedari , perbualan kami itu bukan lagi sekadar sentuhan ..bahkan macam BICARA SISWA pulak..hehe...nasib baik takde moderatornyee...

Bermacam-macam pendapat dilontarkan oleh ahli panel2 tersebut berkaitan dengan IMTIHAN...izinkan saya untuk buat khalasoh je la ye dari BICARA SISWA sambil berjalan tu...

Ahli panel pertama mengupas tentang asal-usul PEPERIKSAAN. Fakta beliau (berdasarkan kata-kata tok gurunye)..sistem peperiksaan ni diasaskan oleh orang-orang cina. Oleh sebab itu kalau kita lihat, orang-orang cina (kebanyakan) ini amat disiplin dalam menuntut sesuatu ilmu. tak kire ilmua ape2 pon...baik kungfunye....taicinye...pelajaranye...dll la.

Kemudian sistem diambil pakai oleh masyarakat lain termasuk la kita pd hari ini. Tapi, bagi beliau..peperiksaan yang kita hadapi pada hari ini sebagai seorang penuntut di mana-mana institusi pengajian, peperiksaan ni adalah suatu yang semata-mata di atas kertas dan di dalam dewan peperiksaan. Tiada yang lebih dari itu. Ataupun dengan kata lain ia adalah pelengkap kepada pengajian sesuatu ilmu itu.

Pendapat seterusnya , mengatakan EXAM ini adalah suatu yang amat penting dalam sistem pengajian masa kini. Ia mampu memberi kesedaran kepada para penuntut ilmu tentang tahap penguasaannya terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari itu. Memandangkan masyarakat kita pada hari ini lebih cenderung untuk membandingkan usahanya dan pencapaiannya. Kalau tido lewat malam sebab study, tak berbaloi la dapat markah sikit. kalau tido awal dapat markah banyak...fuhh..terrorisss tuu.....=)

Ade pendapt lain pula mengatakan, peperiksaan itu menambah ilmu. Sebab kalau takde exam takdenye nak buka2 buku ni. Nak study group...?? lagi lah jauh. Seolah2 bagi mereka, Exam lebih penting dari Belajar. Belajar hanya kerana Exam.

Pendapat lain pula, mengatakan "ade ape dengan IMTIHAN ni?? dunia semua tu...yang penting aku belajar dan aku boleh sebarkan ilmu ni. Berkat tu lagi penting... Tak kisah pon dapat markah rendah, janji ilmu yang aku dapat tu berkat dan aku tak penah ponteng kelas."

Dan...kalu nak diikutkan...macam2 lagi la pendapat2 mengenai EXAM..IMTIHAN ...PEPERIKSAAN ni.......mungkin para ilmuan sendiri boleh teruskan mencari pendapat2 tersebut dari minda2 yang sedang berlegar di sekitar ilmuan sekalian.


Firman Allah dalam surah AL MULK , ayat 2, yang mana mafhumnya "Dialah yang telah menciptakan KEMATIAN dan KEHIDUPAN itu untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu yang paling baik amalannya". Ini memberi isyarat bahawa ujian itu bermatlamatkan kepada natijahnya. Dan ujian yang digambarkan dalam ayat tersebut adalah dengan hanya dua ujian, HIDUP dan MATI.

Kedua-dua subjek (HIDUP&MATI) ini hanya memerlukan dua buah kitab je. Dan kitab ini amat senang didapati untuk dibuat ulangkaji. Nak beli pon boleh, nak pnjam pon boleh, nak bace free pon boleh...iaitu AL QUran AlKArim & As Sunnah An Nabawiyyah.

Cume.....EXAM untuk kedua-dua subjek ini tak akan diberitahu tarikh dan waktu EXAMnya. macam mane tuu...??? nak gune pendapat ahli panel yang mane ni...??

Adakah persediaan kita menghadapi peperiksaan di dewan peperiksaan....sama dengan persediaaan kita menghadapi peperiksaan DUA subjek ni....??? atau mungkin lebih sikit la...??

Mungkinkah rasa berdebar untuk final exam itu lebih menebal daripada debaran menghadapi final untuk DUA madah ni....??


Semoga dengan persoalan ini....Allah melipatkaligandakan semangat kita semua untuk memburu ilmu ...dan menetapkan niat dan hadaf kita .. kita belajar hanya kerana Allah dan mencapai kejayaan keranaNYA dengan izinNYA.


Tak ingin lagi untuk diperbnyakkn lagi pergerakan jari di atas keyboard ini....kerana...sejukkkkkk....doakan kejayaan kita bersama dalam menempuh UJIAN dari Allah....aMIIINNN...TakbiRRRR...

Wednesday, November 4, 2009

Akhlak Islam ke Akhlak Bukan Islam ??

Masyarakat manusia yang kini mendiami bumi ini adalah satu generasi manusia yang berada di bawah pimpinan dan utusan yang terakhir iaitu Rasulullah SAW. Baginda telah membuka semua pintu kebaikan seluas-luasnya dan telah menutup semua pintu kejahatan serapat-rapatnya. Hidup dan mati baginda sebagai seorang hamba dan pesuruh Allah. Membawa umat manusia ke jalan yang benar dan member syafaat kepada umat baginda di hari akhirat.
Begitulah juga tugas nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu, membawa risalah-risalah tertentu kepada umat-umat atau masyarakat manusia yang tertentu. Tidak lain dan tidak bukan untuk menyebarkan akidah yang satu iaitu mentauhidkan Allah melalui syariat-syariat yang berbeza.
Ini bermakna tiadalah masyarakat manusia yang pernah mendiami bumi Allah ini tanpa diutuskan nabi atau rasulNya. Maka boleh kita anggarkan bahawa setiap masyarakat manusia itu memiliki satu kepercayaan dan pegangan dalam hidup mereka iaitu agama.
Orang yang berAgama bermaksud orang yang mempunyai kepatuhan terhadap sesuatu. Setiap apa yang dianggap oleh manusia sebagai sesuatu yang layak disembah dan di’abdikan diri kepadanya itu dianggap sebagai tuhan, samaada tuhan itu betul ataupun palsu, itulah konsep agama secara umumnya.
Peng’abdian (penghambaan) manusia terhadap tuhan itu pula terbahagi kepada dua, samaada hamba kepada tuhan Allah yang satu ataupun penghambaan kepada selain dari tuhan Allah yang satu.
Oleh itu, menjadi fitrah dan naluri manusia untuk mencari satu panduan dalam hidup (agama). Beberapa tokoh falsafah islam dan juga barat telah menggambarkan kaitan manusia dan agama.
Seorang tokoh falsafah yahudi Hendry Barjson pernah berkata : “Aku telah dapati dan memang ada masyarakat yang hidup tanpa ilmu, budaya, dan falsafah, tapi aku belum pernah lihat masyarakat yang tanpa agama”.
Tok guru kita yang paling disanjungi, Nabi Muhammad SAW seperti dalam hadis baginda : (setiap anak yang lahir itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapa mereka yang mencorakkannya, samada dengan corak yahudi atau nasrani atau majusi….).
Gambaran ini cukup jelas kepada kita bahawa anak-anak yang telah lahir ke muka bumi ini adalah dalam keadaan fitrah iaitu mempunyai “bekas” agama itu, terpulang kepada ibu bapanya untuk mengisi “bekas” itu dengan isi yahudi atau nasroni dan sebagainya…..
Hampir boleh dikatakan setiap agama itu menganjurkan penganutnya dengan anjuran nilai-nilai yang murni. Tidak kira Islam, Budha, Kristian dan sebagainya. Antara anjuran-anjuran yang ingin kita hayati perbezaan realitinya antara agama-agama yang wujud pada masa kini ialah nilai AKHLAK.
Bagaimanakah persepsi anda terhadap dua individu ini..??
Pertama: Individu yang mempunyai tahap IQ yang tinggi tetapi mempunyai akhlak rendah, Kedua : Individu yang mempunyai tahap IQ nya rendah tapi mempunyai akhlak yang cukup tinggi….??
Saya rasa persoalan ini mampu memberi gambaran kepada kita peranan akhlak dalam kehidupan seorang manusia yang waras.
Apabila bercakap tentang akhlak ini, saya amat tersentuh dengan analogi yang selalu diungkapkan oleh seorang ustaz saya ketika saya berada di KUIS dahulu. Katanya “Cuba anda bayangkan, anda sebagai seorang yang miskin. Menu yang paling istimewa yang akan anda rasa seminggu sekali adalah nasi putih dan ikan kering. Suatu hari Ketua kampung ingin menziarahi rumah anda untuk memberi sedikit sumbangan.
Situasi pertama : anda menghidangkan nasi dan lauk ikan kering itu dengan berkata ‘Tuan, silakan makan…ini sajalah hidangan yang mampu saya hidangkan untuk tuan, silakan.’(dengan senyuman dan sopan santun)
Situasi kedua : anda menghidangkan hidangan yang sama dengan berkata ‘makan la nasi dan ikan kering tu, sinky ade kat belakang tu..!’
Situasi pertama, ketua kampong yang bercadang untuk memberi sumbangan RM100 mungkin akan di up kn lagi kepada RM150. Manakala situasi yang kedua itu daripada RM100, mungkin ketua kampong itu akan batalkan niatnya untuk memberi sumbangan tersebut.”
Daripada analogi itu, lebih jelas lagi kepada kita bahawa akhlak itu mampu memberi impak yang lebih besar terhadap sesuatu hasil yang telah kita jangkakan.
Terdapat banyak surah-surah dan ayat-ayat di dalam al-Quran yang menerangkan kepada kita tentang akhlak yang baik disisi Islam. Antara surah yang menjadi simbolik kepada akhlak umat islam ialah surah al-Hujurat yang bermaksud “bilik-bilik”.
Nama surah Al Hujuraat diambil dari perkataan Al Hujuraat yang terdapat pada ayat 4 surah tersebut. Ayat tersebut mencela para sahabat yang memanggil Nabi Muhammad SAW yang sedang berada di dalam rumahnya(bilik-bilik) bersama isterinya. Memanggil Nabi Muhammad SAW dengan cara dan dalam keadaan yang demikian, ia menunjukkan sifat kurang hormat kepada baginda dan mengganggu ketenteraman baginda.
Terdapat anjuran, suruhan dan larangan yang disebut secara tersurat atau tersirat, khusus ataupun umum dalam surah tersebut. Kebanyakannya adalah perkara yang berkaitan dengan adab dan akhlak dalam Islam. Sama-samalah kita luangkan masa untuk mengutip mutiara-mutiara yang terhidang dalam surah ini. Cukuplah dengan saya menyentuh tafsiran surah tersebut secara umum sahaja.
Akhlak Islam adalah akhlak yang paling mulia dan sempurna. Kelebihan yang ada pada Akhlak islam ialah cirri akhlaknya yang tetap (thabat / muhakkamah) dan menyeluruh (syumul).
Ia bermaksud akhlak yang tidak akan berubah mengikut perubahan masa, tempat dan situasi. Islam menganjurkan umatnya untuk mempamerkan akhlak yang baik kepada seluruh umat manusia tidak kira perbezaan agama, bangsa, warna kulit, budaya dan sebagainya. Begitu juga masa, akhlak islam ialah akhlak yang tidak mengenal kesempatan.
Seperti sesetengah manusia yang hanya mahu menunjukkan akhlak yang baik di hadapan orang-orang yang berilmu, berpangkat, bergaya dan ketika ia berhajat kepada seseorang itu sahaja. Adapun sebaliknya mereka tidak mempamerkan akhlak tersebut. Semua ini bukan akhlak islam.
Patutkah kita menyanjung tinggi mana-mana tokoh ilmuan yang apabila ia berdepan dengan orang yang setaraf dengannya, dia seolah-olah beradab dab berbudi bahasa, manakala apabila ia berdepan dengan golongan yang dha’if dan kurang ilmunya ia bersifat dengan sifat sambil lewa, acuh tak acuh dab sebagainya…??
Semulia-mulia manusia adalah kerana orang-orang yang dha’if diantanya. Apabila orang kaya menginfaqkan hartanya kepada orang mislin, disitulah terserlah kemuliaan ia, apabila orang bijak mengajar dan mendidik golongan yang jahil, disitu terserlah kepandaian dan kehebatannya.
Sifat akhlak dalam islam bukan bersifat pilihan seperti dalam agama-agama yang lain. Ianya bersifat “kewajipan” dan “kelaziman” ke atas diri individu islam. Dengan kata lain, umat islam perlu sentiasa berada dalam batasan akhlak islam di segenap gerak gerinya.
Golongan paderi-paderi kristian dalam menyebarkan ajaran-ajaran mereka, mereka juga telah menggariskan beberapa garis panduan dan cara untuk mencapai misi dakyah mereka itu. Mereka sanggup menghabiskan harta dan apa sahaja yang mereka ada demi menyebarkan agama mereka. Antara sasaran utama mereka adalah golongan-golongan yang kurang upaya seperti pesakit-pesakit di hospital, di rumah warga-warga emas, anak-anak kecik dan sebagainya.
Pada masa tersebut, pendakyah-pendakyah ini akan cuba sedaya upaya menggunakan cara dan akhlak yang paling baik untuk menawan hati-hati sasarannya itu. Seolah-olah akhlak mereka itu boleh dijual beli dengan tujuan-tujuan tertentu dan matlamat-matlamat tertentu. Ini jelas menunjukkan kepada kita akan perbezaan yang agak ketara di antara akhlak bukan islam dan akhlak islam. Walaupun mereka dipuji oleh segelintir manusia atas sikap belas kasihan dan akhlak mereka itu, namun itu semua bukanlah sebaik-baik akhlak dan akhlak mereka sama sekali tidak akan setanding dengan akhlak Islam.
Akan tetapi……………..
“ISLAM ITU TERHIJAB DENGAN ORANG ISLAM”

Sunday, November 1, 2009

Teka teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

WASIAT SAIDINA ALI

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al
Jaahidh r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebiih baik daripada tenaga seorang muda.

2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah
hanya sekeping daging.


5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu.

6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan
terhadap Allah s.w.t.

7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.
Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih
baik dari kejahatan.

9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai,
sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan
kesusahanmu dengan mendirikan solat.

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12. Mengajar adalah belajar.

13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu
hina dalam kemiskinan.

14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang
mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak
mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak
baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan
lemah.

16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada
mencari kesilapan orang lain.

18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk
memperbaiki dirinya.

19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran,
nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia
kebenaran itu.

21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui
batasnya.

22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan
hartanya.

25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang
apa yang mengenainya.

26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan
mereka yang mengumpat.

27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina
daripada seorang hamba kepada hamba.

29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia)
adalah suatu kehambaan.

31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang
dikatakannya.

37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa
perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

Esok takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan
semalam....

Friday, May 22, 2009

AKAL , HATI dan KETENANGAN DIRI

Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.

"Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

Termenung aku sejenak menatap kejadian tersebut. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu."

"Kosongkan pemikiran anda!! Kosongkan jiwa anda !!" Kata-kata sebegini menjadi satu kebiasaan di bibir-bibir masyarakat kini ketika menasihati dan menenangkan seseorang. Dengan kesibukan dan kekalutan yang memenuhi dan menghiasi kehidupan manusia kini, tidak mustahil ketenangan itu mahu direbut-rebut dan dicari. "Stress !!"….antara perkataan yang sering dilaung-laungkan oleh penghuni kota-kota kini.

Namun perlu diteliti dan diperbahaskan pendekatan yang digunakan untuk mencapai ketenangan ini agar ketenangan yang dikecapi kelak menjadi satu ketenangan yang hakiki dan kekal, samaada mengundang pelbagai padah di dunia lagi apatah lagi di akhirat atau mengundang kebahagiaan dari dunia hingga ke akhirat. Ingat persoalan tu…Adakah ia memberi impak yang baik atau buruk???? bukan impak maksima…hehehe

Ramai manusia kini dari pelbagai lapisan masyarakat bermula dari kanak2, remaja, tua, mahasiswa, pengaggur, pekerja kerajaan dan swasta, pekerja di ofis atau luar ofis…..kadang2 mereka mencari ketenangan dengan mendengar instrumental atau lagu-lagu atau nasyid2 atau membuat aktiviti outdoor atau melihat keindahan alam dan membaca blog ilmiah, atau dengan bersama orang yang tersayang atau bersama cerminnya atau dengan sesi luahannya dan sebagainya. Alhamdulillah…..ramai juga yang berpuas hati dan mendapat ketenangan yang dicari-cari itu dengan melakukan aktiviti2 tersebut.

Namun ada juga segelintir lagi manusia yang lain yang mencari ketenangan dan kepuasan itu dengan aktiviti2 yang "kurang disukai orang lain" seperti merosakkan harta benda, mengacau kawan2, membuat bising, mendera orang, haiwan, tumbuhan, mencela orang lain melalui kata2, perbuatan dan penulisan, mengumpat, melukakan hati guru, ibubapa, kawan2, dan sebagainya.

Hakikatnya manusia yang waras bersama akal yang diasah dengan ilmu2 agama, hati yang disalut dengan iman dan iltizam yang tinggi, dan jasmani yang hanya digunakan untuk amal2 soleh akan mampu mentafsir dan menilai aktiviti2 tersebut samaada ia baik atau buruk. Kerana ia merupakan antara tindakan2 yang akan mendapat anggukan universal dengan mudah kerana ia adalah kebenaran dan kesalahannya yang nyata dimata manusia.


Contohnya, perbuatan mengejek2 dan menjaja keburukan orang lain adalah satu perbuatan yang tidak disukai dan dibenci oleh manusia yang waras. Sebaliknya perbuatan menolong orang lain dengan menjaga aibnya adalah satu perbuatan yang disukai oleh manusia waras. Itulah dinamakan anggukan universal atau dengan kata lain satu pengakuan secara umum oleh orang awam samada ia positif atau negatif .

Untung manusia ialah dengan penciptaannya iaitu otak yang digerakkan oleh akal. Lagi beruntung jika akal itu dibimbing dengan ilmu2 wahyu dari illahi. Semula jadi sifat manusia yang diciptakan Allah ini cenderong menerima segala bentuk kebaikan dan menolak kejahatan. Semua itu terdorong dengan akal yang telah dikurniakan oleh Allah swt.

Apa yang dikhuatiri oleh penulis adalah tindakan2 atau aktiviti2 yang sukar mendapat anggukan universal itu tadi. Contoh, mencari ketenangan dengan aktiviti mengosongkan diri. Mengeluarkan segala permasalahan diri dengan mengosongkan pemikiran dan hati SEMATA2. Akhirnya aktiviti pengosongan diri seperti ini mungkin mendapat anggukan universal yang positif dan mungkin negative dan seterusnya membuahkan kesan pada mengamalnya.

"Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukanmu"

-hadis-

Oleh itu, untuk menyelamatkan diri daripada konfius yang berterusan itu, …nabi junjungan Muhammad s.a.w telah memberi tunjuk ajar pada kita supaya kita menyelamatkan diri kita daripada segala kesamaran dan kegelapan.

Pernahkah anda mencuba cara yang pernah dicuba dan diamalkan oleh para nabi dan rasul2 serta para sahabat untuk mententeramkan hati manusia yang sentiasa berbolak balik dan bergetar2?? Cara yang macam mane tu????

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram."

(Surah Ar Ra'du : 28)

Ketenteraman dan ketenangan itu adalah milik mutlaq Allah. Dia berhak memberi kepada sesiapa saja yang dikehendaki dan menarik balik dari sesiapa saja yang dikehendaki. Itulah kekuasaan dan kehendak (QUDRAH & IRADAH) Allah s.w.t. Tiada siapa yang mampu menahannya daripada berlaku.

"Melayu Muslim kurang berfikir atau kurang berzikir ???" Hakikatnya berfikir dan berzikir perlu diseiringkan dalam kehidupan seorang muslim agar apa yang difikirkan itu mudah tercapai kerana adanya keberkatan. Sehingga kini, boleh dikatakan ramai kawan2 penulis yang boleh digelar sebagai "kaki zikir"……bukan kaki die yg berzikir tapi orangnya selalu berzikir…..bermacam2 zikir mereka amalkan..kadang2 naik cemburu dibuatnya….hehe…bukan kawan2 tu je…tp kita ni pun sedang dalam usaha tuk jadi "kaki zikir" jgk….hehehe…aminnn..

Dalam tidak disedari, kebanyakan manusia kini hanya sering menggunakan lojik akal semata-semata dalam menyelesaikan sesuatu masalah…kadang2 emosi dan perasaan turut digunakan…tidak terkecuali juga segelintir dari masyarakat islam..hanya sibuk dengan percambahan ilmu logikal sehingga mengabaikan ilmu wahyu dr Allah. Sedangkan teras Islam ialah berdasarkan dalil Naqli (alquran & assunnah) dan Aqli (lojik akal) , bukannya lojik akal semata2.


Sepatutnya, sumber naqli itu perlu diutamakan berbanding sumber aqli dalam menangani sebarang persoalan dan permasalahan hidup dan selepas hidup nanti. Membaca Al quran dan mengamalkan Hadis bukan setakat dapat mengubati permasalahan, malah dapat mencegah permasalahan itu daripada ia berlaku. Persengketaan, prasangka, hasad dengki, antara muslimin tidak akan berlaku jika AlQuran dan AsSunnah menjadi perantaranya.

Kata orang… ketenangan itu tersembunyi di dalam hati dan hanya empunya badan yang merasainya….tapi…kata penulis ini… ketenangan itu terzahir di segenap peribadi dan boleh memberi kesan dihati orang2 yang menemaninya…

Kesimpulannya, maqalah kali ini penulis ingin mengajak pembaca sekalian untuk sama2 kita merasai ketenangan yang lahir melalui penghayatan zikir di dalam hati mengingati Illahi. Sentiasa merasa kebersamaan kita bersama illahi di segenap masa, dan segenap tempat kita berada. Mengosongkan akal dan hati tidak menjamin ketenangan diri, tetapi jika ia dipenuhi dengan zikir pada illahi,,, nescaya kita akan peroleh ketenangan yang hakiki.

Berzikir bukan satu amalan fi'li (perbuatan) dan qouli (kata2) semata2. bahkan ia merangkumi iqrari ( pengakuan di dalam hati). Namun tak semua orang yang berzikir mendapat ketenangn seratus peratus, kerana disamping berzikir juga ada adab2 dan faktor2 yang perlu dipatuhi dan dipelajari demi menjamin kualiti zikir itu pada hati.

Menjaga adab sebelum berzikir dan selepas berzikir merupakan salah satu tip menjaga kualiti zikir kita. Apatah lagi pemahaman terhadap zikir2 yang dilafazkan itu,,,,..ia amat penting bagi seseorang mencapai tahap penghayatan yang tinggi di dalam hati. Faktor waktu dan tempat juga mempengaruhi kosentrasi diri untuk memahami kalimah2 zikir yang dilafazkan dibibir itu. Oleh itu, didiklah diri dengan tabiat berzikir atau mengingati kebersamaan kita dengan illahi. Sesungguhnya Allah sentiasa mengingati hamba2nya yang selalu mengingatiNya.

Wednesday, April 15, 2009

Analisis peribadi dengan bulan kelahiran ..

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahun untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC

Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja

OGOS

Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER

Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Tuesday, February 3, 2009

10 Wasiat Hasan Al-Banna

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situ ada sumber taufiq. Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya. Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian. Di sini ada keselamatan. Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula. Iaitu sejak anda solat setiap hari. Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu2 lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran. Kerana di sana ada unsur lain membisikkan… Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum. Beliau ketawa kena pada tempatnya. Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan yang tidak bermutu, terlalu banyak ketawa bodoh hanyalah disaksikan oleh golongan abdi, dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan, supaya tidak menular keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir, ubati dengan bergurau. Tapi, kalau mengubatinya dengan bergurau, mestilah dalam batasannya, seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu. Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat. Tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan. Ayuh!!!
Hindarilah aktiviti mengumpat! Jangan sekali-kali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging? Pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat. Tapi mestilah minta ampun terhadap orang umpatanmu itu juga!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.


9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia. Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Friday, January 30, 2009

SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR

Mata liarku memandang setiap manusia yang berjalan di hadapanku tanpa putus-putus ibarat tali air. Tiba-tiba mataku tertumpu pada sekujur badan, badannya agak luar biasa sehingga aku lupakan manusia-manusia lain disekelilingku dan terus menumpukan perhatian pada orang tersebut. Alangkah terkejutnya memandang orang tersebut kerana rupa-rupanya Allah sedang mengujinya dengan suatu penyakit luar biasa. Aku dapati tangan, kaki dan sebahagian mukanya sembam (bengkak). YA Allah bertapa besarnya nikmat (kecantikan/kesihatan) yang telah Engkau kurniakan kepadaku serta kepada keluargaku, Engkau kekalkanlah nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada keluargaku sehingga bila-bila itulah doa kesyukuran yang terlintas di dalam hatiku.

Pada masa yang sama aku rasa terharu dan hairan melihat kekuatan (iman)orang itu mengahadirkan diri ke masjid untuk sembahyang berjemaah dalam keadaan sakit. Betapa kuatnya iman manusia tersebut dan bertapa kasihnya Allah sehingga Dia memilih orang itu untuk datang ke rumahNya walaupun di luar masih ramai yang gagah sihat tidak datang sembahyang berjemaah dan masing-masing menjadikan rumah sebagai surau dan masjid . Saya diberitahu oleh orang tua-tua bahawa bukan semua orang dapat datang ke masjid melainkan mereka-mereka yang Allah pilih sahaja. Ini dapat ditamsilkan dengan contoh begini bukan semua orang dapat pergi ke istana menghadiri sesuatu majlis melainkan mereka-mereka yang dipilih khas oleh pemilik istana tersebut begitulah keadaan pergi ke masjid bertemu dengan Al-Malikul Mulk. Mengapa Allah membawa orang tersebut di hadapanku? Pada mulanya aku anggap ia sebagai suatu peristiwa yang biasa sahaja tetapi kini aku mendapati bahawa Allah mahu menegurku (Tarbiah) supaya aku beroleh hidayah.

Bila perutku terasa lapar aku berjalan hulu ke hilir mencari rezeki di luar masjid, tetapi tidak ditemui dan aku balik ke masjid kerana masjid itu ada kantin lalu aku masuk dan menjamu selera. Bila sudah habis makan aku bangun hendak meninggalkan ruang tersebut tetapi tiba-tiba tanganku ditarik oleh seseorang dan bila aku menoleh, aku mendapati kawan lamaku, masyaAllah tidak sangka aku akan berjumpa dengannya kerana sejak mula aku masuk masjid itu aku teringin sangat hendak jumpanya, puas mataku mencari, bila mataku penat tiba-tiba Allah munculkan dia di hadapanku. Kami dua duduk berbincang tentang pelbagai perkara. Pada masa yang sama tiga orang yang saya tidak kenali juga datang duduk bersama kami dan mula mengambil bahagian dalam apa yang kami bincangkan. Walaupun baru satu minit berkenalan tetapi langsung tidak terasa janggal atau jauh hati seolah-olah kami sudah lama berkenalan. Itulah Allah yang memegang hati-hati manusia dalam sekelip mata Dia boleh menebalikkan hati sesiapa yang Dia suka dan dalam sekelip mata juga Dia berkuasa mendekatkan hati sesiapa yang Dia kedendaki. Maha berkuasa Dia ke atas segala sesuatu. Bila rancak berbincang, kawan saya dan salah seorang dari tiga orang itu meminta diri meninggalkan kami bertiga kerana pada waktu itu jarum jam telah melebihi pukul 11 malam.

Oleh kerana kami bertiga tiada apa-apa urusan maka kami duduk berbincang juga. Tiba-tiba salah seorang dari saudara yang baru saya jumpa mula ceritakan mengenai pengalaman seorang manusia yang luar biasa. Menurutnya orang ini telah lebih dua bulan terlantar di hospital dalam keadaan koma. Pada masa ini rohnya telah dibawa jalan ke alam akhirat. Dia telah di bawa ke Padang Masyar dan ditunjukkan kaedah penghisaban. Menurutnya lagi di Padang Masyar ada televisyen serba canggih lebih canggih dari apa yang ada sekarang (kerana hari kiamat adalah future) dan segala lakonan hidup yang kita lakonkan sepanjang hayat akan ditontonkan kepada semua manusia sejak awal sehingga akhir; tidak kira baik atau buruk, sama ada yang dilakukan di kelayak ramai atau secara sembunyi, tidak kira sama ada di dalam kegelapan atau dalam cahaya; pendek kata tiada suatupun yang akan terlepas dari skrin televisyen tersebut.

Bila saya dengar sahaja tentang skrin televisyen ini dah hati saya kembali mengingati maksiat, kedurjanaan, khianat dan macam-macam amalan jahat yang telah aku lakukan. Pada masa itu terasa teramat malu pada diri saya sendiri seolah-olah saya berada di khalayak ramai tanpa seutas benang pun pada badan saya, begitulah rasa malu saya ketika saya dengar tentang skrin televisyen itu. Masya Allah apakah akan jadi kalau hal ehwal aku ketika aku hidup di dunia ini ditontonkan kepada penduduk Masyar, apakah yang mereka akan fikirkan, kalaulah ibubapaku yang menyangka anaknya ini seorang yang baik melihat lakonanku apa yang mereka akan fikirkan tentang diriku ini, kalaulah saudara-saudariku melihatnya bagaimanakah penerimaan mereka terhadapku, kalaulah kawan-kawanku melihat maksiat yang aku lakukan dibelakang mereka dan berlakon sebagai seorang baik di hadapan mereka apakah yang mereka akan fikirkan tentang diriku, apakah yang akan difikirkan oleh orang-orang yang aku pernah tegur dan menyuruh berbuat baik tetapi aku sendiri tidak melakukan kebaikkan......................ya Allah, tolonglah tutup keaiban ku.........janganlah engkau membuka keaibanku di hadapan manusia lain. Inilah doa dan penyesalanku ketika itu.

Kawan saya seorang lagi seolah-olah mengetahui perasaan kesalku dia memberi kata-kata semangat, dia kata kalau kita tidak membuka keaiban manusia lain dengan memalukan di khalayak ramai di dunia ini, dipadang Masyar nanti insyaAllah, Allah akan menutupkan keaiban kita dan Dia akan menghisab kita di belakang tabir tanpa diketahui oleh sesiapapun dan bertaubatlah kata kawanku itu. Menurutnya lagi bukan sahaja orang itu di bawa ke padang Masyar sahaja malah telah dibawa ke neraka juga untuk menunjukkan betapa azabnya siksa neraka yang telah dilupai oleh kebanyakan manusia dan tenggelam dalam

mencari nikmat dunia yang tidak seberapa dengan melupakan Allah. Dalam hatiku tertanya siapakah orang yang dikatakannya yang berada dalam koma dan diberi peluang oleh Allah untuk melihat kebesaranNya ............maka sampailah masanya dia memberitahu siapa orang tersebut dan kemudian dia beradar dari situ, dia berkata "itulah orang yang bengkak kaki dan tangan yang kami jumpa di dalam masjid". Saya terus tersentak dan terpaku seketika memikirkan lelaki yang tersebut.Tidak lama kemuadian baru saya tertanya-tanya lagi,, siapakah dua orang yang saya jumpa dan menceritakan akan hal ini kepadaku adakah mereka sama seperti saya atau.....?

Subahanallah. Dalam setiap penciptaan makhluk, Allah telah meletakkan suatu pengajaran kepada manusia seperti saya, tetapi saya yang tidak faham dan tidak mengerti. Kini setiap kali saya teringin melakukan maksiat SKRIN TELEVISYEN PADANG MASYAR yang saya teringat. Ini bukan cerita ciptaan atau Khayalan semata-mata, ini adalah cerita benar, dan saya masih hairan melihat manusia yang ketawa terbahak-bahak........sudah lupakah mereka mengenai hisab Yaumal Zalzalah?