Wednesday, November 4, 2009

Akhlak Islam ke Akhlak Bukan Islam ??

Masyarakat manusia yang kini mendiami bumi ini adalah satu generasi manusia yang berada di bawah pimpinan dan utusan yang terakhir iaitu Rasulullah SAW. Baginda telah membuka semua pintu kebaikan seluas-luasnya dan telah menutup semua pintu kejahatan serapat-rapatnya. Hidup dan mati baginda sebagai seorang hamba dan pesuruh Allah. Membawa umat manusia ke jalan yang benar dan member syafaat kepada umat baginda di hari akhirat.
Begitulah juga tugas nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu, membawa risalah-risalah tertentu kepada umat-umat atau masyarakat manusia yang tertentu. Tidak lain dan tidak bukan untuk menyebarkan akidah yang satu iaitu mentauhidkan Allah melalui syariat-syariat yang berbeza.
Ini bermakna tiadalah masyarakat manusia yang pernah mendiami bumi Allah ini tanpa diutuskan nabi atau rasulNya. Maka boleh kita anggarkan bahawa setiap masyarakat manusia itu memiliki satu kepercayaan dan pegangan dalam hidup mereka iaitu agama.
Orang yang berAgama bermaksud orang yang mempunyai kepatuhan terhadap sesuatu. Setiap apa yang dianggap oleh manusia sebagai sesuatu yang layak disembah dan di’abdikan diri kepadanya itu dianggap sebagai tuhan, samaada tuhan itu betul ataupun palsu, itulah konsep agama secara umumnya.
Peng’abdian (penghambaan) manusia terhadap tuhan itu pula terbahagi kepada dua, samaada hamba kepada tuhan Allah yang satu ataupun penghambaan kepada selain dari tuhan Allah yang satu.
Oleh itu, menjadi fitrah dan naluri manusia untuk mencari satu panduan dalam hidup (agama). Beberapa tokoh falsafah islam dan juga barat telah menggambarkan kaitan manusia dan agama.
Seorang tokoh falsafah yahudi Hendry Barjson pernah berkata : “Aku telah dapati dan memang ada masyarakat yang hidup tanpa ilmu, budaya, dan falsafah, tapi aku belum pernah lihat masyarakat yang tanpa agama”.
Tok guru kita yang paling disanjungi, Nabi Muhammad SAW seperti dalam hadis baginda : (setiap anak yang lahir itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapa mereka yang mencorakkannya, samada dengan corak yahudi atau nasrani atau majusi….).
Gambaran ini cukup jelas kepada kita bahawa anak-anak yang telah lahir ke muka bumi ini adalah dalam keadaan fitrah iaitu mempunyai “bekas” agama itu, terpulang kepada ibu bapanya untuk mengisi “bekas” itu dengan isi yahudi atau nasroni dan sebagainya…..
Hampir boleh dikatakan setiap agama itu menganjurkan penganutnya dengan anjuran nilai-nilai yang murni. Tidak kira Islam, Budha, Kristian dan sebagainya. Antara anjuran-anjuran yang ingin kita hayati perbezaan realitinya antara agama-agama yang wujud pada masa kini ialah nilai AKHLAK.
Bagaimanakah persepsi anda terhadap dua individu ini..??
Pertama: Individu yang mempunyai tahap IQ yang tinggi tetapi mempunyai akhlak rendah, Kedua : Individu yang mempunyai tahap IQ nya rendah tapi mempunyai akhlak yang cukup tinggi….??
Saya rasa persoalan ini mampu memberi gambaran kepada kita peranan akhlak dalam kehidupan seorang manusia yang waras.
Apabila bercakap tentang akhlak ini, saya amat tersentuh dengan analogi yang selalu diungkapkan oleh seorang ustaz saya ketika saya berada di KUIS dahulu. Katanya “Cuba anda bayangkan, anda sebagai seorang yang miskin. Menu yang paling istimewa yang akan anda rasa seminggu sekali adalah nasi putih dan ikan kering. Suatu hari Ketua kampung ingin menziarahi rumah anda untuk memberi sedikit sumbangan.
Situasi pertama : anda menghidangkan nasi dan lauk ikan kering itu dengan berkata ‘Tuan, silakan makan…ini sajalah hidangan yang mampu saya hidangkan untuk tuan, silakan.’(dengan senyuman dan sopan santun)
Situasi kedua : anda menghidangkan hidangan yang sama dengan berkata ‘makan la nasi dan ikan kering tu, sinky ade kat belakang tu..!’
Situasi pertama, ketua kampong yang bercadang untuk memberi sumbangan RM100 mungkin akan di up kn lagi kepada RM150. Manakala situasi yang kedua itu daripada RM100, mungkin ketua kampong itu akan batalkan niatnya untuk memberi sumbangan tersebut.”
Daripada analogi itu, lebih jelas lagi kepada kita bahawa akhlak itu mampu memberi impak yang lebih besar terhadap sesuatu hasil yang telah kita jangkakan.
Terdapat banyak surah-surah dan ayat-ayat di dalam al-Quran yang menerangkan kepada kita tentang akhlak yang baik disisi Islam. Antara surah yang menjadi simbolik kepada akhlak umat islam ialah surah al-Hujurat yang bermaksud “bilik-bilik”.
Nama surah Al Hujuraat diambil dari perkataan Al Hujuraat yang terdapat pada ayat 4 surah tersebut. Ayat tersebut mencela para sahabat yang memanggil Nabi Muhammad SAW yang sedang berada di dalam rumahnya(bilik-bilik) bersama isterinya. Memanggil Nabi Muhammad SAW dengan cara dan dalam keadaan yang demikian, ia menunjukkan sifat kurang hormat kepada baginda dan mengganggu ketenteraman baginda.
Terdapat anjuran, suruhan dan larangan yang disebut secara tersurat atau tersirat, khusus ataupun umum dalam surah tersebut. Kebanyakannya adalah perkara yang berkaitan dengan adab dan akhlak dalam Islam. Sama-samalah kita luangkan masa untuk mengutip mutiara-mutiara yang terhidang dalam surah ini. Cukuplah dengan saya menyentuh tafsiran surah tersebut secara umum sahaja.
Akhlak Islam adalah akhlak yang paling mulia dan sempurna. Kelebihan yang ada pada Akhlak islam ialah cirri akhlaknya yang tetap (thabat / muhakkamah) dan menyeluruh (syumul).
Ia bermaksud akhlak yang tidak akan berubah mengikut perubahan masa, tempat dan situasi. Islam menganjurkan umatnya untuk mempamerkan akhlak yang baik kepada seluruh umat manusia tidak kira perbezaan agama, bangsa, warna kulit, budaya dan sebagainya. Begitu juga masa, akhlak islam ialah akhlak yang tidak mengenal kesempatan.
Seperti sesetengah manusia yang hanya mahu menunjukkan akhlak yang baik di hadapan orang-orang yang berilmu, berpangkat, bergaya dan ketika ia berhajat kepada seseorang itu sahaja. Adapun sebaliknya mereka tidak mempamerkan akhlak tersebut. Semua ini bukan akhlak islam.
Patutkah kita menyanjung tinggi mana-mana tokoh ilmuan yang apabila ia berdepan dengan orang yang setaraf dengannya, dia seolah-olah beradab dab berbudi bahasa, manakala apabila ia berdepan dengan golongan yang dha’if dan kurang ilmunya ia bersifat dengan sifat sambil lewa, acuh tak acuh dab sebagainya…??
Semulia-mulia manusia adalah kerana orang-orang yang dha’if diantanya. Apabila orang kaya menginfaqkan hartanya kepada orang mislin, disitulah terserlah kemuliaan ia, apabila orang bijak mengajar dan mendidik golongan yang jahil, disitu terserlah kepandaian dan kehebatannya.
Sifat akhlak dalam islam bukan bersifat pilihan seperti dalam agama-agama yang lain. Ianya bersifat “kewajipan” dan “kelaziman” ke atas diri individu islam. Dengan kata lain, umat islam perlu sentiasa berada dalam batasan akhlak islam di segenap gerak gerinya.
Golongan paderi-paderi kristian dalam menyebarkan ajaran-ajaran mereka, mereka juga telah menggariskan beberapa garis panduan dan cara untuk mencapai misi dakyah mereka itu. Mereka sanggup menghabiskan harta dan apa sahaja yang mereka ada demi menyebarkan agama mereka. Antara sasaran utama mereka adalah golongan-golongan yang kurang upaya seperti pesakit-pesakit di hospital, di rumah warga-warga emas, anak-anak kecik dan sebagainya.
Pada masa tersebut, pendakyah-pendakyah ini akan cuba sedaya upaya menggunakan cara dan akhlak yang paling baik untuk menawan hati-hati sasarannya itu. Seolah-olah akhlak mereka itu boleh dijual beli dengan tujuan-tujuan tertentu dan matlamat-matlamat tertentu. Ini jelas menunjukkan kepada kita akan perbezaan yang agak ketara di antara akhlak bukan islam dan akhlak islam. Walaupun mereka dipuji oleh segelintir manusia atas sikap belas kasihan dan akhlak mereka itu, namun itu semua bukanlah sebaik-baik akhlak dan akhlak mereka sama sekali tidak akan setanding dengan akhlak Islam.
Akan tetapi……………..
“ISLAM ITU TERHIJAB DENGAN ORANG ISLAM”

No comments: