Tuesday, February 23, 2010

Rahsia Wahyu Pertama

لا إله إلا الله، محمد الرسول الله

"Tida Tuhan yang disembah melainkn Allah, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah".

Kelahiran Muhammad S.A.W sebagai utusan terakhir mengakhiri segala syariat2 nabi2 dan rasul2 terdahulu. Juga merupakan penghulu segala nabi2 dan rasul2 sebelumnya. Kedatangannya membawa berita gembira daripada syurga dah peringatan daripada neraka Allah Taala. Pendokong panji syariat Islam di muka bumi ini.

Di anugerahkan Al-Quran sebagai satu daripada pelbagai mukjizat kerasulannya. Untuk menutup mulut dan mata musuh Islam. 63 tahun baginda hidup dan berbakti untuk Allah dan agamanya Islam di muka bumi ini. Tiada sedetik pun dari hayat baginda melayang begitu sahaja tanpa mengingati dan menyeru sekalian makhluk kepada Allah.

Kehidupan sebelum kerasulan nya menjadi hujjah kepada kehidupan ketika dan selepas kerasulannya. Telah terpateri pada diri baginda segala sifat2 mahmudah, siddik amanah, tabligh, dan fatonah. Telah diakuinya oleh golongan2 ilmuan bukan islam, apatah lagi orang2 Islam dan ilmuan2 islam kini.

Dakwah baginda yang mula beroperasi secara rasminya d Makkah dan Madinah yang mengambil masa selama 23 tahun. Pelbagai strategi, cubaan, ujian , dan tohmahan yang dihadapi oleh baginda s.a.w dalam fatrah tersebut. 12-13 tahun di Makkah dan 9 tahun di Madinah cukup memberi impak yang besar keapada permula perkembangan ISlam di muka bumi ini.

Namun segala2nya bermula dengan pertama kenabian yang diturunkan oleh Allah kepada Pesuruhnya Nabi Muhammad melalui Jibril A.s d gua Hira'. Setelah berbulan2 baginda ber'uzlah di gua tersebut mencari ketenangan dan membuat persediaan demi meneruskan dakwah yang lebih mencabar.

Wahyu pertama kenabian ialah 5 ayat2 suci al-Quran dari permualan surah al-'alaq. Manakala wahyu pertama kerasulan ialah dari permulaan surah al-Muddasthir.

Nabi membawa maksud seorang yang membawa berita dan perkhabaran dari Allah sebagai pedoman kepada hamba2NYA. Manakala Rasul bermaksud seorang utusan yang dilantik oleh Allah untuk menyampaikan berita gembira dan peringatan dari Allah dan melindungi kebaikan dan memerangi kemungkaran di muka bumi ini. Semestinya seluruh Rasul itu adalah Nabi, tetapi tidak semua Nabi itu adalah Rasul.

Perlantikan dan pengiktirafan yang diberikan kepada nabi Muhammad s.a.w sebagai Nabi dan Rasul itu berlaku ketika baginda mencecah umur 40. Namun perlantikan ini bukanlah suatu yang mengejutkan bahkan ia telah didahului dengan petanda2 tertentu seperti batu2 yang memberi salam kepada nabi,awan bergerak menaungi nabi dalam perjalanan musafir nabi dan mimpi2 yang aneh. Hikmahnya adalah perlunya ada persediaan dan persiapan diri sebelum seseorang itu menerima suatu amanah dan tugasan dari Allah.

Isi kandungan amanah dan tugasan tersebut disiratkan oleh Allah dalam wahyu pertama yang diterima oleh baginda s.a.w di gua hira' iaitu dalam surah al-'Alaq. Ayat2 tersebut sarat dengan hikmah dan mesej kepada Nabi Muhammad khususnya dan kepada seluruh umat islam amnya.

Teras kepada seorang da'ie di jalan Allah adalah dengan memahami , menghayati dan menjaga 3 unsur penting yang terkandung dalam wahyu pertama tersebut.

Secara amalinya kalimah الانسان diulang dua kali dalam wahyu pertama itu, kalimah اقرأ juga diulang dua kali dan kalimah قلم disebut secara tunggal. Oleh itu 3 unsur tersebut adalah :

1-الانسان
2- اقرأ
3- قلم

Tiga unsur ini perlu dijaga untuk memastikan keluhuran dakwah yang disampaikan. Pastinya seorang da'ie perlulah bukan sekadar digelar manusia (insan), malah mempunyai sifat kemanusiaan juga. Memahami kehendak dan keperluan seorang insan dalam kehidupan seharian. Perlu menjaga hubungan yang baik di antara manusia supaya kesan perhubungan yang baik ini akan impak yang baik kepada si mad'u di kemudian hari. Hatinya perlu disentuh dan dibelai dengan kelembutan islam agar ia menjadi benteng tatkala manusia dibelai keasyikan nafsu syahwat.

Seterusnya "bacalah" yang menjadi simbol kepada ilmu dan buku(al-Quran). Walaupun nabi seorang yang " 'ummi" (tidak boleh membaca dan menulis), namun nabi membawa ajaran islam dengan penuh ilmu dan hikmahnya. Itu bukanlah alasan dan dalih kepada ummatnya supaya malas membaca dan menulis. Terutamanya membaca dan menulis ilmu2 Al-Quran yang merupakan mukjizat dalam kehidupan nabi.

Seorang da'ie juga perlu memperkayakan bahan bacaannya supaya pengetahuan yang ada bukan hanya pada satu ilmu itu saja. Kerana ia boleh mengundang kepada ketidakseragaman perkembangan ilmu dalam masyarakat islam. Percanggahan dan pertelingkahan lebih mudah berlaku sekiranya pengetahuan masing terhad pada ilmu2 tertentu. Ilmu yang "mudah2" terus menjalar manakal ilmu2 yang "susah" terus terkubur dipinggirkan.

Selain itu, tugas da'ie tidak cukup sekadar membaca, mengkaji dan menyebarkan sahaja, malah ilmu2 tersebut perlu dikembangbiakkan mengikut perkembangan dan peredaran masa. Bukankah Fekah itu adalah ilmu..?? dan bukankah ia perlu mengalir kegenap pelusuk tempat dan masa...??

Salah satu method yang digunakan oleh ulama' islam dulu adalah dengan cara penulisan yang tidak ada tanda "hak cipta terpelihara". Cuba anda bayangkan, jika terdapat di buku2 tulisan ulama'2 islam terdahulu itu cop "hak cipta terpelihara", bagaimanakah ilmu perkembangan ilmu islam pada hari ini..?? Semoga Allah melimpahkan rahmah dan maghfirahNya kepada Ulama' Islam dan pejuang2 islam kita terdahulu.

Menulis bukan semata2 dapat menyebarluaskan ilmu itu, bahkan ia juga sebagai pengikat kepada ilmu yang Allah pinjamkan pada kita ini. Bak nasihat Imam Syafie, " ilmu itu akan lari dari kamu, oleh itu ikatlah ia dengan kamu menulisnya".

TALAK bukan kezaliman terhadap kaum wanita..

Istilah أحوال شخصية atau personal status sinonim dengan pengajian fekah masa kini. Istilah tersebut di asaskan di Italy pada qurun ke 12 dan dibawa masuk oleh France ke dalam Negara islam, Mesir pada qurun ke 20. Kemudian istilah tersebut popular digunakan oleh fuqaha’ di mesir. Orang pertama yang menggunakan istilah tersebut ialah Muhammad Qadari Basya dalam penulisan kitabnya «الأحكام الشرعية في الأحوال الشخصية» .

Kini silibus pengajian dibeberapa universiti islam menggunakan istilah ini dengan membahagikan ia kepada beberapa pecahan seperti ZAWAJ, TALAK, MIROTH & WASOYA dan JINAYAT. Ini menunjukan bahawa kupasan ilmu2 tersebut hanya berdangkutan dengan hak-hak diri individu yang hidup mahupun yang sudah mati.

Perkahwinan merupakan satu ikatan antara dua individu berlainan jantina(lelaki dan perempuan bukan muhrim) , yang dengan ikatan tersebut maka terHALAL lah ape yang diHARAMkan sebelumnya(sebelum ada ikatan tersebut).

Ikatan sebegini hanya ada pada agama Islam yang mana antara tujuannya menjaga kemaslahatan dan kesucian zuriat keturunan penganutnya. Samaada ikatan atau akad ni kah ini dibina atas dorongan pilihan sendiri atau pilihan orang lain (ibu bapa), akad nikah tersebut tetap dikira sah.

Talak pula ialah satu cara untuk melepaskan ikatan perkahwinan atau nikah yang telah disebut sebelum ini. Dengan erti kata lain, si suami meninggalkan isterinya dengan alasan tertentu (yang dibenarkan syara’) dengan menggunakan cara talak satu, dua , atau tiga. Implikasi daripada jatuhnya talak ini adalah “bercerai”. Pasangan suami isteri tersebut terpaksa di asingkan tempat tinggalnya dan suami wajib member nafkah tertentu kepada isteri dalam tempoh pengasingan tersebut.

Talak dari segi istilah bermaksud “Mengangkat keHALALan dalam perhubungan (bersetubuh) daripada suami terhadap isteri dengan lafaz2 yang tertentu yang akan melibatkan keadaan dan harta(suami isteri tersebut).” Keadaan yang dimaksudkan adalah talak ba’in(talak yang tidak boleh dirujuk menggunakan akad nikah yang sama), samaada talak ba’in sughro atau kubro. Manakala harta adalah talak raj’I, iaitu talak yang boleh dirujuk dengan menggunakan akad nikah yang sama.

Lafaz yang khusus atau tertentu digunakan dalam talak tersebut bertujuan membezakan antara bercerai cara Talak dan bercerai cara Fasakh dab bercerai cara Khulu’. Talak adalah hak mutlak si suami manakala fasakh adalah hak qadi untuk menjatuhkan hukuman terhadap suami isteri itu dan khulu’ adalah bercerai atas permintaan isteri terhadap suami.

Ternyata di situ bahawa islam tidak sekali menzalimi kaum wanita, kerana hak untuk membubarkan suatu akad perkahwinan yang sah berada di tangan 3 golongan, bukan hanya pada suami :

1-Hak individu. (suami-dengan cara talak)
2- Qadhi.(Fasakh)
3-Syara’.

Walaupun talak itu adalah hak mutlak suami, namun suami tidak bleh mentalakkan isterinya tanpa ada alasan yang kukuh dan syar’i. Di dalam Undang-undang Kezaliman قانون التعسف , yang digunakan di seluruh negara2 arab yang menetapkan hukuman terhadap suami yang menzalimi isterinya dengan penjara minimum 1 tahun maksimum 3 tahun atau bayaran denda mengikut budi bicara hakim.

Talak bukan suatu yang baru dan direka-reka.

1-Firman Allah : “الطلاق مرتان فإمساك بمعرف أو تسريح بإحسان”
2- Sunnah : Nabi Muhammad s.a.w pernah mentalakkan isterinya Hafsah kemudian baginda merujuk kembali.

Cuma sesetengah ulama’ berselisihan pendapat dalam meletakkan hukum asal bagi TALAK ini. Adakah ia bermula dengan Harus atau bermula dengan Tegahan (harus hanya ketika amat berhajat).??

Hujjah golongan pertama yang mengatakan hokum asal bagi talak adalah Harus adalah : “Dalilnya adalah kerana talak merupakan suatu yang disyariatkan, maka ia juga dianggap harus. Jika tidak harus, kenapa is disyariatkan.??”

Hujjah golongan kedua :
Firman Allah Taala : “ فإن أطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا” dan kisah Zaid yang menceraikan isterinya yang telah dinukilkan dalam surah al-ahzab :36-37.

Untuk menghayati keindahan pensyariatan Talak dalam Islam ini, pemahaman terhadap hukum2 talak itu terlebih dahulu perlu diketahui. Lima hukum teras dalam talak iaitu Wajib, Haram, Sunnah, Makruh, Harus. Kelima2 hukum ini berbeza mengikut situasi2 tertentu.

1-Wajib : Apabila berlakunya pergaduhan, perpecahan, dan pertelingkahan antara pasangan suami isteri tersebut. (وإن خفتم شقاق بينهما فابعثوا حكما من أهله وحكما من أهلها) . Apabila si suami tidak lagi mampu member nafkah batin terhadap isteri.

2-Haram : Haram bagi suami mentalakkan isterinya yang dalam keadaan wiladah, nifas, dll(Talak bid’i). JIka diceraikan jua, akan dikenakan ke atasnya bayaran denda tertentu.

3-Sunnah : Apabila suami menceraikan isterinya yang buruk akhlaknya (tidak solat, tidak puasa, mengkhianti jiran dll)

4- Makruh- Apabila suami mentalakkan isterinya tanpa ada alasan.

5- Harus- Apabila si suami mentalakkan isterinya dengan alasan yang syar’i.

Begitu indah dan teliti Allah Taala mengatur kehidupan hamba2nya. Tiada sistem yang boleh menandingi sistem AllahTaala Yang Maha Adil.

Mengenali Allah, pintu pengampunan seorang hamba..

Al-quran merupakan satu sumber Islam yang paling berautoriti. Kehormatan hukum hakam di dalamnya wajib dijaga. Mengingkarinya dianggap kufur.
Ilmu-ilmu yang terkandung dalam al-Quran boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :
1-Akidah
2-Syariah
3-Kisah2 teladan sejarah para nabi terhadulu.

MENGENAL ALLAH adalah cabang utama dalam ilmu Akidah.Iajuga merupakan anak tangga pertama kepada semua orang islam untuk menjalani kehidupannya sebagai seorang hamba di dunia. Mengenalli dengan erti kata beriman dan yakin pada zat dan sifatnya.... MUMKINAT, MUSTAHILAT, WAJIBAT ...

Akidah dan Iman mempunyai fungsi dan formasi yang sama iaitu mentauhidkan Allah (tidak menyekutukan Allah). Imam Syafie pernah berkata , “Aku beriman dengan apa yang datang dari Allah mengikut kehendakNya.” Demikian jawapan seorang ilmuan islam yang apabila ditanya pada tentang Allah. Beliau menyerahkan segala pengetahuannya pada Allah. Bukan bermaksud beliau jahil tentang Allah, tetapi beliau menjunjung keEsaan Allah taala.

Apa itu Allah? Dimanakah Allah?

Persoalan yang tidak harus dikemukakan dengan sewenang2nya, persoalan yang ditimbulkan daripada seseorang kepada seseorang tanpa ada ilmu dan tanggungjawab amatlah tidak digalakkan seperti golongan awam yang tidak mendapat pendidikan agama yang mendalam. Namun mahasiswa islam wajib mempunyai "ilmu" tentangnya.

1-Allah di atas langit.
2-Allah di segenap tempat.
3-Allah di bawah arasy.
4-Allah bersemayam di atas arasy.
5-"wallahu a'lam"

Demikian antara jawapan2 yang sering berlegar di fikiran kita. Namun, yang manakah jawapan yang paling dekat dengan kebenaranya..?

Jika kita mengatakan Allah itu berada di suatu tempat yang khusus, itu sudah melambangkan bahawa ada sesuatu yang lain yang lebih berkuasa dari Allah yang Maha Berkuasa (na'uzubillah) iaitu tempat tersebut. Kerana seolah2 Allah itu berhajat kepada tempat itu (atas langit). Maha suci Allah yang langsung tidak berhajat kepada sesuatu. Secara logiknya, tempat itu lebih berkuasa daripada sesuatu yang hadir padanya. Contohnya "si Abu sedang duduk di atas kerusi". Situasi itu melambangkan kekuasaan kerusi itu yang mampu menerima kehadiran Abu padanya. Oleh itu, "tempat dan masa itu menafikan sesuatu kekuasaan."/ Kerusi itu lebih berkuasa dari Abu kerana abu berhajat pada kerusi itu.


Sedangkan Allah itu bersifat dengan Al Qadim yang tunggal, yang mustahil ada padanya permulaan dan juga penghujung. Oleh itu, tertolak lah jawapan 1,2 & 3 tadi.

"Allah berada di mana2 sahaja"..itu adalah serpihan daripada pegangan golongan muktazilah yang mendakwa bahawa kewujudan Allah itu di setiap masa dan tempat yang kita hadir. Mereka juga mendakwa dan menggambarkan Allah itu dalam bentuk jisim atau jasad seperti kaum2 terdahulu seperti Yahudi dan juga menyerupai kaum Nasrani yang mendakwa Allah itu bersatu dengan jasad Maryam yang kemudiannya keluarlah Nabi Isa.
Untuk mencari jawapan kepada persoalan ini, sumber2 yang paling berautoriti adalah Quran, Sunnah dan ijma’ ulama’.

Firman Allah “Sesungguhnya Tuhan kamu (Allah) yang telah menciptakan langit dan bumi dalam masa enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas arasy..”-surah Yunus :2.
“Allah itu bersemayam di atas arasy” surah Taha :5.

Ternyata banyak pentafsiran terhadap kenyataan al-quran “kemuan Dia bersemayam di atas arasy”. Ibnu Abbas menyatakan banyak tafsirannya dalam hal ini, akan tetapi terdapat segelintir sahaja yang paling dekat dengan kebenaran yang tidak samar.
Golongan Yahudi mentafsirkan ayat tersebut dengan mengatakan masa enam hari yang digunakan itu, 4 hari untuk menyiapkan bumi dan 2 hari untuk menyiapkan langit, kemudian hari ketujuh itu Allah menciptakan kerusi dan duduk dia atasnya. Hari terakhir itu diiktibarkan oleh golongan yahudi ini sebagai hari rehat untuk Allah setelah penat bekerja (kini dianggap hari Sabtu sebagai public holiday).

Ya…Allah bersemayam di atas arasy, tapi tafsiran yang sebetulnya adalah, على العرش itu membawa maksud setelah selesainya penciptaan langit dan bumi, seterusnya Allah berkuasa ke keatas ciptaannya tersebut. Lebih tepat jika kita mentafsirkan ia sebagai satu kuasa yang mengatasi seluruh kuasa-kuasa yang selainnya.
Kata Imam Malik tentang isu استوى على العرش ini, “istiwa’(bersemayam)adalah suatu yang diketahui (ma’lum) , akan tetapi kaedah2nya(kaifiat) pula tidak boleh digapai oleh akal”. Cukup sekadar kita percaya kewujudan zat dan sifat Allah Taala dan tidak perlu menyamakan Dia dengansesuatu yang lain. Kerana firman Allah “ليس كمثله شيء وهو السميع البصير” . Ya…Allah mempunyai sifat mendengar, tetapi pendengaran Allah lebih hebat dari pendengaran ciptaanNya, Dia melihat, tetapi penglihatanNya tiada tandingannya.

Cukup jelas diterangkan dalam surah Al-Ikhlas berkenaan keEsaan Allah Taala. Apabila disebut satu dari 99 sifat Allah “الصمد”, terungkai 3 maksud tersirat dariNya :

1-Allah Maha Kaya dengan diriNya sendiri (tidak berhajat pada sesiapa).
2-Dia menjadi tempat pergantungan dari hamba2 ciptaanNya.
3-Dia sahaja yang mampu merialisasikan kehendak2 dan memenuhi keperluan2 hambaNya.