Tuesday, February 23, 2010

TALAK bukan kezaliman terhadap kaum wanita..

Istilah أحوال شخصية atau personal status sinonim dengan pengajian fekah masa kini. Istilah tersebut di asaskan di Italy pada qurun ke 12 dan dibawa masuk oleh France ke dalam Negara islam, Mesir pada qurun ke 20. Kemudian istilah tersebut popular digunakan oleh fuqaha’ di mesir. Orang pertama yang menggunakan istilah tersebut ialah Muhammad Qadari Basya dalam penulisan kitabnya «الأحكام الشرعية في الأحوال الشخصية» .

Kini silibus pengajian dibeberapa universiti islam menggunakan istilah ini dengan membahagikan ia kepada beberapa pecahan seperti ZAWAJ, TALAK, MIROTH & WASOYA dan JINAYAT. Ini menunjukan bahawa kupasan ilmu2 tersebut hanya berdangkutan dengan hak-hak diri individu yang hidup mahupun yang sudah mati.

Perkahwinan merupakan satu ikatan antara dua individu berlainan jantina(lelaki dan perempuan bukan muhrim) , yang dengan ikatan tersebut maka terHALAL lah ape yang diHARAMkan sebelumnya(sebelum ada ikatan tersebut).

Ikatan sebegini hanya ada pada agama Islam yang mana antara tujuannya menjaga kemaslahatan dan kesucian zuriat keturunan penganutnya. Samaada ikatan atau akad ni kah ini dibina atas dorongan pilihan sendiri atau pilihan orang lain (ibu bapa), akad nikah tersebut tetap dikira sah.

Talak pula ialah satu cara untuk melepaskan ikatan perkahwinan atau nikah yang telah disebut sebelum ini. Dengan erti kata lain, si suami meninggalkan isterinya dengan alasan tertentu (yang dibenarkan syara’) dengan menggunakan cara talak satu, dua , atau tiga. Implikasi daripada jatuhnya talak ini adalah “bercerai”. Pasangan suami isteri tersebut terpaksa di asingkan tempat tinggalnya dan suami wajib member nafkah tertentu kepada isteri dalam tempoh pengasingan tersebut.

Talak dari segi istilah bermaksud “Mengangkat keHALALan dalam perhubungan (bersetubuh) daripada suami terhadap isteri dengan lafaz2 yang tertentu yang akan melibatkan keadaan dan harta(suami isteri tersebut).” Keadaan yang dimaksudkan adalah talak ba’in(talak yang tidak boleh dirujuk menggunakan akad nikah yang sama), samaada talak ba’in sughro atau kubro. Manakala harta adalah talak raj’I, iaitu talak yang boleh dirujuk dengan menggunakan akad nikah yang sama.

Lafaz yang khusus atau tertentu digunakan dalam talak tersebut bertujuan membezakan antara bercerai cara Talak dan bercerai cara Fasakh dab bercerai cara Khulu’. Talak adalah hak mutlak si suami manakala fasakh adalah hak qadi untuk menjatuhkan hukuman terhadap suami isteri itu dan khulu’ adalah bercerai atas permintaan isteri terhadap suami.

Ternyata di situ bahawa islam tidak sekali menzalimi kaum wanita, kerana hak untuk membubarkan suatu akad perkahwinan yang sah berada di tangan 3 golongan, bukan hanya pada suami :

1-Hak individu. (suami-dengan cara talak)
2- Qadhi.(Fasakh)
3-Syara’.

Walaupun talak itu adalah hak mutlak suami, namun suami tidak bleh mentalakkan isterinya tanpa ada alasan yang kukuh dan syar’i. Di dalam Undang-undang Kezaliman قانون التعسف , yang digunakan di seluruh negara2 arab yang menetapkan hukuman terhadap suami yang menzalimi isterinya dengan penjara minimum 1 tahun maksimum 3 tahun atau bayaran denda mengikut budi bicara hakim.

Talak bukan suatu yang baru dan direka-reka.

1-Firman Allah : “الطلاق مرتان فإمساك بمعرف أو تسريح بإحسان”
2- Sunnah : Nabi Muhammad s.a.w pernah mentalakkan isterinya Hafsah kemudian baginda merujuk kembali.

Cuma sesetengah ulama’ berselisihan pendapat dalam meletakkan hukum asal bagi TALAK ini. Adakah ia bermula dengan Harus atau bermula dengan Tegahan (harus hanya ketika amat berhajat).??

Hujjah golongan pertama yang mengatakan hokum asal bagi talak adalah Harus adalah : “Dalilnya adalah kerana talak merupakan suatu yang disyariatkan, maka ia juga dianggap harus. Jika tidak harus, kenapa is disyariatkan.??”

Hujjah golongan kedua :
Firman Allah Taala : “ فإن أطعنكم فلا تبغوا عليهن سبيلا” dan kisah Zaid yang menceraikan isterinya yang telah dinukilkan dalam surah al-ahzab :36-37.

Untuk menghayati keindahan pensyariatan Talak dalam Islam ini, pemahaman terhadap hukum2 talak itu terlebih dahulu perlu diketahui. Lima hukum teras dalam talak iaitu Wajib, Haram, Sunnah, Makruh, Harus. Kelima2 hukum ini berbeza mengikut situasi2 tertentu.

1-Wajib : Apabila berlakunya pergaduhan, perpecahan, dan pertelingkahan antara pasangan suami isteri tersebut. (وإن خفتم شقاق بينهما فابعثوا حكما من أهله وحكما من أهلها) . Apabila si suami tidak lagi mampu member nafkah batin terhadap isteri.

2-Haram : Haram bagi suami mentalakkan isterinya yang dalam keadaan wiladah, nifas, dll(Talak bid’i). JIka diceraikan jua, akan dikenakan ke atasnya bayaran denda tertentu.

3-Sunnah : Apabila suami menceraikan isterinya yang buruk akhlaknya (tidak solat, tidak puasa, mengkhianti jiran dll)

4- Makruh- Apabila suami mentalakkan isterinya tanpa ada alasan.

5- Harus- Apabila si suami mentalakkan isterinya dengan alasan yang syar’i.

Begitu indah dan teliti Allah Taala mengatur kehidupan hamba2nya. Tiada sistem yang boleh menandingi sistem AllahTaala Yang Maha Adil.

No comments: