Saturday, December 20, 2008

ISLAM dan NIQAB

Demikian adalah dalil-dalil yang kebiasaanya dikaitkan dengan pemakaian orang2 Islam terutamanya kaum hawa. Sebelum kita pergi lebih jauh, terlebih dahullu saya ingin memohon maaf jika artikel saya yang lepas ( MUSLIM & PAKAIANNYA) mungkin telah menimbulkan beberapa persoalan, kesilapan, kekaburan dan sebagainya. Mungkin kebanyakan kenyataan saya dalam penulisan saya sebelum ini terlampau umum, kini saya ingin mengkhususkan kenyataan tersebut. Dan saya juga ingin berterima kasih kepada pembaca2 yang sudi berkongsi maklumat bersama-sama, yang kurang ditambah, yang lebih dikurangkan untuk melengkapkan satu rangkai kata yang indah dan benar.

Bagi saya perbahasan tentang masalah niqab ini bukannya suatu yang ‘panas’ lagi. Kerana ia telah diperbahaskan oleh ulama’2 yang terdahulu dengan hujah2 mereka masing daripada AlQuran dan AsSunnah. Ke’panas’an isu ini hannya akan dirasa oleh individu2 yang jarang sangat menoleh ke belakang mengimbau khilaf-khilaf para ulama’ terdahulu. Tidak ramai antara kita yang berminat bahkan jemu untuk mendalami dan memahami permasalahan2 seperti ini. Tambahan lagi kebanyakan sumber rujukan aslinya dari kitab2 berbahasa arab. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada segala fitnah dunia dan akhirat.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Apa yang ingin saya bawa dalam perbincangan kita pada kali ini ialah definisi-definisi perkataan-perkataan yang perlu kita ketahui yang terdapat dalam ayat-ayat dalil yang disebut di atas beserta khilaf2nya..

Syaikh Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Hijabul Mar’ah Al Muslimah Wa libasuha Fis Solah menyatakan bahawa wanita telah diarahkan secara khusus untuk menutup auratnya, dan supaya tidak memperlihatkan perhiasanya kecuali kepada ahli keluarganya, dan Allah telah memperincikan tentang bahagian-bahagian yang perlu ditutup dalam ayat tersebut. Dua tafsiran yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah iaitu :

1) Daripada Riwayat Ibnu Mas’ud r.a (& pendapat pertama Imam Hambali):

-Mentafsirkan “ Ma Zoharo” dalam ayat tersebut ialah setiap pakaian luaran (zahir). Oleh itu, mengikut pendapat Ibnu Mas’ud tidak boleh memperlihatkan perhiasan kecuali pakaian luaran sahaja.

2) Daripada Riwayat Ibnu Abbas r.a (& pendapat kedua Imam Hambali& Imam Syafie):

-Mentafsirkan “ Ma Zoharo” dalam ayat tersebut ialah muka dan dua tangan. Oleh itu, mengikut pendapat Ibnu Abbas dan Imam Syafie tidak boleh memperlihatkan perhiasannya kecuali muka dan dua tapak tangan.

Muhammad Ali As Shobuni dalam mentahqiqkan Kitab Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir bahawa Jilbab ialah Kain yang berada di atas Khimar.(hlmn 114,Jilid 3)

Dalam Kitab Risalah Al Hijab oleh Syaikh Muhammad bin Soleh, beliau menyebut amalan menutup muka ini sama ada “kelaziman” atau “qias” kerana menutup dada dan tengkuk adalah wajib, maka seelok-eloknya ditutup juga muka kerana ianya adalah lambang kecantikan dan juga punca fitnah. (halaman 7).

Beliau juga mengatakan bahawa dalam kitabnya itu bahawa “dalil wajib menutup wajah itu adalah dalil pindahan daripada hukum asalnya, dan dalil harus membuka wajah pula adalah asal bagi hukum asalnya, dan pindahan/ tambahan itu adalah sesuatu yang terkemudian disisi ulama’ Usul Fiqh. Kerana antara kaedah usul Feqh ialah “Asal bagi sesuatu itu ialah dengan mengekalkan (kembalikan) sesuatu itu pada hukum asalnya.” Apabila wujudnya dalil pindahan daripada asal ini, maka ia menandakan hukumnya itu boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Oleh itu, kita katakan sesungguhnya bersama pindahan itu ada penambahan ilmu (bukan bid'ah).” (halaman 28)

Mereka yang berlebih-lebihan mewajibkan wanita menutup wajahnya itu kurang teliti dalam menafsirkan ayat di atas. Antara Ulama terkemuka mereka iaitu Syaikh Mahmud At Tuwaijiri, beliau mengyatakan bahawa yudnina (Al Ahzab:59) yang bererti “mengulurkan” pada ayat di atas ialah termasuk “menutup wajahnya”. Tafsiran mereka ini bertentangan dengan erti asal kata “yudniina” secara bahasa yang mana ertinya adalah 'mendekatkan'.

Hal ini telah dijelaskan di dalam kitab Al Jilbab Al Mar’ah Muslimah. Muhammad Nashiruddin Al Albani juga telah telah menegaskan di situ bahawa ayat tersebut bukan satu nas yang menetapkan adanya menutup wajah.

Imam Ar Raghib Al Ashfahani berkata di dalam kitabnya Al Mufradat : “daana” ertinya dekat. Biasa dikatakan :

دَانَيْتُ بين الأَمْرَينِ وأَدْنََيْتُ أحدَهُما مِنَ الْلآخَرِ

(Saya mendekatkan dua hal satu sama lain)

Kemudian dia menyebutkan ayat 59 surat Al Ahzab di atas.

Abdullah Ibnu Abbas, seorang yang digelar turjumanul qur'an ( = penerjemah Al Qur'an), juga menafsirkan ayat tersebut seperti itu. Dia berkata, "Maksudnya ialah, dia mendekatkan jilbabnya ke wajahnya, tidak menutupnya.”

Di dalam kitab Al Inshaf Fi Ma'rifah Ar Rajih Min Al Khilaf 'Ala Madzhab Al Imam Al Mubajjal Ahmad Bin Hambal karya Syaikh 'Alauddin Al Mardawai (1/452) pengarangnya menyebutkan: "Menurut madzhab Hanbali, yang benar wajah adalah bukan termasuk aurat."

Kemudian dia mengatakan serupa itu juga berkenaan dengan masalah khuf. Di situ dia menyebutkan pendapat Ibnu Qudamah Al Maqdisi di dalam kitabnya Al Mughni (1/ 637). Ibnu Qudamah mendasari pendapatnya itu dengan larangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam kepada wanita yang sedang ihram memakai sarung tangan. Dia berkata, "Kalaulah wajah dan kedua telapak tangan merupakan aurat tentu Rasulullah tidak melarang wanita tersebut menutupnya. Kerana memang terbukanya wajah diperlukan untuk jual-beli, dan telapak tangan diperlukan untuk mengambil dan memberi."

Kebanyakan orang-orang yang bersikap berlebih-lebihan itu beranggapan bahawa 'jilbab' yang diperintahkan dalam surah Al Ahzab ayat 59 itu merupakan tafsiran 'hijab' pada ayat, "Bertanyalah kepada mereka dari balik hijab." (QS.Al Ahzab: 53).

Ini jelas anggapan yang huru-hara. Anggapan ini muncul kerana menurut pengetahuannya pada ayat pertama (ayat 59), iaitu ayat tentang jilbab, tidak ada dalil yang menguatkan anggapannya bahawa wajah dan telapak tangan adalah aurat. Berbeza dengan ayat kedua. Ayat kedua ini berbicara tentang wanita yang berada di rumahnya, yang mana waktu itu berjilbab dan berkhimar belum menjadi kebiasaannya, sehingga tidak ada penghalang antara dirinya dengan para penanya atau tetamunya. Oleh kerana itu diperlukan hijab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan perbezaan kedua ayat tersebut. Di dalam kitab Al Fatawa (XV / 448) dia berkata, "Ayat jilbab berkaitan dengan wanita ketika keluar dari tempat tinggalnya, sedangkan ayat hijab berkaitan dengan wanita ketika berbicara (dengan laki-laki yang bukan mahramnya) di tempat tinggalnya."

Menurut Muhammad Nashiruddin Al-Albani : "Kedua-dua ayat di atas tidak menunjukkan wajibnya menutup wajah dan telapak tangan."

Ayat pertama (Al Ahzab 59) : membicarakan jilbab, iaitu baju panjang yang dipakai merangkumi pakaian dalam dan tidak menutup wajahnya, sebagaimana diterangkan pada kitab Al-Jilbab hlm.83.

Definisi jilbab seperti itu juga yang disebutkan di dalam kitab-kitab lughah. Tidak ada satu pun kitab lughah yang mendefinisikan jilbab termasuk menutup muka.

Ada atsar yang sah bahwasannya Ibnu Abbas menafsirkan ayat 59 surat Al Ahzab dengan mengatakan, "Dia mendekatkan jilbabnya ke wajah, tidak menutupnya." Atsar ini diriwayatkan oleh Abu Dawud di dalam kitab Masail-nya hlm. 110. Dan orang yang mentafsirkan ayat tersebut bertentangan dengan tafsiran Ibnu Abbas di atas ada dua kemungkinan saja, iaitu antara ganjil atau lemah. Penjelasan tentang hal ini telah disebutkan di dalam muqaddimah kitab Al jilbab. Adapun ayat kedua, keterangannya seperti yang telah disebutkan di atas.

Definisi khimar yang disebut oleh para ulama lughah yang terdapat pada ayat : ”Dan hendaklah mereka menutupkan khimarnya ke dada mereka".

Di dalam kitab Al-Jilbab karangan Al-Albani menyebut bahawa khimar adalah penutup kepala saja, tidak termasuk wajah. Kenyataan ini didokong oleh pendapat para ulama, seperti Ibnu Al Atsir dan Ibnu Katsir. Tetapi golongan yang tidak sependapat dengan pendapat ini menganggap bahawa wajah termasuk bahagian yang tertutup dengan khimar.

Sebagai contohnya, dalam membahas ayat:

"Wanita-wanita yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang sudah tidak berkeinginan nikah, maka tidak mengapa menanggalkan pakaiannya." (QS. An Nur: 60).

Sa'id bin Jabir berkata, "Tidak mengapa dia menanggalkannya di hadapan laki-laki yang bukan mahramnya atau lainnya kalau dia memakai khimar yang tebal." Padahal, sebagian besar pengikut madzhab Hanbali dan lainnya menerangkan secara jelas bahwa yang dimaksud pakaian pada ayat tersebut adalah jilbab.

Ibnu Al Jauzi di dalam kitabnya Zad Al Masir (VI/36) pernah menyampaikan bahawa Abu Ya'la, seorang hakim bermadzhab Hanbali, pernah mengatakan, "Ayat ini menunjukkan bolehnya orang yang sudah tua membuka wajah dan kedua tangannya di hadapan laki-laki."

Contoh lainnya sebagaimana tersebut di dalam kitab Ahkam Al Qur'an karya Al Jashash (111/334). Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah juga mengisyaratkan kepada makna tersebut dalam kitabnya Tafsir Surah An Nur (hlm. 57). Dari situ nampaklah bahawa para ulama salaf maupun khalaf berpendapat bahwa khimar tidak menutup wajah. Khimar hanya menutup kepala saja, sebagaimana telah disebutkan oleh Al-Albani.

Diantara hadis-hadis lain :

1- “Allah tidak menerima shalat seseorang wanita yang telah haidh kecuali dengan memakai khimar.” Hadis ini shahih; diriwayatkan oleh sejumlah ulama hadis, termasuk di antaranya Ibnu Khuzaimah. Ibnu Hibban meriwayatkan hadis ini di dalam kitab Shahihnya. Hadis ini juga tercantum di kitab Al Irwa' (196).

2- Sabda Rasulullah kepada seorang wanita yang hendak berhaji namun kepayahan. Beliau bersabda: "Hendaklah dia berkendaraan, memakai khimar, kemudian baru berhaji." Dalam riwayat lain disebutkan: ".... Dan menutup rambutnya." Hadis ini juga shahih. Hadis ini tercantum di dalam kitab AlAhadis Ash Shahihah (2930).

3- Rasulullah s.a.w membsuh khimarnya dalam wudhuk dan beliau perintahkan kepada sahabatnya, yang laki-laki maupun perempuan. Al 'Allamah Az Zubaidi di dalam kitab Syarh Al Qamus (111/189) memberi komentar terhadap perkataan Ummu Salamah, 'Sesungguhnya dia membasuh khimarnya,' yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam kitab Al Mushannaf (I/22). Dia berkata, "Yang dia maksudkan dengan khimar adalah imamah (sorban). Kerana laki-laki menutup kepalanya dengan sorban, sebagaimana perempuan menutupnya dengan khimar." Begitu jugalah yang disebutkan di dalam kitab Lisan Al 'Arab.

Di dalam kitab A/ Mu'jam Al Wasith karya Dewan Ulama di bawah pengawasan Majma' Al Lughah Al 'Arabiyah disebutkan: Khimar adalah segala sesuatu yang menutup. Termasuk dalam jenis khimar adalah khimar perempuan, yaitu pakaian yang dipakai kaum wanita untuk menutup kepalanya. Termasuk dalam jenis khimar juga imamah (sorban), iaitu kerana sorban ini dipakai oleh laki-laki untuk menutup kepalanya yang dia lilitkan di lehernya.

Di sini tindakan Syaikh At Tuwaijiri kurang teliti dalam menyimpulkan penjelasan Al Hafizh terhadap perkataan Aisyah (pada hlm.78) berkait dengan sebab turunnya ayat 'khimar'. Dia memotong penjelasan Al Hafizh, mungkin kerana tidak sesuai dengan pendapatnya. Al Hafizh menjelaskan perkataan Aisyah, '.... Lalu mereka berkhimar dengannya' dengan berkata (VIII/490): "Maksud perkataan dia ialah, mereka menutup wajah-wajahnya. Gambarannya seperti berikut : Dia letakkan khimar di kepalanya, iaitu seperti mengenakan ‘qina'."

Al Farra' berkata, "Para wanita pada zaman jahiliyah dulu biasa menjulurkan khimamya. ke belakang punggung sehingga terbuka bahagian depannya. Lalu mereka pun disuruh menutupnya ........ dst." Al Hafizh juga mengatakan bahawa khimar untuk wanita adalah sebagaimana sorban pada laki-laki.

Begitu juga tentang kata At Taqannu' dalam kenyataan Al Hafizh di atas. Di dalam kitab-kitab Lughah (Bahasa Arab), kalau dikatakan: Wanita itu bertaqannu', maksudnya ialah memakai qina', iaitu kain yang biasa dipakai oleh seorang wanita untuk menutup kepalanya. Pengertian seperti ini disebutkan di dalam kitab Al Mu'jam Al Wasith dan kitab lainnya. Saya kira yang dimaksud Al Hafizh juga seperti itu. Kerana dia berkata di dalam kitabnya Al Fath (VII / 235 dan X / 274) bahawa at taqannu' ertinya ialah menutup kepala.

Berkait dengan kata 'wajah mereka' pada perkataan AI Hafizh di atas, ada kemungkinan salah cetak, atau mungkin juga kesalahan dari penulisnya, yang sepatutnya ialah 'dada mereka'. Kemungkinan juga yang dia maksudkan adalah pengertian majaz (bukan erti sebenarnya). Jadi, yang dia maksudkan ialah: apa-apa yang menutup wajah, dalam artian mujawarah (yang dekat dengannya). Kerana perkataan seperti itu ada di halaman lain kitab A/ Fath ketika dia menerangkan hadits yang diriwayatkan oleh Al Barra', bahwasanya pernah ada seorang laki-Iaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dengan membawa besi.... (Al Hadis). Hadis ini diriwayatkan oleh Al Bukhari dan lainnya. Hadis ini juga tercantum di dalam kitab Ash Shahihah (2932). Al Hafizh berkata (VI/25), "Perkataan dalam hadis tersebut 'muqanna" (mengenakan tutup kepala) adalah kiasan dari perkataan: dia menutup wajahnya dengan alat perang'. Tentu yang dia maksudkan adalah sesuatu yang dekat dengan wajahnya. Kerana kalau tidak begitu, dia tidak akan mampu untuk berjalan; apatah lagi untuk berperang.

Untuk lebih meyakinkan, berikut adalah nama-nama ahli hadis dan ahli tafsir yang berpendapat bahawa khimar adalah tutup kepala.

1. Dari kalangan ahli hadits: Badruddin Al 'Aini (855 H) di dalam kitab 'Umdah Al Qari (XIX/92), Ali Al Qari (1014 H), Ash Shan'ani (1182 H), Asy Syaukani (125 H),

Ahmad Muhammad Syakir Al Mishri (1377 H), dan lain-ain.

2. Dari kalangan ahli fiqih: Abu Hanifah (150 H) dan anak-nya, Muhammad bin Al Hasan (189 H) di dalam kitab Al Muwatha', Asy Syafi'i Al Qurasyi (204 H), Al 'Aini (855) di mana di dalam kitab Al Binayah fi Syarah Al Hidayah (II /58) dia berkata, "khimar ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita menutup kepalanya."

3. Dari kalangan ahli bahasa: Ar Raghib Al Ashbahani (502 H) di mana di dalam kitabnya yang sangat berharga Al Mufradat fi Gharib Al Qur'an dia berkata, "Khumrun, erti asalnya ialah menutup sesuatu; dan segala sesuatu yang dipakai untuk menutup dinamakan khimar. Akan tetapi, dalam definifi-definisi, khimar ialah nama dari sesuatu

yang dipakai oleh wanita untuk menutup kepalanya. Khimar jamaknya ialah khumur. Allah berfirman:

"Dan hendaklah mereka menutupkan khimarnya ke dada mereka."

Ahli bahasa yang lainnya: Ibnu Manzhur (711 H), Al Fairuz Abadi (816), dan sejumlah ulama penyusun kitab Al Mu'jam Al Wasith telah menjelaskan bahawa khimar adalah

penutup kepala.

Jadi, kuatlah hujjah ini lagi dengan berdalil dengan ayat tentang khimar dan hadis yang diriwayatkan dari Fathimah tentang hal ini bahawa wajah wanita bukan termasuk aurat. Allahlah tempat meminta pertolongan. (Lihat juga hadits yang diriwayatkan oleh Aisyah berkenaan dengan berkhimamya wanita-wanita muhajirin sebagaimana tersebut di dalam kitab 'Jilbab' hlm. 87)

Muhammah Bin Soleh dalam Risalah Al Hijab beranggapan bahawa “setiap Kebaikan/ maslahah yang lebih banyak berbanding Kemudharatannya maka hukumnya wajib atau Harus. Dan setiap Kemudharatan yang melebihi kebaikan/maslahahnya maka hukumnya Haram.”

Akhir sekali, tujuan perkongsian maklumat yang tak seberapa ini hanyalah untuk meluaskan sedikit lagi pengetahuan pembaca2 sekalian tentang isu purdah/niqab terutamanya di dalam masyarakat IPT islam kini.

Seperti yang telah saya nukilkan dalam artikel lepas, usahlah kita risaukan sangat tentang muslimat yang memakai niqab ini, tetapi seafdhalnya kita memikirkan bagaimana hendak menerapkan rasa ingin menutup aurat di kalangan remaja islam kita yang masih belum boleh menutup aurat dengan sebaiknya.

Monday, November 24, 2008

ISLAM DAN PAKAIANNYA

Rasa syukur yang tidak terhingga pada Allah S.W.T atas kurniaan nikmat-nikmat yg pelbagai dan tidak putus-putus kpd hambanya hingga ke saat ini. Selawat dan Salam atas junjungan mulia Tok Guru sekalian Umat iaitu Muhammad Bin Abdullah S.A.W. juga ahli keluarga baginda dan pengikut2 baginda sehingga ke saat ini.

Astaghfirullahal Azim...Terlebih saya ingin memohon maaf atas pendapat dan perkongsian yang akan ade kekurangannya nanti ini.

Pemakaian purdah/niqab yang mengkin telah menjadi amalan hanya golongan muslimat di Malaysia ataupun negara2 lain. Namun amalan ini juga mengundang pandangan yang pelbagai di kalangan ilmuan2 dunia trutamanya ilmuan2 islam.

Setelah melalui proses perbincangan, pertanyaan, pembacaan, mendengar ceramah tentang agama, dll...keyakinan untuk berkoongsi ilmu Allah itu mula timbul dalam diri ini.

Pakaian ialah keperluan asasi manusia yang normal sama ada muslim / non muslim. Tanpa pakaian manusia akan berasa tidak selesa untuk meneruskan kehidupan hariannya. Ini kerana manusia itu telah dicampakkan perasan malu oleh Penciptanya. Dan dalam Islam Malu adalah sebahagian daripada Iman.

Namun begitu, Islam merupakan agama yang menitik beratkan segala amal perbuatan penganutnya. Setiap aktiviti yang dilakukan oleh orang Islam itu akan dikira ibadah sekiranya ia disertakan dengan niat dan niat itu semestinya Lillahi Wa Rasulihi. Daripada sekecil-kecil perlakuan sehingga ke besar-besar perlakuan ianya diambil kira dalam Islam.

Agama yang direkacipta oleh Allah ialah hanya Agama Islam. Daripada nabi Adam A.S hinggalah Nabi Muhammad S.A.W hanya Islam agama yang diiktiraf. Dari itu...Islam yang dibawa oleh Tok Guru Nabi Muhammad S.A.W secara rasmi itu telah menggariskan TIGA syarat pemakaian dalam Islam TAK KIRA Lelaki / Perempuan. Syarat yang tidak boleh diambil remeh oleh orang Islam.

1] Pakaian yang tidak mengelirukan jantina pemakainya samaada laki ataupun perempuan.
2] Pakaian yang tidak Jarang.
3] Pakaian yang tidak Ketat sehingga menampakkan bentuk badan.

Mungkin akan timbul persoalan,,,adakah dibolehkan memakai uniform rasmi dalam sesuatu pekerjaan atau pengajian sedangkan ia melanggari antara 3 syarat di atas??

Jawapannya : TAK BOLEH.

Antara Peraturan Manusia dengan Peraturan Allah ....mana yang lebih agung??saya percaya peraturan Allah lebih menguntungkan kita..
emmm...fikir2kanlah...

Sekarang kita berpindah kepada persoalan Niqab / Purdah. Setakat ini belum pernah dijumpai ayat2 quran atau Hadis2 yang menunjukkan pensyariatan pemakaian purdah dalam Islam. yang ada adalah Hijab. Hijab ialah perkataan arab yang membawa maksud pakaiaan yang menutup aurat secara umum. Manakala Niqab adalah perkataan yang dikhususkan dengan pakaian yang menutup sebahagian muka.

Niqab bukan simbol ISLAM dan ISLAM bukan simbol Niqab. Tetapi sesuatu yg tidak disyariatkan bukan bermakna ia HARAM untuk dilakukan. Terpulanglah kepada Muslimat yang ingin memakainya....Yassiru wala Tu'assiru (Permudahkan dan jangan kamu susah2kan)...itulah ISLAM yang telah dibawa oleh Junjungan Mulia kita.

Maka akan ditanya lagi..adakah memakainya dapat pahala atau sebaliknya???

jawapannya : Wallahu a'lam..Hanya Allah yang Mengetahui. Persoalan "dapat pahala atau sebaliknya" ini hanya terletak pada kehendak Allah. Hatta Nabi Muhammad sendiri tidak tahu siapa yang Allah berikan pahala dan siapa yang Allah tak berikan pahala. Apa yang kita tahu, yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan kelak.

Apa yang menjadi persoalan yang lebih besar ialah persoalan

"Muslimat yang tak tutup aurat...apatah lagi nak pakai niqab....Tak lupe juga Muslimin ye.."

Mafhum daripada hadis Rasulullah S.A.W....." Pada akhir zaman nati umat Islam akan berpakaian seolah-olah terlanjang (tak berpakaian)."

Permasalahan ini yang perlu kita utamakan dan gembar-gemburkan sebenarnya. Bukan niat saya untuk perkecilkan persoalan pemakaian niqab ini..tapi kita hendaklah mengutamakan sesuatu yang lebih utama (Aulawiyyat). Jangan sampai kesibukan kita untuk memperbahaskan soal niqab ini sehingga mengabaikan permasalahan Orang2 Islam yang tak pandai / tak mahu menutup aurat itu.

Harapan saya agar umat Islam pada hari ini dapat memahami dan mendalami ilmu2 Islam dengan bersungguh2....mengamalkannya seterusnya menyampaikannya kepada orang lain. Kerana sebesar2 ilmu itu akan berubah menjadi sekecil2 faedah jika tidak diamalkan. Persoalan lagi....bagaimana nak beramal jika ilmu itu belum ada lagi dalam dada...?????? jawablah sendiri wahai manusia yang bergelar MUSLIM.....
Astaghfirullahal 'Azim......wallahu a'lam.

Sunday, November 16, 2008

Renungan Pahlawan MPP/MPM MALAYSIA 07/08

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."

Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

(Diriwayatkan oleh Luqman Hakim)

Barisan pimpinan Mahasiswa di menara gading perlu kerap bermuhasabah. Tidak kira pimpinan Islam atau sebaliknya. Muhasabah adalah satu tip mencapai kejayaan hakiki dalam kehidupan ini. Yaa...jika sebelum ini barisan  pimpinan inilah yang sentiasa menyuntik kesedaran dan semangat mahasiswa juga mayarakat setempat melaui program2 dan kempen2...kini saya menyeru agar barisan pimpinan kita kali ini dimuhasabah pula.

Di penghujung tempoh kepimpinan dan dakwah "rasmi" ini...Saya ingin mengajak kawan2 juga sahabat2 seperjuangan tidak kira di peringkat MPP/MPM, persatuan2, kelab2, lujnah biro2 dan sebagainya untuk sama2 menghayati kisah yang telah berlaku pada zaman Rasulullah. Semua yang berlaku itu bukannya sia2 atau hanya untuk mengisi ruang zaman tapi padanya ada peringatan dan iktibar yang berguna bagi yang mahu berfikir dan mengkaji.

HADAF (matlamat) dan WASILAH (kaedah) perlu dijadikan agenda utama muhasabah diri dan tidak hairan jika ia dijadikan antara agenda utama mesyuarat, liqo', meeting dan sebagainya. Adakah kita sedang menuju kpd matlamat itu?? Adakah kaedah2 / cara2 pelaksanaan kita itu selari dengan garisan Al-Quran dan As-Sunnah.??

Perlu diingat..kita bukan semata2 mahu merebut gelaran PERINTIS,PELOPOR,HERO, dll. Tidak perlu menjatuhkan mana2 pihak untuk mendapat gelaran itu. Smpai bila kepimpinan ISLAM harus diperlekehkan gara2 tabiat kurang sehat pemimpin2 kita pada hari ini. Cukuplah...cukuplah pemimpin pada hari ini adalah sebagai penyambung warisan kepimpinan nabi Muhammad S.A.W. Berbanggalah kamu wahai Pemimpin ISLAM!!! Kamu penyambung warisan Kepimpinan Sakti Pesuruh Allah!!

Masih belum terlambat....Perbetulkan niatmu...Tak semua yang mati di medan perang itu adalah mati syahid...Malah semua itu bergantung pada niat/matlamat/tujuan yang bersih dan kaedah2 perlaksanaan yang tidak menyeleweng.Ikhlaslah pada Pencipta yang Satu.

Yaa..betul...kata orang "persoalan matlamat dan muhasabah diri ini hanya perlu dibincangkann di awal sesuatu perbuatan, kini kita sudah menghampiri penghujung tempoh kepimpinan..yang lepas biarkan lepas..." ingat...!!

إنما الأعمال في الخواتم

"sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira pada penghujungnya"  

Seperti kisah Qotzman yang mati di medan perang tersebut. Penghujungnya itu yang menggambarkan hala tujunya yang seterusnya samada Syurga atau Neraka. Oleh itu, penghujung kepimpinan sementara kita ini yang akan menggambarkan kepimpinan yang akan datang. Yakinlah pada Allah yang hanya Satu. PadaNyalah yang selayaknya kita berharap.

Kabinet bayangan hanyalah usaha dan perancangan kabur kita..malah Allah yang Maha Mengetahui akan baik buruk sesuatu perancangan itu. Bertawakkallah pada Allah agar dikabulkan segala perancangan yang baik itu.

Dalam Islam..Berpakaian ialah satu adat bg manusia sbg menyahut seruan menutup aurat. Tumbesaran badan manusia yang kian meningkat diperingkat remaja ini memerlukan kpd pakaian yang baru untuk dipakai bagi meneruskan adat manusia. Tidak kira pakaian yang baru dibeli atau pakaian dari abang atau kakak atau pakai yang diberi atau memperluaskan pakaian yang sedia ada.

Demikian juga perihal peralihan tompok pimpinan...ia bukan bermakna mengosongkan taklifan dibahu ini,,,malah ia bermaksud pertambahan tanggungjawab. Pemimpin kini bakal menyarung tanggungjawab yang lebih besar setelah setahun berada di "Bengkel Kepimpinan Kampus" ini.

Oleh itu,,,.....

JANGAN JEMU UNTUK HIDUP DALAM KEDAMAIAN. Buka dan Luaskan Jalan KEBAIKAN, Sempitkan dan Tutup Jalan KEJAHATAN. Itulah tanggungjawab manusia di alam dunia yang penuh ujian.


 

PEDOMAN IMAM SYAFIE

Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf. 


Beliau dilahirkan di Ghuzah iaitu nama sebuah kampung di Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Mekah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu kerana urusan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Mekah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadis-hadis Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadis serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Mekah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Iraq, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membahagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Imam Syafie merupakan salah seorang tokoh ahli fiqah yang sangat terkenal dalam agama Islam selain daripada Imam Ahmad Hambal, Imam Malik dan Imam Abu Hanifah. Ilmu fiqah yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqah dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqah, ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqah, ahli akal dan hadis.


Ilmu fiqah Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Ini kerana ilmu fiqah yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.

Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqah.
Imam Syafie telah memberikan pedoman yang boleh kita kongsi dan hayati bersama agar amalan dan kehidupan kita menjadi lebih berkualiti.

Empat perkara untuk sihat
Makan daging
Memakai haruman
Kerap mandi
Berpakaian yang diperbuat daripada kapas

Empat perkara melemahkan badan
Terlalu banyak mengadakan hubungan kelamin
Selalu cemas
Banyak minum air ketika makan
Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
Duduk menghadap qiblat
Bercelak sebelum tidur
Memandang yang hijau
Berpakaian bersih

Empat perkara yang merosakkan mata
Memandang najis
Melihat orang dibunuh
Melihat kemaluan
Membelakangi qiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
Tidak banyak berbual kosong
Rajin bersugi
Bercakap dengan orang salih
Bergaul dengan ulama’

 

Saturday, November 1, 2008

" Mengenali Alam Jin"



1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru),dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jinlah tuu
(sambil berseloroh).Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin jugak), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalanraya) ,perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab saya pernah jumpa orang yang di rasuk, membaca sama ayat kursi....

11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.

12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarangnya

13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.

14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.

15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana juga kita pergi.

16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun susah.

17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid (tahu ikut peraturan).

Bidadari untuk Umar r.a.

Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani sholat dan thowaf dika'bah secara terang-terangan. Umar r.a. adalah seorang yang waro', ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqoroh selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah SAW, "wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqoroh, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya". Rasulullah SAW menjawab, "sudah..."!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Karena kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur'an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur'an lainnya.

Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mi'raj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan surga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimi'rajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman surga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, "wahai Jibril AS bidadari siapakah itu"?. Malaikat Jibril AS menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.". Pernah suatu hari ia membayangkan tentang surga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bagian atas matanya berwarna merah, dan bagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Karena sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

Asma’ul Husna


Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w berrsabda; "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yg menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-'Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-'Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi' - Maha Tinggi
25. Al-Mu'iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami' - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-'Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-'Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-'Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi' - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba'ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melindingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu'id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta'ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-'Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami' - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani' - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi' - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi' - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

Saturday, October 11, 2008

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA



Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, pabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; antas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di Tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah

sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.

Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.

Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".


Thursday, September 25, 2008

DOA-DOA AMALAN

DOA MEMOHON AMPUN UNTUK IBU BAPA

"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka."


DOA MEMOHON KELAPANGAN HATI

"Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS. Thâha: 27)

DOA KETIKA HILANG BARANG


DOA MEMOHON KESEMBUHAN

"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". (QS. 21:83)


DOA BERLINDUNG DARI MIMPI BURUK
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi yang buruk "(HR. Ibn as-Sani)

Friday, September 19, 2008

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir..

wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
sekujur jasad yang bakal berlalu pergi

tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
kematian...adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...
sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...
bersatu memperhamba diri
mengadap Rabbul Jalil...
menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga
tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
oleh itu duhai Ilahi...
kasihanilah daku hamba-MU ini

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi...
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu berusaha...bersedia...
meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita"


KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Mengikut kajian, Syaitan (nafsu) hanya akan tunduk dengan ujian kelaparan. Setelah diuji dengan kepanasan dan kesejukan ternyata syaitan berjaya bertahan.


Thursday, September 11, 2008

KEPILUAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan,di Permulaannya adalah Rahmat (Kasih sayang daripada Allah), Pertengahannya adalah Maghfirah ( penghapusan dosa), Penghujungnya 'itqun Minan Nar (pelepasan/ perlindungan daripada api neraka). Dengan keAgungan, keBijaksanaan dan ke Esaan Allah, bulan yang mulia ini telah dibahagikan kepada 3 fasa. Padanya tertanam beribu hikmah yang tidak mampu digali oleh manusia yang sering "terlena" di bulan Ramadahan. "Man Jadda Wajada" : "Siapa yang usaha, dialah yang akan dapat". Satu suntikan semangat dan juga boleh jadi sindiran buat ciptaan Allah yang bergelar Manusia. Namun tegas Allah S.W.T dalam kitab suciNya [Surah An Najm :39-41]

((39. dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya, 40. dan bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), 41. Kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna )).
Jelas di situ bahawa penilaian Allah S.W.T terhadap amalan hambaNya adalah berdasarkan usahanya bukan hasilnya semata-mata.

Kini Fasa Pertama ( RAHMAT ) telah pun meninggalkan umat Islam buat sekian kalinya. Bagi umat Islam yang begitu menghargai kehadiran Ramadhan dalam usianya itu, maka saat-saat sebegini amatlah bernilai. Kedatangan Ramadhan bersama buah tangan yang begitu banyak dan berharga ini amatlah dihargai dan mereka akan menggunakan kesempatan yang masih ada lagi itu sebaik mungkin agar tidak menyesal kemudian hari terutama kedatangan Ramadhan akan datang belum tentu dapat berjumpa lagi. Bagi mereka yang kurang berminat atau tidak merasai betapa berharganya Ramadhan maka mereka hanya akan melalui saat-saat perpisahan nanti tanpa merasai sebarang kehilangan sebaliknya lebih banyak memikirkan tentang persiapan hari raya yang bakal menjelang selepas berlalunya Ramadhan.

Oleh itu tepuklah dada dan tanyalah diri kita tentang di manakah kedudukan kita dalam melayan kedatangan Ramadhan ini. Allah yang menganugerahkan Ramadhan tidak pernah menanggung kerugian jika umat Islam gagal melayan dengan baik Ramadhan yang dikirimkan itu. Ramadhan sendiri tidak ditimpa kekurangan jika umat Islam tidak mengendahkan kedatangannya. Sebaliknya umat Islam yang terpaksa menanggung kerugian yang begitu besar akibat gagal merebut peluang dan tawaran keemasan yang dianugerahkan oleh Allah itu. Jangan biarkan diri kita termasuk golongan yang mensia-siakan kedatangan Ramadhan sebaliknya jadikanlah diri kita sebagai umat yang tidak pernah rasa penat dan jemu dalam melayan Ramadhan dari awal hingga ia berlalu pergi. Jadikanlah Ramadhan seumpama tetamu istimewa yang dilayan dengan begitu baik dari permulaan dia datang sehinggalah dia meninggalkan tempat kita serta dia merasa begitu puashati dengan layanan yang diberi.

Manusia sering berasa runsing dan bimbang jika tidak mempunyai bekalan yang mencukupi berbentuk kewangan atau barangan terutama dalam menempuh perjalanan yang agak jauh. Sebaliknya umat manusia sering lupa malah tidak merasai sebarang kebimbangan jika dia tidak mempunyai bekalan yang mencukupi untuk pergi ke alam yang lebih jauh iaitu negeri akhirat bagi bertemu Allah Tuhan Penciptanya.

Manusia merasa lega dan sentiasa merebut peluang yang ada apabila ada pihak yang menawarkan sebarang bentuk bantuan atau tunjuk ajar bagi melengkapkan bekalan untuk sesuatu perjalanan. Sedangkan manusia sering mengenepikan anugerah berharga daripada Allah yang mendatangkan Ramadhan yang bermatlamat melahirkan umat bertaqwa di mana kita semua tahu bahawa sebaik-baik bekalan untuk bertemu Allah di akhirat nanti ialah taqwa.

Jika manusia yang melepaskan sebarang bentuk bantuan dan tunjuk ajar untuk kemudahan dan kesenangannya sering digelar sebagai manusia yang tidak matang dalam berfikir dan kurang bijak dalam bertindak maka manusia yang tidak mahu menggunakan peluang yang dianugerahkan oleh Allah untuk kebaikannya sendiri adalah manusia yang tidak berakal dan berada dalam kerugian yang nyata.

Ramai umat manusia yang hanya nampak keuntungan yang dekat menyebabkan mereka hidup dalam kesesatan yang ditempah oleh mereka sendiri. Tidak ramai manusia yang lembut hatinya sehingga lebih mementingkan kehidupan yang abadi di akhirat tanpa disesatkan oleh godaan dunia di mana mereka lebih suka pada keuntungan yang jauh dan berkekalan iaitu nikmat akhirat daripada hanyut dengan nikmat yang cepat tetapi berbentuk sementara dan bakal ditinggalkan apabila nyawa bercerai daripada jasad. Tanyalah diri kita yang sedang melalui hari-hari terakhir daripada tarbiah Ramadhan samada ia mampu mengubah kita untuk lahir sebagai umat bertaqwa atau terus berada diparas iman yang lama.

Tanda kasih dan hormat kita pada seseorang bukan hanya terletak pada percakapan sebaliknya mesti disertakan dengan tindakan melalui layanan dan juga rasa tanggungjawab kita di dalam menunaikan haknya. Begitulah juga dengan rasa sayang dan hormatnya kita pada Ramadhan tidak cukup sekadar sebutan di mulut sedangkan kita tidak menunaikan hak kita terhadap Ramadhan dalam menghidupkannya dengan amal ibadat serta menggunakan merebut kelebihannya dari awal hingga akhir.

Apakah perasaan seseorang yang bertandang ke rumah kita dengan membawa buah tangan yang banyak sedangkan kita hanya melayannya secara acuh tidak acuh atau hanya melayannya dengan penuh mesra pada awal kedatangannya sahaja sedangkan kita membiarkannya pergi tanpa sebarang layanan yang sepatutnya. Begitulah juga dengan layanan terhadap Ramadhan samada disambut secara sambil lewa atau hanya meriah pada awal kedatangannya sahaja sedangkan setelah masuk hari-hari terakhir maka ia dibiarkan berlalu pergi tanpa sebarang usaha untuk meraikannya sebagaimana hari datangnya.

Antara hikmat di mana Allah meletakkan Lailatul Qadar yang kelebihannya melebihi seribu bulan yang lain ialah bagi memastikan umat Islam terus menghidupkan Ramadhan dari awal hingga akhir malah malam-malam terakhir lebih dihidupkan lagi. Apa yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam ialah sebaliknya di mana malam-malam terakhir kurang dihiraukan kerana masing-masing sibuk dengan persiapan hari raya. Bijakkah kita jika mensia-siakan kelebihan Lailatul Qadar kerana agak sibuk menyiapkan persiapan hari raya yang kelebihannya tidaklah sebesar Lailatul Qadar.

Jangan jadikan diri kita seperti manusia yang sanggup menjual akhirat dengan dunia, melebihkan nafsu daripada wahyu, membesarkan dosa daripada pahala. Gunakanlah saat-saat penting yang penuh dengan kelebihan ini untuk mendekatkan diri kita dengan Allah sehingga kita menjadi manusia yang bertaqwa yang diredhai oleh Allah di dunia dan akhirat.



Saturday, September 6, 2008

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU...???

Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depanNya.

Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siap aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
Tanpa di isi dengan amalan hari esok.

jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.

Azan dilaungkan ketika kita di lahirkan,
Solat di sempurnakan ketika kita ‘pergi’.
Antara AZAN & SOLAT, alangkah singkatnya...
RENUNGKANLAH...

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU???