Thursday, April 1, 2010

Apa tujuan kamu hidup??

Apakah tujuan kamu hidup ??

Memang nampak ringkas dan mudah, tapi amat sukar untuk dijawab. Soalan ini menjadi soalan killer pada mereka yang tidak mengerti makna kehidupan, dan menjadi soalan score pada mereka yang mengerti makna kehidupan.

Hidup tanpa tujuan ibarat dunia tanpa kutub, bumi tanpa gravity, rumah tanpa lampu, kat-kata tanpa huruf, ucapan tanpa suara, pandangan tanpa mata, pendengaran tanpa telinga, kepala tanpa otak, dan dada tanpa jantung.


Walau apa pun tujuan kehidupan, ketahuilah…ia memberi makna yang bererti dalam menghabiskan waktu2 kehidupan ini sehingga menjadi lebih bererti.


Persoalan tersebut mengundang jawapan yang berbeza bergantung pada individu tersebut menjiwai erti kehidupannya sendiri. Namun, penetapan tujuan hidup adalah bahagian paling penting dalam kehidupan dan usaha untuk mencapainya adalah seni dalam kehidupan.


Bilakah tujuan kehidupan saya akan tercapai??


Jawapannya, ketika saya mula berusaha untuk mencapai tujuan kehidupan saya itu, pada saat itulah tujuan sudah berjaya dicapai. Kerana kejayaan itu merupakan suatu perjalanan dan bukannya sekadar terhenti di satu kedudukan selepas mencapai cita-cita.


Tujuan kehidupan wujud di segenap lorong2 waktu, namun waktu tidak mempengaruhi tujuan itu. Waktu akan terus berlalu walaupun manusia tidak mempunyai tujuan hidupnya. Mereka yang mempunyai matlamat dan tujuan hidupnya akan menghargai waktu yang berlegar disekelilingnya.


Setiap manusia dibekalkan dengan waktu (24jam) yang sama, tetapi mereka memiliki kemampuan dan kecekapan yang berbeza antara satu sama lain.


Firman Allah Taala yang bermaksud : “Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka tolong-menolong dengan kebenaran dan dan juga tolong-menolong dengan kesabaran”


Kenapa dikaitkan rugi dengan masa ??


Kerana setiap sesuatu itu mempunyai kaitan dengan masa. Kerja, tidur, belajar, peperikasaan, lahir, mati dan segalanya. Oleh itu, berjayalah bagi siapa yang pandai menguruskan masanya, dan rugilah bagi yang sebaliknya. Antara cara pengurusan masa yang baik adalah dengan mempunyai tujuan dalam kehidupan.


Setiap perbuatan dan percakapan yang kita lakukan semestinya mempunyai tujuan, samada untuk jangka masa pendek atau panjang. Kerana melakukan perkara sia-sia itu amatlah dilarang oleh islam. Nabi S.A.W pernah bersabda –“ Meninggalkan segala yang tidak member manfaat itu adalah sebahagian daripada kebaikan Islam.”


Oleh itu, kualiti amalan yang paling tertinggi dalam islam adalah dengan seseorang itu melakukan amalan dengan rasa “ikhlas”, iaitu melakukan sesuatu hanya kerana Allah dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Namun, ikhlas ini tidak akan hadir begitu saja dalam hati manusia melainkan dengan dimulakan dengan tujuan dan usaha mencapainya.


Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu , melainkan mereka (berusaha) mengubahnya sendiri..”


Rohani dan jasmani yang kita miliki pada hari ini adalah nafas kepada “tujuan”. Sekiranya sehingga kini kita masih boleh menikmati nafas kehidupan bererti kita masih lagi berkesempatan untuk menetap dan mencapai tujuan kihidupan kita dengan optimum.


Hidup di dunia ini adalah kehidupan yang sementara sahaja. Apa yang kita lakukan itu bakal menjadi kenangan bagi orang lain. Kejayaan dalam kehidupan bukan hanya diukur dengan melihat tahap atau prestasi pencapaian, tetapi diukur terhadap kejadian yang kita alami dalam kehidupan.


“Ketika kamu kahir, kamu menangis dan seluruh dunia berbahagia. Jalanilah kehidupan kamu dengan penuh makna, supaya apabila kamu meninggalkan dunia, dunia akan menangis dan kamu akan berbahagia.”


Membuat kehidupan ini lebih bermakna, bererti kita memulakannya dengan menetapkan tujuan hidup yang jelas dan terarah. Antara tujuan kehidupan yang dicadangkan dalam Al-Quran adalah:


والذين يقولون ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماماً


Dan orang-orang yang berkata : “ wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami pasangan hidup dan zuriat kami yang menyejukkan mata (soleh / solehah) dan jadikanlah kami sebagai ketua kepada orang-orang yang bertaqwa”


Tujuan kehidupan yang dicadangkan ini berbentuk doa yang dirakamkan dalam Al-Quran. Kerana doa adalah pengharapan dan permintaan hamba terhadap Penciptanya. Berdoa juga merupakan cara kedua bagi seorang hamba untuk mencapai matlamat atau tujuannya selepas ia berusaha. Sekali gus doa menjadi peransang dan pemotivasi untuk berusaha dan terus berusaha.


Tujuan yang dicadangkan adalah menjadi ketua kepada orang2 bertaqwa. Tampak cita2 dan harapan itu amat tinggi untuk dicapai, namun ia tidak mustahil untuk dicapai dengan izin Allah Taala. Kerana kita tidak dapat memastikan apa yang akan terjadi di masa akan datang, tetapi kita mampu memilih dan menentukan tujuan hidup kita ketika ini.


Bermula daripada tujuan hidup, segala aspek kehidupan selepas itu akan dapat dirancang dengan dinamik dan bermakna.Orang yang memiliki tujuan hidup memiliki perspektif yang lurus dan benar ketika dia cuba untuk menjalaninya.


Apa dalilnya..??

Apa dalilnya..??

Satu lagi persoalan yang biasa disambut oleh telinga2 ilmuan feqh yang petah bercakap tentang hukum-hakam islam. Tahniah pada yang bertanya....!! Secara tidak langsung ia memberi gambaran bahawa masih ada golongan islam yang menitik beratkan tentang urusan hukum2 agama.

Di era arus perubahan zaman yang begitu mendadak ini, ilmu fekah sedikit tenggelam dihimpit bangunan2 yang tinggi mencakar langit dan kemudahan2 yang melupakan diri pada Pencipta.

Topic ini saya tujukan khas buat ilmuan agama di mana sahaja anda berada. Semoga perkongsian ini juga memberi manfaat kepada selluruh pembaca secara amnya.

Percayalah wahai golongan ilmuan islam kini, anda akan berdepan dengan masyarakat yang pelbagai latar belakangnya, pelbagai lapisan ilmunya, pelbagai corak pemikirannya.... dan jangan sesekali kalian gentar apabila berdepan dengan mereka. Kerana ilmu didada kalian itu semuanya adalah milik Allah Taala. Perpeganglah dan yakinlah pada Allah, pemilik segala ilmu.

Usah kentar, usah tergugat pabila kalian dilontarkan dengan soalan tersebut...

" APA DALILNYA..??"

Tidak kiralah soalan itu dari bibir2 orang kampung mahupun dari bibir2 ilmuan agama juga. Yang penting ia didasari oleh tujuan dan matlamat pertanyaan yang berbeza.

Ada yang bertanya untuk tahu, ada yang tanya untuk memberi tahu, ada yang tanya untuk menguji, dan ada yang bertanya untuk menutup pertanyaan.

Tidak semua soalan perlu dijawab dengan jawapan, kadang2 ia perlu dibalas dengan pertanyaan, kadang2 ia perlu dibalas dengan diam sahaja. "Soalan melambangkan tuannya".

Firman Allah yang bermaksud : " Wahai orang2 yang beriman, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu pertanyaan yang apabila kamu bertanya dengannya, ia akan memberi kemudhratan kepadamu..."

Sesungguhnya Al-Quran dan As-Sunnah itu adalah sandaran utama dalam kehidupan umat islam. Ia juga merupakan dalil dan tiang yang paling kukuh untuk disandarkan segala hukum2 dan permasalahan padanya.

Namun pada dzat nas Quran dan Hadis itu sendiri mempunyai kategori2 dan klasifikasinya yang perlu difahami oleh ilmuan fekah. Padanya adalah Qot'iyyu thubut / Zonniyyu thubut dan Qot'iyyu dilalah / Zonniyyu dilalah.

Klasifikasi sebegini semestinya mempunyai hikmahnya tersendiri. Antaranya ia membantu kepada percambahan ilmu fekah yang mengikut peredaran masa dan tempat.

Golongan yang hanya ta'assub dengan mendesak dan meminta supaya dikemukakan dalil (nas Quran dan Hadis semata-mata) pada setiap hukum2 dalam permasalahan yang timbul masa kini kadang2 mengundang persepsi yang kurang elok.

Seolah-olah mutiara2 dalam kitab2 fekah yang dikarang oleh ulama' islam terdahulu itu tidak lagi relavan pada masa kini.

Sedangkan Ulama' itu adalah pewaris Anbia'. Semestinya ulama' islam terdahulu menyandarkan pandangannya kepada al-quran dan hadis2.

Secara tidak langsung "tabiat" ini menunjukkan kepada kita pada hari ini, bahawa tahap penguasaan dan interaksi umat islam dengan kitab2 fekah kini masih lagi lemah, apatah lagi menguasai Nas Quran dan Sunnah.

Ciri-ciri kitab-kitab fekah yang perlu kalian ketahui sebelum ia dipertikaikan oleh mana-mana pihak :

1) Kitab Fekah adalah hasil perahan "otak-otak" ulama'.

Pewaris-pewaris nabi ini telah mempermudahkan umat akhir zaman ini dengan penulisan-penulisannya yang tidak ternilai itu. Mereka memerah buah fikiran mereka dan disalurkan ke dalam bentuk penulisannya. Mereka membaca, mengkaji Al-Quran dan Hadis dan seterusnya melaksanakan hukum-hukum Allah mengikut keperluan dan kesesuaian semasa umat islam. Kini kita ibarat meminum jus buah-buahan yang dah dikisar halus, semoga ia mudah untuk diamati dan diamalkan.


2) Kitab-kitab fekah ini tertuju kepada golongan tertentu (fuqaha') khususnya, dan tidak kepada golongan masyarakat awam.

Tidak dinafikan terdapat segelintir kitab-kitab fekah ini mempunyai gaya ulasan dan penyampaiaan yang tinggi (untuk difahami). Oleh itu, ia mungkin sesuai secara langsung dengan tahap pemikiran masyarakat awam dan mungkin sebaliknya. Maka di situlah perperanannya golongan ilmuan yang takhassus dalam bidangnya untuk menyampaikan ilmu tersebut. Firman Allah yang bermaksud : "Tanyalah kamu kepada golongan yang sepatutnya (ahlaz zikr) sekiranya kamu tidak mengetahui.."

3) Kitab-kitab Fekah merupakan bunga kepada pokok-pokok Al-Quran dan Sunnah.

Imam-imam dan ulama' terdahulu dihormati dan disegani kerana keperibadian mereka yang menepati kehendak Al-Quran dan Hadis. Segala permasalah yang timbul diselesaikan dengan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah. Dan selebihnya mereka melihat kepada permasalahan dan pendekatan yang pernah digunakan oleh para sahabat dan tabi'in dalam menyelesaikan masalah umat. Oleh itu, ulama' dan fuqaha' mengolah dan mengeluarkan hukum hakam yang terkandung dalam al-quran dan hadis ke dalam bentuk yang mudah untuk difahami seterusnya diamalkan.

4) Kitab-kitab Fekah mempunyai DALIL (nas quran dan sunnah).


Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa kitab-kitab fekah yang dikarang oleh fuqaha' ini tidak mempunyai dalil-dalil, hanya menonjolkan idea dan pendapat para penulisnya. Dakwaan ini adalah dakwaan yang tidak teliti. Secara tidak langsung dakwaan itu tertolak dengan beberapa ciri-ciri yang telah disebutkan sebelum ini. Dalam penulisan kitab-kitab fekah terdapat bentuk2 penulisan yang berbeza. Ada yang disebut dalil2 dalamnya dan ada yang tidak disebut dalil dalamnya.

Yang disebut nas-nas padanya adalah kebanyakan kitab2 fekah yang sesuai dibaca oleh golongan awam. Manakala yang tidak disebutkan nas-nas itu adalah kitab2 fekah tertentu iaitu golongan ilmuan dalam bidang fekah sahaja. Kitab2 sebegitu bertujuan sebagai ringkasan kepada golongan yang takhassus dalam bidang tersebut sahaja. Oleh itu, ia hanya disebut dalam bentuk2 ungkapan2 bait2 syair dan matan2 sahaja tanpa megemukakan dalil2 nasnya.

Kadang2 orang yang alim dan faqih itu sendiri tidak boleh mengemukakan nas-nas dalil terhadap hukum2 yang dikeluarkan dalam sesuatu permasalah yang timbul, terutamanya masalah hukum2 kontemporari kini, namun mereka hanya menggunakan kaedah2 umum sahaja. Kaedah2 umum ini terhasil dengan himpunan2 ilmu dan pengalaman yang ada pada seseorang dalam berhadapan dengan permasalahan hukum2 ini sehingga ia mampu menyebut hukumnya secara naluri. Semoga naluri itu dipelihara oleh Allah.

Ada juga permasalah yang tidak memerlukan nas2 dalil, namun hanya sekadar bermain dengan ilmu mantiq. Contoh persoalan, adakah batal puasa orang yang buat haji di bulan Ramadhan..?? persoalan sebegini hanya cukup dengan jawapan menggunakan mantiq dan tidak perlu mengemukakan nas2 dalil.

Kesimpulannya, jangan bertanyakan dalil pada suatu permasalahan hukum itu, jika semata2 untuk menguji, kerana orang yang bertanya itu sendiri belum tentu betul2 memahami nas2 dalil yang bakal dikemukakan itu.