Saturday, December 20, 2008

ISLAM dan NIQAB

Demikian adalah dalil-dalil yang kebiasaanya dikaitkan dengan pemakaian orang2 Islam terutamanya kaum hawa. Sebelum kita pergi lebih jauh, terlebih dahullu saya ingin memohon maaf jika artikel saya yang lepas ( MUSLIM & PAKAIANNYA) mungkin telah menimbulkan beberapa persoalan, kesilapan, kekaburan dan sebagainya. Mungkin kebanyakan kenyataan saya dalam penulisan saya sebelum ini terlampau umum, kini saya ingin mengkhususkan kenyataan tersebut. Dan saya juga ingin berterima kasih kepada pembaca2 yang sudi berkongsi maklumat bersama-sama, yang kurang ditambah, yang lebih dikurangkan untuk melengkapkan satu rangkai kata yang indah dan benar.

Bagi saya perbahasan tentang masalah niqab ini bukannya suatu yang ‘panas’ lagi. Kerana ia telah diperbahaskan oleh ulama’2 yang terdahulu dengan hujah2 mereka masing daripada AlQuran dan AsSunnah. Ke’panas’an isu ini hannya akan dirasa oleh individu2 yang jarang sangat menoleh ke belakang mengimbau khilaf-khilaf para ulama’ terdahulu. Tidak ramai antara kita yang berminat bahkan jemu untuk mendalami dan memahami permasalahan2 seperti ini. Tambahan lagi kebanyakan sumber rujukan aslinya dari kitab2 berbahasa arab. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada segala fitnah dunia dan akhirat.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Apa yang ingin saya bawa dalam perbincangan kita pada kali ini ialah definisi-definisi perkataan-perkataan yang perlu kita ketahui yang terdapat dalam ayat-ayat dalil yang disebut di atas beserta khilaf2nya..

Syaikh Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Hijabul Mar’ah Al Muslimah Wa libasuha Fis Solah menyatakan bahawa wanita telah diarahkan secara khusus untuk menutup auratnya, dan supaya tidak memperlihatkan perhiasanya kecuali kepada ahli keluarganya, dan Allah telah memperincikan tentang bahagian-bahagian yang perlu ditutup dalam ayat tersebut. Dua tafsiran yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah iaitu :

1) Daripada Riwayat Ibnu Mas’ud r.a (& pendapat pertama Imam Hambali):

-Mentafsirkan “ Ma Zoharo” dalam ayat tersebut ialah setiap pakaian luaran (zahir). Oleh itu, mengikut pendapat Ibnu Mas’ud tidak boleh memperlihatkan perhiasan kecuali pakaian luaran sahaja.

2) Daripada Riwayat Ibnu Abbas r.a (& pendapat kedua Imam Hambali& Imam Syafie):

-Mentafsirkan “ Ma Zoharo” dalam ayat tersebut ialah muka dan dua tangan. Oleh itu, mengikut pendapat Ibnu Abbas dan Imam Syafie tidak boleh memperlihatkan perhiasannya kecuali muka dan dua tapak tangan.

Muhammad Ali As Shobuni dalam mentahqiqkan Kitab Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir bahawa Jilbab ialah Kain yang berada di atas Khimar.(hlmn 114,Jilid 3)

Dalam Kitab Risalah Al Hijab oleh Syaikh Muhammad bin Soleh, beliau menyebut amalan menutup muka ini sama ada “kelaziman” atau “qias” kerana menutup dada dan tengkuk adalah wajib, maka seelok-eloknya ditutup juga muka kerana ianya adalah lambang kecantikan dan juga punca fitnah. (halaman 7).

Beliau juga mengatakan bahawa dalam kitabnya itu bahawa “dalil wajib menutup wajah itu adalah dalil pindahan daripada hukum asalnya, dan dalil harus membuka wajah pula adalah asal bagi hukum asalnya, dan pindahan/ tambahan itu adalah sesuatu yang terkemudian disisi ulama’ Usul Fiqh. Kerana antara kaedah usul Feqh ialah “Asal bagi sesuatu itu ialah dengan mengekalkan (kembalikan) sesuatu itu pada hukum asalnya.” Apabila wujudnya dalil pindahan daripada asal ini, maka ia menandakan hukumnya itu boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Oleh itu, kita katakan sesungguhnya bersama pindahan itu ada penambahan ilmu (bukan bid'ah).” (halaman 28)

Mereka yang berlebih-lebihan mewajibkan wanita menutup wajahnya itu kurang teliti dalam menafsirkan ayat di atas. Antara Ulama terkemuka mereka iaitu Syaikh Mahmud At Tuwaijiri, beliau mengyatakan bahawa yudnina (Al Ahzab:59) yang bererti “mengulurkan” pada ayat di atas ialah termasuk “menutup wajahnya”. Tafsiran mereka ini bertentangan dengan erti asal kata “yudniina” secara bahasa yang mana ertinya adalah 'mendekatkan'.

Hal ini telah dijelaskan di dalam kitab Al Jilbab Al Mar’ah Muslimah. Muhammad Nashiruddin Al Albani juga telah telah menegaskan di situ bahawa ayat tersebut bukan satu nas yang menetapkan adanya menutup wajah.

Imam Ar Raghib Al Ashfahani berkata di dalam kitabnya Al Mufradat : “daana” ertinya dekat. Biasa dikatakan :

دَانَيْتُ بين الأَمْرَينِ وأَدْنََيْتُ أحدَهُما مِنَ الْلآخَرِ

(Saya mendekatkan dua hal satu sama lain)

Kemudian dia menyebutkan ayat 59 surat Al Ahzab di atas.

Abdullah Ibnu Abbas, seorang yang digelar turjumanul qur'an ( = penerjemah Al Qur'an), juga menafsirkan ayat tersebut seperti itu. Dia berkata, "Maksudnya ialah, dia mendekatkan jilbabnya ke wajahnya, tidak menutupnya.”

Di dalam kitab Al Inshaf Fi Ma'rifah Ar Rajih Min Al Khilaf 'Ala Madzhab Al Imam Al Mubajjal Ahmad Bin Hambal karya Syaikh 'Alauddin Al Mardawai (1/452) pengarangnya menyebutkan: "Menurut madzhab Hanbali, yang benar wajah adalah bukan termasuk aurat."

Kemudian dia mengatakan serupa itu juga berkenaan dengan masalah khuf. Di situ dia menyebutkan pendapat Ibnu Qudamah Al Maqdisi di dalam kitabnya Al Mughni (1/ 637). Ibnu Qudamah mendasari pendapatnya itu dengan larangan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam kepada wanita yang sedang ihram memakai sarung tangan. Dia berkata, "Kalaulah wajah dan kedua telapak tangan merupakan aurat tentu Rasulullah tidak melarang wanita tersebut menutupnya. Kerana memang terbukanya wajah diperlukan untuk jual-beli, dan telapak tangan diperlukan untuk mengambil dan memberi."

Kebanyakan orang-orang yang bersikap berlebih-lebihan itu beranggapan bahawa 'jilbab' yang diperintahkan dalam surah Al Ahzab ayat 59 itu merupakan tafsiran 'hijab' pada ayat, "Bertanyalah kepada mereka dari balik hijab." (QS.Al Ahzab: 53).

Ini jelas anggapan yang huru-hara. Anggapan ini muncul kerana menurut pengetahuannya pada ayat pertama (ayat 59), iaitu ayat tentang jilbab, tidak ada dalil yang menguatkan anggapannya bahawa wajah dan telapak tangan adalah aurat. Berbeza dengan ayat kedua. Ayat kedua ini berbicara tentang wanita yang berada di rumahnya, yang mana waktu itu berjilbab dan berkhimar belum menjadi kebiasaannya, sehingga tidak ada penghalang antara dirinya dengan para penanya atau tetamunya. Oleh kerana itu diperlukan hijab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan perbezaan kedua ayat tersebut. Di dalam kitab Al Fatawa (XV / 448) dia berkata, "Ayat jilbab berkaitan dengan wanita ketika keluar dari tempat tinggalnya, sedangkan ayat hijab berkaitan dengan wanita ketika berbicara (dengan laki-laki yang bukan mahramnya) di tempat tinggalnya."

Menurut Muhammad Nashiruddin Al-Albani : "Kedua-dua ayat di atas tidak menunjukkan wajibnya menutup wajah dan telapak tangan."

Ayat pertama (Al Ahzab 59) : membicarakan jilbab, iaitu baju panjang yang dipakai merangkumi pakaian dalam dan tidak menutup wajahnya, sebagaimana diterangkan pada kitab Al-Jilbab hlm.83.

Definisi jilbab seperti itu juga yang disebutkan di dalam kitab-kitab lughah. Tidak ada satu pun kitab lughah yang mendefinisikan jilbab termasuk menutup muka.

Ada atsar yang sah bahwasannya Ibnu Abbas menafsirkan ayat 59 surat Al Ahzab dengan mengatakan, "Dia mendekatkan jilbabnya ke wajah, tidak menutupnya." Atsar ini diriwayatkan oleh Abu Dawud di dalam kitab Masail-nya hlm. 110. Dan orang yang mentafsirkan ayat tersebut bertentangan dengan tafsiran Ibnu Abbas di atas ada dua kemungkinan saja, iaitu antara ganjil atau lemah. Penjelasan tentang hal ini telah disebutkan di dalam muqaddimah kitab Al jilbab. Adapun ayat kedua, keterangannya seperti yang telah disebutkan di atas.

Definisi khimar yang disebut oleh para ulama lughah yang terdapat pada ayat : ”Dan hendaklah mereka menutupkan khimarnya ke dada mereka".

Di dalam kitab Al-Jilbab karangan Al-Albani menyebut bahawa khimar adalah penutup kepala saja, tidak termasuk wajah. Kenyataan ini didokong oleh pendapat para ulama, seperti Ibnu Al Atsir dan Ibnu Katsir. Tetapi golongan yang tidak sependapat dengan pendapat ini menganggap bahawa wajah termasuk bahagian yang tertutup dengan khimar.

Sebagai contohnya, dalam membahas ayat:

"Wanita-wanita yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang sudah tidak berkeinginan nikah, maka tidak mengapa menanggalkan pakaiannya." (QS. An Nur: 60).

Sa'id bin Jabir berkata, "Tidak mengapa dia menanggalkannya di hadapan laki-laki yang bukan mahramnya atau lainnya kalau dia memakai khimar yang tebal." Padahal, sebagian besar pengikut madzhab Hanbali dan lainnya menerangkan secara jelas bahwa yang dimaksud pakaian pada ayat tersebut adalah jilbab.

Ibnu Al Jauzi di dalam kitabnya Zad Al Masir (VI/36) pernah menyampaikan bahawa Abu Ya'la, seorang hakim bermadzhab Hanbali, pernah mengatakan, "Ayat ini menunjukkan bolehnya orang yang sudah tua membuka wajah dan kedua tangannya di hadapan laki-laki."

Contoh lainnya sebagaimana tersebut di dalam kitab Ahkam Al Qur'an karya Al Jashash (111/334). Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah juga mengisyaratkan kepada makna tersebut dalam kitabnya Tafsir Surah An Nur (hlm. 57). Dari situ nampaklah bahawa para ulama salaf maupun khalaf berpendapat bahwa khimar tidak menutup wajah. Khimar hanya menutup kepala saja, sebagaimana telah disebutkan oleh Al-Albani.

Diantara hadis-hadis lain :

1- “Allah tidak menerima shalat seseorang wanita yang telah haidh kecuali dengan memakai khimar.” Hadis ini shahih; diriwayatkan oleh sejumlah ulama hadis, termasuk di antaranya Ibnu Khuzaimah. Ibnu Hibban meriwayatkan hadis ini di dalam kitab Shahihnya. Hadis ini juga tercantum di kitab Al Irwa' (196).

2- Sabda Rasulullah kepada seorang wanita yang hendak berhaji namun kepayahan. Beliau bersabda: "Hendaklah dia berkendaraan, memakai khimar, kemudian baru berhaji." Dalam riwayat lain disebutkan: ".... Dan menutup rambutnya." Hadis ini juga shahih. Hadis ini tercantum di dalam kitab AlAhadis Ash Shahihah (2930).

3- Rasulullah s.a.w membsuh khimarnya dalam wudhuk dan beliau perintahkan kepada sahabatnya, yang laki-laki maupun perempuan. Al 'Allamah Az Zubaidi di dalam kitab Syarh Al Qamus (111/189) memberi komentar terhadap perkataan Ummu Salamah, 'Sesungguhnya dia membasuh khimarnya,' yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam kitab Al Mushannaf (I/22). Dia berkata, "Yang dia maksudkan dengan khimar adalah imamah (sorban). Kerana laki-laki menutup kepalanya dengan sorban, sebagaimana perempuan menutupnya dengan khimar." Begitu jugalah yang disebutkan di dalam kitab Lisan Al 'Arab.

Di dalam kitab A/ Mu'jam Al Wasith karya Dewan Ulama di bawah pengawasan Majma' Al Lughah Al 'Arabiyah disebutkan: Khimar adalah segala sesuatu yang menutup. Termasuk dalam jenis khimar adalah khimar perempuan, yaitu pakaian yang dipakai kaum wanita untuk menutup kepalanya. Termasuk dalam jenis khimar juga imamah (sorban), iaitu kerana sorban ini dipakai oleh laki-laki untuk menutup kepalanya yang dia lilitkan di lehernya.

Di sini tindakan Syaikh At Tuwaijiri kurang teliti dalam menyimpulkan penjelasan Al Hafizh terhadap perkataan Aisyah (pada hlm.78) berkait dengan sebab turunnya ayat 'khimar'. Dia memotong penjelasan Al Hafizh, mungkin kerana tidak sesuai dengan pendapatnya. Al Hafizh menjelaskan perkataan Aisyah, '.... Lalu mereka berkhimar dengannya' dengan berkata (VIII/490): "Maksud perkataan dia ialah, mereka menutup wajah-wajahnya. Gambarannya seperti berikut : Dia letakkan khimar di kepalanya, iaitu seperti mengenakan ‘qina'."

Al Farra' berkata, "Para wanita pada zaman jahiliyah dulu biasa menjulurkan khimamya. ke belakang punggung sehingga terbuka bahagian depannya. Lalu mereka pun disuruh menutupnya ........ dst." Al Hafizh juga mengatakan bahawa khimar untuk wanita adalah sebagaimana sorban pada laki-laki.

Begitu juga tentang kata At Taqannu' dalam kenyataan Al Hafizh di atas. Di dalam kitab-kitab Lughah (Bahasa Arab), kalau dikatakan: Wanita itu bertaqannu', maksudnya ialah memakai qina', iaitu kain yang biasa dipakai oleh seorang wanita untuk menutup kepalanya. Pengertian seperti ini disebutkan di dalam kitab Al Mu'jam Al Wasith dan kitab lainnya. Saya kira yang dimaksud Al Hafizh juga seperti itu. Kerana dia berkata di dalam kitabnya Al Fath (VII / 235 dan X / 274) bahawa at taqannu' ertinya ialah menutup kepala.

Berkait dengan kata 'wajah mereka' pada perkataan AI Hafizh di atas, ada kemungkinan salah cetak, atau mungkin juga kesalahan dari penulisnya, yang sepatutnya ialah 'dada mereka'. Kemungkinan juga yang dia maksudkan adalah pengertian majaz (bukan erti sebenarnya). Jadi, yang dia maksudkan ialah: apa-apa yang menutup wajah, dalam artian mujawarah (yang dekat dengannya). Kerana perkataan seperti itu ada di halaman lain kitab A/ Fath ketika dia menerangkan hadits yang diriwayatkan oleh Al Barra', bahwasanya pernah ada seorang laki-Iaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam dengan membawa besi.... (Al Hadis). Hadis ini diriwayatkan oleh Al Bukhari dan lainnya. Hadis ini juga tercantum di dalam kitab Ash Shahihah (2932). Al Hafizh berkata (VI/25), "Perkataan dalam hadis tersebut 'muqanna" (mengenakan tutup kepala) adalah kiasan dari perkataan: dia menutup wajahnya dengan alat perang'. Tentu yang dia maksudkan adalah sesuatu yang dekat dengan wajahnya. Kerana kalau tidak begitu, dia tidak akan mampu untuk berjalan; apatah lagi untuk berperang.

Untuk lebih meyakinkan, berikut adalah nama-nama ahli hadis dan ahli tafsir yang berpendapat bahawa khimar adalah tutup kepala.

1. Dari kalangan ahli hadits: Badruddin Al 'Aini (855 H) di dalam kitab 'Umdah Al Qari (XIX/92), Ali Al Qari (1014 H), Ash Shan'ani (1182 H), Asy Syaukani (125 H),

Ahmad Muhammad Syakir Al Mishri (1377 H), dan lain-ain.

2. Dari kalangan ahli fiqih: Abu Hanifah (150 H) dan anak-nya, Muhammad bin Al Hasan (189 H) di dalam kitab Al Muwatha', Asy Syafi'i Al Qurasyi (204 H), Al 'Aini (855) di mana di dalam kitab Al Binayah fi Syarah Al Hidayah (II /58) dia berkata, "khimar ialah sesuatu yang digunakan oleh wanita menutup kepalanya."

3. Dari kalangan ahli bahasa: Ar Raghib Al Ashbahani (502 H) di mana di dalam kitabnya yang sangat berharga Al Mufradat fi Gharib Al Qur'an dia berkata, "Khumrun, erti asalnya ialah menutup sesuatu; dan segala sesuatu yang dipakai untuk menutup dinamakan khimar. Akan tetapi, dalam definifi-definisi, khimar ialah nama dari sesuatu

yang dipakai oleh wanita untuk menutup kepalanya. Khimar jamaknya ialah khumur. Allah berfirman:

"Dan hendaklah mereka menutupkan khimarnya ke dada mereka."

Ahli bahasa yang lainnya: Ibnu Manzhur (711 H), Al Fairuz Abadi (816), dan sejumlah ulama penyusun kitab Al Mu'jam Al Wasith telah menjelaskan bahawa khimar adalah

penutup kepala.

Jadi, kuatlah hujjah ini lagi dengan berdalil dengan ayat tentang khimar dan hadis yang diriwayatkan dari Fathimah tentang hal ini bahawa wajah wanita bukan termasuk aurat. Allahlah tempat meminta pertolongan. (Lihat juga hadits yang diriwayatkan oleh Aisyah berkenaan dengan berkhimamya wanita-wanita muhajirin sebagaimana tersebut di dalam kitab 'Jilbab' hlm. 87)

Muhammah Bin Soleh dalam Risalah Al Hijab beranggapan bahawa “setiap Kebaikan/ maslahah yang lebih banyak berbanding Kemudharatannya maka hukumnya wajib atau Harus. Dan setiap Kemudharatan yang melebihi kebaikan/maslahahnya maka hukumnya Haram.”

Akhir sekali, tujuan perkongsian maklumat yang tak seberapa ini hanyalah untuk meluaskan sedikit lagi pengetahuan pembaca2 sekalian tentang isu purdah/niqab terutamanya di dalam masyarakat IPT islam kini.

Seperti yang telah saya nukilkan dalam artikel lepas, usahlah kita risaukan sangat tentang muslimat yang memakai niqab ini, tetapi seafdhalnya kita memikirkan bagaimana hendak menerapkan rasa ingin menutup aurat di kalangan remaja islam kita yang masih belum boleh menutup aurat dengan sebaiknya.

5 comments:

Anonymous said...

masha Allah ya ibnu ali..kupasan yang detail dari pelbagai sudut dan pandangan..amat suka petikan ayat terakhir ibnu ali yang ini:
"Seperti yang telah saya nukilkan dalam artikel lepas, usahlah kita risaukan sangat tentang muslimat yang memakai niqab ini, tetapi seafdhalnya kita memikirkan bagaimana hendak menerapkan rasa ingin menutup aurat di kalangan remaja islam kita yang masih belum boleh menutup aurat dengan sebaiknya."

Anonymous said...

Ada 25 Muslimat yang memakai niqab di KUIS dengan latar blkg keluarga yang berbeza. Semuanya kerana rasa iman kepada Allah yg membawa mereka kepada memilih niqab untuk memelihara diri. Mrk masih muda dan wanita muda suka tunjukkan kecantikn dirinya. Hanya yang benar imannya akan tutp dirinya kerana Allah. Kita sbg muslimin, soleh bagman pun suka melihat wanita yang manis tersenyum berbanding bertutup.. Apatah lg sukar untuk mendapatkan wanita berniqab sbg isteri. Hanya yang benar dalm iman sahj akan cuba dapatkannya. Jika ditanya ibu bapa, semua tak setuju anaknya berniqab, bimbang jodoh, kesihtn, dan pekerjaan anaknya nanti. Hanya yang benar iman dan takwa shj akan izin anak berniqab kerana yakin ketentuan rezeki, ajal dan jodoh di tgn Tuhan. Wallahua’lam.

B.M. said...

alhamdulillah.....
smg tuntutan menutup aurat menurut Islam dapat dihayati sebaik2nya oleh seluruh umat manusia di dunia ini.

Arrazzi Alhafiz Alattas said...

Yassir wala tu'assir

Islam itu agama yg mudah dan memudahkan tapi bukanlah bermakna bermudah-mudah.

Maka itu, jangan pula diberatkan apa yg telah diringankan oleh Islam dan jangan pula ada yang meringankan apa yang sudah diberatkan oleh Islam.

Nabi melarang umatnya mem'birokrasi'kan agama.

Apa yang penting, kupasan panjang yang dihuraikan oleh Tuan Presiden ttg perkara ini harus difahami dan dihadam dengan baik.


arrazzi alhafiz
KHADAM MAHASISWA

Anonymous said...

salam

usaha yg sngat baik. lma ana mncari org yg nak tulis psl bnda ni.. akhirnya kuketemu jua.. ssh nk bkk blog enta sbb kkdg laptop ana hank.. tp hari ni 'special' cket. Slmt bjuang teman :)