Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.
Di
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan
(Diriwayatkan oleh Luqman Hakim)
Barisan pimpinan Mahasiswa di menara gading perlu kerap bermuhasabah. Tidak kira pimpinan Islam atau sebaliknya. Muhasabah adalah satu tip mencapai kejayaan hakiki dalam kehidupan ini. Yaa...jika sebelum ini barisan pimpinan inilah yang sentiasa menyuntik kesedaran dan semangat mahasiswa juga mayarakat setempat melaui program2 dan kempen2...kini saya menyeru agar barisan pimpinan kita kali ini dimuhasabah pula.
Di penghujung tempoh kepimpinan dan dakwah "rasmi" ini...Saya ingin mengajak kawan2 juga sahabat2 seperjuangan tidak kira di peringkat MPP/MPM, persatuan2, kelab2, lujnah biro2 dan sebagainya untuk sama2 menghayati kisah yang telah berlaku pada zaman Rasulullah. Semua yang berlaku itu bukannya sia2 atau hanya untuk mengisi ruang zaman tapi padanya ada peringatan dan iktibar yang berguna bagi yang mahu berfikir dan mengkaji.
HADAF (matlamat) dan WASILAH (kaedah) perlu dijadikan agenda utama muhasabah diri dan tidak hairan jika ia dijadikan antara agenda utama mesyuarat, liqo', meeting dan sebagainya. Adakah kita sedang menuju kpd matlamat itu?? Adakah kaedah2 / cara2 pelaksanaan kita itu selari dengan garisan Al-Quran dan As-Sunnah.??
Perlu diingat..kita bukan semata2 mahu merebut gelaran PERINTIS,PELOPOR,HERO, dll. Tidak perlu menjatuhkan mana2 pihak untuk mendapat gelaran itu. Smpai bila kepimpinan ISLAM harus diperlekehkan gara2 tabiat kurang sehat pemimpin2 kita pada hari ini. Cukuplah...cukuplah pemimpin pada hari ini adalah sebagai penyambung warisan kepimpinan nabi Muhammad S.A.W. Berbanggalah kamu wahai Pemimpin ISLAM!!! Kamu penyambung warisan Kepimpinan Sakti Pesuruh Allah!!
Masih belum terlambat....Perbetulkan niatmu...Tak semua yang mati di medan perang itu adalah mati syahid...Malah semua itu bergantung pada niat/matlamat/tujuan yang bersih dan kaedah2 perlaksanaan yang tidak menyeleweng.Ikhlaslah pada Pencipta yang Satu.
Yaa..betul...kata orang "persoalan matlamat dan muhasabah diri ini hanya perlu dibincangkann di awal sesuatu perbuatan, kini kita sudah menghampiri penghujung tempoh kepimpinan..yang lepas biarkan lepas..." ingat...!!
إنما الأعمال في الخواتم
"sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira pada penghujungnya"
Seperti kisah Qotzman yang mati di medan perang tersebut. Penghujungnya itu yang menggambarkan hala tujunya yang seterusnya samada Syurga atau Neraka. Oleh itu, penghujung kepimpinan sementara kita ini yang akan menggambarkan kepimpinan yang akan datang. Yakinlah pada Allah yang hanya Satu. PadaNyalah yang selayaknya kita berharap.
Kabinet bayangan hanyalah usaha dan perancangan kabur kita..malah Allah yang Maha Mengetahui akan baik buruk sesuatu perancangan itu. Bertawakkallah pada Allah agar dikabulkan segala perancangan yang baik itu.
Dalam Islam..Berpakaian ialah satu adat bg manusia sbg menyahut seruan menutup aurat. Tumbesaran badan manusia yang kian meningkat diperingkat remaja ini memerlukan kpd pakaian yang baru untuk dipakai bagi meneruskan adat manusia. Tidak kira pakaian yang baru dibeli atau pakaian dari abang atau kakak atau pakai yang diberi atau memperluaskan pakaian yang sedia ada.
Demikian juga perihal peralihan tompok pimpinan...ia bukan bermakna mengosongkan taklifan dibahu ini,,,malah ia bermaksud pertambahan tanggungjawab. Pemimpin kini bakal menyarung tanggungjawab yang lebih besar setelah setahun berada di "Bengkel Kepimpinan Kampus" ini.
Oleh itu,,,.....
JANGAN JEMU UNTUK HIDUP DALAM KEDAMAIAN. Buka dan Luaskan Jalan KEBAIKAN, Sempitkan dan Tutup Jalan KEJAHATAN. Itulah tanggungjawab manusia di alam dunia yang penuh ujian.
2 comments:
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya kepada Allah SWT. Selawat serta salam kepada Nabi junjungan Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat Baginda yang mulia. Kesejahteraan juga kepada para pejuang Islam yang telah menggabungkan dan mewakafkan diri mereka dalam memperjuangkan agama Islam di muka bumi ini.
Terima kasih wa Jazakallah kepada Tuan Syidi atas 'signal' (pd pndngn Khadam) kepada seluruh pimpinan Mahasiswa KUIS termasuklah UA. Jujurnya, selepas membaca tulisan tuan Syidi UA setuju yang kita dan seluruh pimpinan Wajib bermuhasabah tentang gerak kerja sepanjang memikul amanah selaku pimpinan dan seterusnya memastikannya dapat diteruskan dan dapat dipertingkatkan lagi berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Jazakallah Khairan Kathira ya Akhil Mahbub.
Nasihat buat yang lama, panduan buat yang baru.
Itulah yang saya simpulkan apabila membaca tulisan terbaru Presiden Rasyidi yang sarat dengan mesej kepada kepemimpinan mahasiswa. Presiden Rasyidi mengambil satu elemen dari sirah nabawiyyah untuk kita sama-sama muhasabah. Menghitung setiap niat dan tindakan masing-masing.
Setahun beliau menduduki kerusi no. 1 badan tertinggi mahasiswa itu, pastinya sekian banyak pengalaman dan pengajaran yang sudah ditimba buat bekal untuk membangunkan ummah nanti.
Saya tidak bermaksud untuk menghurai dan membahaskan satu persatu intipati penulisan Presiden Rasyidi. Itu saya serahkan untuk renungan khalayak pembaca dan warga KUIS.
Namun yang pastinya, kepemimpinan mahasiswa harus menyelami dengan baik mesej tersurat dan tersirat daripada beliau. Apalagi bakal-bakal pemimpin yang mahu mengambil alih kepemimpinan yang cuma berbaki kurang lebih sebulan sahaja lagi.
Saya kira mesej Presiden Rasyidi sangat jelas buat ingatan dan tatapan semua. Presiden Rasyidi sudah memberikan signal, siapa lagi yang tidak faham?
arrazzi alhafiz
KHADAM MAHASISWA
http://arrazzialhafiz.blogspot.com
Post a Comment